DEMOKRASI CITARASA MAHATHIR
Sdra webmaster,
Sakit hati bila mendengar Mahathir berkata di London bahawa
Malaysia akan terus mengamalkan demokrasi. Selamba aja beliau bercakap seolah menggambarkan
bahawa itulah yang diamalnya di Malaysia sekarang.
Demokrasi jenis apa yang
diamalkan jika semasa pilihanraya dulu, macam macam tektik kotor digunakan oleh UMNO/BN.
Iklan2 tak senonoh yang memihak kepada BN/UMNO sengaja disiarkan.
Rencana2 dan berita2
semasa pilihanraya tersebut ternyata berat sebelah. Media2 massa milik UMNO/BNlah yang
kuat menabur fitnah sebelum dan selepas pilihanraya. Tak henti2! Maklumat2 positif
mengenai parti2 pembangkang habis diblackoutkan tapi berita2 tak senonoh mengenai parti2
dalam BA habis dieksploit. Inikah dinamakan demokrasi?
Pengundi2 diugut dan ditakut
takutkan dengan iklan2 yang tak senonoh. Tiap2 hari kita dihidangkan dengan berbagai2
fitnah yang ditabur oleh media2 massa milik BN/UMNO. Jika dibenarkan pemerhati2 luar
berada di negara ketika itu untuk memantau dan memerhatikan proses pilihanraya negara
kita, sudah pasti mereka akan berkata bahawa pilihanraya tersebut langsung tidak ADIL,
kotor dan di'rigged' oleh pihak BN/UMNO. Langsung tak demokratik tapi sekarang
dengan muka selamba, Mahathir boleh berlakon di pentas dunia dengan berkata bahawa
Malaysia akan terus mengamalkan demokrasi. Aduh, sakitnya hati!
Lagi dihinanya minda
kita! Dia tak peduli dah. Beliau akan terus berlakon dan akan terus memberi ucapan2 yang
sedap2 belaka. Sekarang dia nak insult pula intelligence satu dunia. Elok juga kita
nilaikan sejauh mana kita telah berjaya menyampaikan maklumat sebenar mengenai tingkah
laku sebenar mamak bendahara ini ke dunia luar. Kalau belum berapa berkesan, carilah jalan
yang lebih berkesan seperti mengguna persatuan2 pelajar2 kita di luar negara untuk
menyebarkan maklumat2. Seorang yang terdesak tidak akan berhenti berlakon!! Frust kita
melihat lakonan dan tingkah lakunya.
ANTI KEZALIMAN
Nota webmaster:
Lihatlah saja
isu royalti minyak di Terengganu. Dengan sekelip mata royalti bertukar wang ehsan. Jika
nak dimulakan wang ehsan itu mulai tahun 2000 mungkinlah ada kewajarannya. Ini perkara 20
tahun lalu juga nak diubah dan selama ini TV dan media yang mencanangkan royalti minyak
sewaktu UMNO masih berkuasa di Terengganu, tetapi bila PAS berkuasa, sejarah juga mahu
diubah seolah-olah perkataan 'royalti' itu tidak wujud. Sandiwara UMNO semakin
menjadi-jadi. Benarlah kata orang tua-tua kita, orang yang lemas itu daun kering pun jadi
tempat berpaut!!