Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ISLAM (PAS) DAN SEKULAR (UMNO)

Pendokong Sekular mendakwa bahawa mereka berhak untuk mentafsirkan Islam menurut pandangan khusus mereka dan menurut sesuka hati mereka.

  1. Hukum hudud tak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana rakyatnya berbilang agama dan kaum
  2. Al-Quran perlulah ditafsirkan semula kerana tidak lagi sesuai dengan zaman ini
  3. Politik dan Islam tidak boleh dicampuradukkan, Politik itu politik - Islam itu agama
  4. Kita hanya harus bersyukur kepada Allah sahaja dan tidak kepada Rasullulah kerana ia hanya manusia biasa seperti kita sahaja
  5. Tangkapan JAIS di The Ship Pub satu premise arak tidak sah kerana tiada duluan kes.
  6. Nabi Muhammad berjanggut kerana pada masa itu tiada pisau cukur.
  7. Munafik dan mungkir janji Royalti Petrolium Petronas. Orang lain yang berjanji orang lain pula yang menceroboh perjanjian kerana kepentingan politik hasad dan balas dendam.   Disini pejuang Islam menolak dakwaaan mereka dengan tiga hujah berikut:-  

    Hujah Pertama       Islam bukanlah satu dakwah (seruan) yang sulit difahami. Tetapi ia bukan pula boleh
    ditafsirkan oleh sesiapa yang mahu melakukannya menurut kehendak nafsunya kerana Islam mempunyai 
    usul dan prinsip yang jelas serta kekal dan mempunyai sumber yang terang lagi mantap. Ia bukan seperti 
    agama-agama lain yang mana para pendeta atau Jawatankuasa Tertinggi Keagamaannya mempunyai hak 
    untuk menambah, mengurang atau merubah prinsipnya. Islam kekal seperti asalnya semenjak Allah SWT
    berfirman:-   "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah 
    cukupkan nikmatKu kepada kamu serta Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu".
    (Al-Maaidah: 3).
      Rasulullah SAW bersabda:-  

"Aku telah tinggalkan untuk kamu petunjuk yang terang benderang, malamnya sama seperti siangnya 
yang tidak akan tersesat kecuali mereka yang pasti akan dihancurkan".
 

Perkara yang diringkaskan oleh Al-Qur'an berkaitan prinsip Islam akan diperjelaskan oleh al-Sunnah al Nabawiyah yang berupa kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda SAW. Ia juga turut diperkukuhkan oleh Sunnah para Khulafa' al-Rasyidin al-Mahdiyyin yang mana pandangan mereka dalam memahami Islam dan pelaksanaannya adalah termasuk Sunnah yang wajib diikuti kerana mereka adalah manusia yang paling hampir dengan Madrasah Nubuwwah. Juga mereka jugalah manusia yang paling teliti dalam memastikan pelaksanaan Islam dan paling  berkemampuan memahaminya kerana mereka berpeluang untuk menyaksikan punca penurunan al-Qur'an dan datangnya sabdaan dalam hadis. Di samping itu mereka memiliki cahaya kebijaksanaan, fitrah yang sejahtera dan mempunyai kemampuan menguasai bahasa secara semulajadi dan mantap.

 
bersambung...Hujah Kedua    

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika berbicara tentang Islam pandangan siapakah yang lebih benar ?. Y.A.Berkhidmat Tuan Guru Hj. 
Nik Aziz Nik Mat yang berpendidikan Islam dari Al-Azhar Mesir yang memberikan pandangannya 
bepandukan dalil-dalil aqli dan naqli atau Y.A.Bangkrap PM Hj. Mahathir Muhamad yang 
berpendidikan Kedoktoran dari Universiti Malaya, Singapura yang memberikan pandangannya 
berpandukan semata-mata akal terencatnya tanpa bersumberkan dalil-dalil naqli ?...... 
Fikirkanlah !!!. Jadi ikutlah yang Islam (PAS) tinggalkan yang Sekular (UMNO).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------   Membangun Bersama Islam    : Allahuakbar !... Allahuakbar !... Allahuakbar !... Lawan Tetap Lawan                : Reformasi !... Reformasi !.. Reformasi !...   habibu@hangjebat.com    
   

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter