Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

RAKYAT MELUAT DENGAN MAHATHIR

Sdra webmaster,
Nak tergelak saya apabila terbaca kenyataan yang dibuat oleh PM di London baru2 ini. Beliau berkata dulu orang2 Cina tak menyokongnya dan menganggapnya sebagai ultra Melayu tapi sekarang orang2 Cina pula menyokongnya manakala orang2 Melayu  tak sokong beliau sekarang ini!Dah terbalik kut!

Tapi itu sebelum pilihanraya setelah mereka berjaya menakut nakutkan pengundi2 Cina dengan bermacam tektik kotor. Sekarang dah lain pula ceritanya. Semenjak isu Suqui timbul dan ucapan hari kemerdekaan PM, orang2 Cina pun dah berduyun2 mengalihkan sokongan. Orang2 Cina dah mula sedar ini orang tak boleh percaya lagi. Haiya! Cakap tak serupa bikin!

Orang2 Melayu tak berganjak dengan pendirian mereka tidak menyokong beliau. Malah, makin bertambah yang menyampah dengan PM walaupun isu hak istimewa orang2 Melayu sengaja ditimbul dan diperbesarkan sekarang!Satu demi satu isu isu ditimbulkan tapi rakyat tak lupa tindakan zalimnya terhadap DSAI. Rakyat tak lupa juga tindakannya menghalang siasatan rasuah dilakukan terhadap bekas Ketua Pengarah EPU yang kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara. Sebelum Dato Shafie bekas Ketua Pengarah BPR membuat kenyataannya di mahkamah, cepat2 kontrak Gabenor ini dihentikan! Maklumlah, takut  kontroversi ini lagi menyerlah apabila Dato Shafie membuat kenyataan kelak!!

Hai, bilakah sandiwara2 ini akan berakhir? Orang2 UMNO sendiri dah meluat dengan beliau tapi beliau masih lagi berdegil nak memegang terus kuasa. Mungkin juga disebabkan risiko dan stakesnya terlalu tinggi,mahu tak mahu beliau terpaksa juga mempertahankan kuasanya. Sekarang ni pulak nak tumpukan perhatian pada soal2 parti, kononnya nak memperkukuhkan parti. Tapi sebenarnya nak memperkukuhkan kedudukannya kerana beliau dah dapat maklumbalas bahawa ahli2 UMNO dah fed up dengannya. Sandiwara lagi! Ahli2 UMNO pun sedar ini satu sandiwara. Bayangkan!

Hiss, sepatutnya bila orang Melayu sudah tidak menyokongnya lagi, pada orang yang normal, sudah lama sedar bahawa  masanya dah cukup. Seperti TYM Tengku dulu secara gentleman, beliau  berundur. 'You have overstayed your welcome' 'Its time to go' Sudah melebehi tarikh lupus! Ini tidak. Lagi nak dipertahankan kedudukannya....kerana dah terlanjur dengan kes pemecatan DSAI yang ternyata membawa parah kepada kredibiliti dirinya. Sokongan dalam UMNO sendiri pun setakat nyawa2 ikan sahaja. Tunggu masa nak meletup!
Apa nak dikesiankan. Sendiri gali kubur, sendiri kambuslah!

ALLAHUAKHBAR!

BEKAS UMNO

Nota webmaster:
Semakin liat nyawanya, semakin angkuhlah ia...

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter