Tun Salleh Abbas VS BPR Yg Pekak
web aNtu
Sumber : BPPNT
Tuduhan Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Terengganu
menyalahgunakan wang royalti RM 432 juta tidak berasas
Siri 1
Sebuah akhbar harian pada 1 Oktober melaporkan Pengarah BPR menyatakan
kesediaan untuk menyiasat penggunaan wang sebanyak RM 432 juta yang diterima
oleh Kerajaan Terengganu pada Februari lalu jika menerima laporan berlakunya
penyelewengan.
Jawapan di bawah oleh Exco Hisbah dan Tugas-Tugas Khas, YB Tun Dato' Hj
Salleh Abas mungkin boleh menjawab dakwaan di atas.
Soalan :
Benarkah tuduhan Kerajaan Pusat bahawa kerajaan Negeri Terengganu
menyalahgunakan wang royalti yang diterima dalam bulan Februari 2000 sebanyak
RM432 juta kerana tidak ada maklumat atau keterangan mengenai program dan
penggunaan wang tersebut?
Jawapan :
Tuduhan ini amat tidak benar sama sekali. Ia semata-mata dibuat untuk
menghuru-harakan kerajaan baru negeri Terengganu dan membutakan rakyat.
Tuduhan itu bermaksud menganjur-ngajur kerajaan baru tidak pandai mentadbir dan
selekeh.
Walaupun orang-orang yang menerajui negeri bertukar; yang dahulu sudah pergi dan
yang baru mengambil tempat mereka. Jentera dan pentadbiran undang-undang
masih wujud dan tidak berubah. Mengikut undang-undang dan perlembagaan;
tiap-tiap buah negeri mempunyai satu dana wang yang dinamakan Kumpulan Wang
Negeri yang disatukan (KWN).
Ke dalam KWN inilah semua wang yang diterima kepada negeri sama ada hasil dan
sebagainya dan wang royalti petroleum juga dimasukkan ke dalam KWN
bersama-sama wang yang lain.
Mengikut undang-undang dan perlembagaan tidak boleh satu sen dikeluarkan
daripada KWN itu melainkan perbelanjaan itu dibenarkan oleh undang-undang.
Undang-undang itu ialah yang dinamakan enakmen bekalan yang telah diluluskan
oleh Dewan Undangan Negeri pada tiap-tiap akhir tahun untuk membenarkan
perbelanjaan wang pada tahun berikutnya.
Jenis perbelanjaan adalah dinyatakan dalam belanjawan yang diluluskan oleh Dewan
bersama-sama dengan enakmen ini. Belanjawan mengandungi anggaran hasil dan
anggaran perbelanjaan. Di dalam belanjawan juga dinyatakan projek pembangunan
yang mesti dibayar oleh kerajaan negeri.
Anggaran perbelanjaan tahun ini ada terkandung dalam belanjawan yang diluluskan
pada tahun sudah dan perbelanjaan sebenar boleh didapati daripada Pejabat
Pegawai Kewangan Negeri atau Akaintan Negeri, Pejabat Audit Negeri dan lain-lain
pejabat berkenaan. Rekod-rekod perbelanjaan itu disimpan oleh pejabat tersebut.
Sekiranya kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa, ini akan ditegur dan disebut
oleh
Jabatan Audit Negeri.
Jadi, tuduhan yang dibuat oleh kerajaan pusat itu tidak berasas langsung.
Terengganu berhak atas tuntutan royalti minyak
Siri 2
Soalan :
Siapakah yang berhak kepada royalti minyak ini; Kerajaan Pusat atau
Kerajaan Terengganu?
Jawapan :
Royalti minyak adalah hak kerajaan negeri Terengganu yang mesti dibayar
kepada kerajaan negeri Terengganu oleh Petronas, sebabnya :
Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan keseluruhannya bahawa
hak kepunyaan petroleum sama ada di darat atau di laut adalah terserah (vestal)
kepada Petronas dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuatkuasa apabila surat
acara penyerahan telah ditandatangani. Penyerahan ini adalah muktamad tidak
boleh
ditarik balik dan hak kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan Petronas buat
selama-lamanya.
Sebagai balasan penyerahan ini, Petronas diwajibkan membayar kepada kerajaan
persekutuan dan mana-mana negeri yang berkenaan, iaitu negeri dimana petroleum
dijumpai dan diusahakan satu jumlah sebanyak yang dipersetujui di antara pihak
berkenaan.
Surat cara penyerahan hak kepunyaan telah dibuat oleh semua negeri di Malaysia,
termasuklah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu. Bagi negeri Terengganu surat
acara itu ditandatangani oleh Menteri Besar Negeri Terengganu pada masa itu
sebagai
mewakili negeri dan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah, selaku
pengerusi dan Ketua Ekskutif Petronas. Surat cara penyerahan itu dibuat di Kuala
Terengganu pada 22 Mac 1975.
Pada hari yang sama dan di tempat yang sama satu perrjanjian ditandatangani
oleh Menteri Besar Terengganu mewakili negeri dan oleh Yang Mulia Tengku
Razaleigh bin Hamzah mewakili Petronas. Perjanjian ini menetapkan jumlah wang
tunai yang mesti dibayar oleh Petronas kepada kerajaan negeri sebanyak 5%
daripada nilai petroleum yang didapati di negeri Terengganu dan dijual oleh
Petronas
atau agen-agen ataun kontraktor-kontraktornya. Bayaran ini hendaklah dibuat
tiap-tiap enam bulan sekali iaitu sebelum 1 September bagi petroleum yang
diperolehi dan dijual dalam tempoh enam bulan pertama dan sebelum 1 Mac tahun
berikut bagi petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan kedua,
iaitu daripada bulan Julai hingga bulan September. Adalah diingatkan bahawa
bayaran wang tunai itu tidak diberi nama apa-apa sama ada royalti atau bayaran
ihsan.
Pada 16 September 1987 Petronas memberi nama bayaran wang tunai ini sebagai
bayaran royalti. Ini jelas disebut dalam surat Tan Sri Abdullah bin Muhamad
selaku
Presiden Petronas kepada yang berhormat Dato' Seri Amar Diraja Menteri Besar
Terengganu. Surat ini merakamkan persetujuan di antara Petronas dengan Negeri
Terengganu. Bagaimanakah 5% royalti itu dikira atau dihitung. Tajuk surat ini
ialah:
Computation rayalty to the Government The State of Terengganu by Petronas for
the production of petroleum.
Kesimpulannya, bayaran wang tunai itu ialah satu bayaran yang wajib di buat oleh
Petronas sebagai balasan menerima hak kepunyaan petroleum daripada Kerajaan
Negeri Terengganu. Bayaran itu bukan satu bayaran ihsan sebagai belas kasihan
atau
murah hati Petronas. Bayaran itu diwajibkan apabila petroleum diperolehi di laut
negeri Terengganu dan dijual. Sekiranya petroleum diperolehi di laut
negeri-negeri
lain, seperti Pahang, Johor, Kelantan dan sebagainya, negeri-negeri itu berhak
kepada bayaran tersebut kerana tiap-tiap buah negeri ada membuat surat cara
penyerahan hak kepunyaan dan juga menandatangani perjanjian 5% bayaran wang
tunai. Tetapi Allah Yang Maha Kuasa dan Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang telah
memberi berkat kepada negeri Terengganu. Di laut negeri lain tidak dijumpai,
tetapi di
laut negeri Terengganu petroleum dijumpai.
Satu kesimpulan lain ialah bayaran wang tunai ini ialah bayaran royalti kerana
mengikut undang-undang, khususnya amalan perniagaan (commercial usage) ,
royalti itu ialah satu bayaran yang wajib dibuat oleh penerima hak kepunyaan
kepada
tuan empunya hak itu. Syarikat-syarikat minyak menggunakan perkataan royalti
kepada bayaran yang mereka buat sebagai balasan kepada mana-mana concession
yang mereka dapat. Bayaran royalti setakat 5% itu adalah hak kerajaan Terengganu
dan rakyat negeri Terengganu dan Petronas wajib membayarnya . Hak kerajaan
Terengganu tidak boleh diganggu dan dibolot oleh kerajaan pusat.
Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?
Siri 3
Soalan :
Bolehkah Kerajaan Pusat menafikan hak kerajaan Negeri Terengganu?
Jawapan :
Oleh kerana hak royalti itu hak Negeri Terengganu, kerajaan pusat tidak
ada kuasa menafikan atau menghapuskan hak kerajaan negeri Terengganu melainkan
kerajaan negeri Terengganu sendiri bersetuju. Tidak ada persetujuan yang
demikian
telah dibuat bahkan kerajaan negeri Terengganu pun tahu dan tidak diberitahu
secara
rasmi kepada kerajaan Terengganu tidak mempunyai apa-apa hak. Apa yang diketahui
ialah melalui salinan fotostat siaran akhbar Kementerian Kewangan sahaja
bertarikh
5 September. Itulah pada awalnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu
teragak-agak menerima siaran akhbar itu sebagai kenyataan yang benar dibuat oleh
kerajaan pusat.
Sekarang sudah jelas dan nyata bahawa Kerajaan Terengganu telah dinafikan haknya
kerana royalti bagi pengeluaran dalam tempoh bulan januari hingga 1 julai tahun
2000
ini yang sepatutnya dibayar pada 1 september 2000 belum lagi dibayar. Mungkin
wang royalti itu sudah dibayar kepada kerajaan pusat. Cara kerajaan pusat
menghapuskan hak kerajaan Terengganu ialah dengan cara mengubah nama bayaran
wang tunai dibawah perjanjian diantara kerajaan negeri Terengganu dengan
Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum
1974 daripada perkataan royalti kepada wang ihsan.
Royalti adalah satu bayaran yang wajib oleh penerima hak kepunyaan kepada
pemunya hak, tetapi bayaran ihsan ialah satu bayaran atas belas yang dibuat
sebagai
sukarela pemberi sahaja, sudah tentu bayaran ini tidak mesti dibuat. Dan jika
dibuatpun bila dan berapa banyak, tinggal kepada budi bicara pembayar itu
sendiri.
Dengan menukarkan nama bayaran wang tunai itu kepada bayaran ihsan tidak akan
mengubah kedudukan bayaran itu karana ia tetapwajib dibayar dan menjadi hak
kerajaan terengganu. Jika benar bayaran wang tunai itu bayaran ihsan, kenapakah
mesti ada penukaran nama itu? Ia adalah semata-mata untuk mengelirukan
pemahaman rakyat mengenai royalti petroleum.
Selain daripada itu obligation petronas membayar wang tunai itu ialah seksyen 4
Akta Kemajuan Petroleum dan perjanjian diantara petronas dengan kerajaan negeri
Terengganu. Kerajaan pusat tidak ada kena mengena dengan perjanjian ini dan
tidak
boleh campurtangan sama sekali menghapuskan hak kerajaan Terengganu. Ini adalah
bertentangan dengan pelembagaan Malaysia. Kita berharap kerajaan pusat yang
seringf melaungkan sebagai kerajaan demokrasi dan berpegang kepada prinsip rule
of law tidak sepatutnya bertindak liar sedemikian.
Perjanjian diantara kerajaan negeri dengan petronas; kenapakah perjanjian itu
dilindungi oleh seksyen Terengganu, apakah terjadi kepada perjanjian itu ? Dan
seksyen 4 akta tersebut tidak sepatutnya disebut oleh siaran akhbar Kementerian
Kewangan Malaysia ?
Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat
keputusan pada tahun 1974 agar memberi royalti
minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah
negeri yang termiskin pada ketika itu ?
Siri 4
Soalan : Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat keputusan pada tahun
1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah negeri
yang termiskin pada ketika itu ?
Jawapan: Kenyataan ini adalah satu angapan yang tidak benar dibuat oleh
Kementerian Kewangan sebagai alasan menafikan atau menghapuskan hak royalti
petroleum kepada negeri Terengganu pada tahun 1974. Petroleum belum lagi
dijumpai di dasar lautan dimana-mana negeri di semenajung khususnya di negeri
Terengganu. Petroleum yang dijumpai pada masa itu hanyalah didasar laut di Sabah
dan Sarawak sahaja.
Benar sekali negeri terengganu pada masa itu miskin bahkan pada masa ini pun
negeri ini masih lagi miskin.
Pada tahun 1974 Allahyarham Tun Abd. Razak tidak tahu sama ada petroleum akan
dijumpai atau tidak dimana- mana negeri di semenanjung. Pada masa itu saya
memegang jawatan peguamcara Negara dan saya yang mengarang Akta Kemajuan ini
dibawah arahan Allahyarham Tun Abd. Razak. Allahyarham Tun Ismail Ahli ( Bekas
Gabenor Bank Negera), Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan Yang
Amat Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah. Pada ketika itu
perhubungan kerajaan pusat yang diterajui oleh Allahyarham Tun Abd. Razak dengan
kerajaan negeri Sabah dan Sarawak amatlah gentin dan tegang.
Masalah dengan Sarawak ialah tengtan royalti petroleum yang mana Sarawak
mendakwa hampir-hampir 100%. Begitu juga negeri Sabah. Alasan mereka
menuntut sepenuh royalti itukerana mereka berkata sebelum mereka masuk Malaysia
pada tahun 1963 mereka sudah ada dasar lautan bersendirian yang diistiharkan
oleh
kerajaan Kolonia British.
Mereka kata dasar lautan negeri ialah sebagai hak milik mereka. Dakwaan itu
sebenarnya menyalahi prinsip Undang-undang antarabangsa.
Kerajaan pusat tidak bersetuju. Pertikaian ini disemarakkan oleh Kementerian
Perusahaan Utama apabila kementerian mengambil langkah untuk membuat satu
perbadanan undang-undang bernama HIKMA untuk menyelenggarakan ehwal
mencari dan mengusahakan petroleum di Malaysia.
Pertikaian kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak terputus kerana soal
petroleum. Perselisihan fahaman di antara kedua kerana Allahyarham Tun Mustafa
selaku Ketua Menteri Sabah bertindak terlampau bebas, terbang ke sana ke mari
Sehingga masanya dihabiskan di luar Malaysia.
Usaha Allahyarham Tun Abd. Razak cuba menghadkan kebebasan Tun Mustafa
menyebabkan perselisihan dianatara mereka semakin hebat.
Tindakan Kementerian Perusahaan utama ini- pada masa menterinya ialah Yang Amat
Berhormat Datuk Patinggi Haji Taib-menambahkan lagi pertikaian diantara kerajaan
Swarawak dan kerajaan pusat daripada Malaysia.
Sekiranya Pertembungan antara Kuala Lumpur dan Kuching dan Kota Kinabalu
berterusan ada kemungkinan Sabah dan Sarawak akan menarik diri daripada
Malaysia.
Jikalau ini berlaku Malaysia tidak akan ada lagi kerana Singapura sudah keluar
daripada
Malaysia pada tahun 1965. Untuk menyelesaikan pekara ini Allahyarham Tun Ismail
Ali, Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dan saya mengambil langkah mencari
penyelesaian. Akhirnya Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub dan tun Abdul
Razak bersetuju bahawa Serawak menjatuhkan tuntutan dengan sepenuhnya dan
tidak lagi menuntut bahawa dasar lautan Sabah dan Sarawak sebagai keupayaan
negeri-negeri itu. Apa yang mereka bersetuju ialah mengenai hak keupayaan
petrolem yang ada di dasar lautan itu. Hak kepunyaan itu ialah hak negeri-
negeri
dalam Malaysia dan hak keupyaan itu diserah kepada petonas dan sebagai balasan
bagi petronas menerima hak keupayan itu petronas dikehendaki membayar wang
tunai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri berkenaan satu
jumlah
yang dipersetujui di antara pihak berkenaan.
Perkataan royalti tidak digunakan kerana hendak menjaga sensitiviti kerajaan
negeri
Sarawak. Tetapi hakikat inilah Allahyarham Tun Abdul Razak dalam penyelesaian
politik ini tidak hanya bersetuju bahawa royalti hanya dibayar Sabah dan Sarawak
sahaja, bahkan ini disambungkan kepada mana-mana negeri di semenanjung ini.
Sekiranya petroleum dijumpai di negeri itu. Inilah sebabnya Seksyen 4 Akta
Kemjuan
Petroleum menyatakan bahawa wang tunai itu hendaklah juga dibayarkan kepada
mana-mana negeri yang berkenaan dengan tidak menentukan mana-mana negeri.
Istilah negeri-negeri berkenaan mestilah mempunyai makna "negeri-negeri yang
man petroleum dijumpai dan dikeluarkan pada masaitu petroleum sudah dijumpai dan
dikeluarkan didasar laut Sabah dan Sarawak tetapi belum lagi dimana-mana di
dasar
laut negeri- negeri Semenanjung."
Dengan secara umum Allahyarham Tun Abdul Razak tidak mengamalkan runding
diantara negeri-negeri Malaysia Timur (Sabah dan sarawak) serta negeri - negeri
Malaysia Barat. Oleh kerana Sabah dan Sarawak dijumpai petroleum dan berhak
kepada royalti, kenapakah negeri-negeri lain di Semenanjung jika petroleum juga
dijumpai dan diusahakan tidak diberi hak yang sama kepada semua negeri? Ini
ialah
negeri-negeri bersekutu di bawah nama Malaysia. Di atas pinsip keadilan dan
layanan dan hak yang sama bagi semua negeri-negeri dalam Persekutuan, maka hak
royalti petroleum itu diberi kepada negeri-negeri berkenaan.
Yang demikian maka petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri Pahang, Johor,
Perlis dan sebagainya. Petronas wajib membuat bayaran royalti kepada negeri itu
tetapi Allah memberkati negeri Terengganu yang mana petroleum di Semenanjung ini
hanyalah dijumpai dan diusahakan di negeri Terengganu. Di negeri-negeri lain
tidak
ada hak mencampuri hal ini dan kerajaan pusat tidak boleh menghalang penerusan
membayar royalti itu kepada negeri Terengganu.
Anggapan siaran akhbar Kementerian Kewangan mencampuri hal ini seolah-olah
menuduh Allahyarham bersikap tidak kasih kepada negeri Terengganu dan
mendiskriminasikan negeri lain, pada hal negeri-negeri itu pun miskin juga.
Anggapan
ini seolah-olah menuduh Allahyarham Abdul Razak sebagai bertindak tidak adil.
Kesimpulannya ialah:
Allahyarham Tun Abdul Razak tidak pernah mengatakan dan akta kemajuan
petroleum tidak sebut bahawa wang tunai sebagai balasan kepada peyerahan hak
kepunyaan petroleum hendaklah dikhusus dibayar kepada negeri Terengganu kerana
negeri ini ialah yang termiskin.
Tidak ada satu bukti pun setakat yang saya tahu bahawa bayaran itu ialah kerana
negeri Terengganu sebuah negeri yang termiskin.
Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dibawahnya ialah untuk
menyelesaikan pertikaian politik di antara kerajaan negeri di Malaysia Timur
dengan
Kerajaaan Pusat.
Di samping itu akta ini hak menerima dan mentahkikkan lagi undang-undang dan
perlembagaan bahawa tiap-tiap buah negeri dalam sesuatu persekutuan mestinya
mempunyai hak dan layanan yang sama. Tidak ada diskriminasi di antara satu sama
lain, kecuali atas sebab yang tertentu. Sabah dan Sarawak dan Terengganu berhak
kepada royalti kerana petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri itu.
Negeri-negeri
lain dalam Malaysia tidak ada hak kerana tidak dijumpai dan dikeluarkan
petroleum di
dasar lautan mereka. Dan lagi di antara Sabah, Sarawak dan Terengganu tidak
boleh
diskriminasikan hak mereka dengan berterusan bayaran royalti kepada Sabah dan
Sarawak. Tetapi hak negeri Terengganu dihapuskan walau bagaimanapun
penghapusan itu tidak sah dan berkesan dari segi undang-undang.
Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi
termiskin kerana program-program yang dibawa oleh kerajaan BN?
Siri 5
Soalan:
Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi termiskin kerana
program-program yang dibawa oleh kerajaan BN.
Jawapan:
Negeri Terengganu masih lagi miskin meskipun siaran akhbar Kementerian
Kewangan atau sebaliknya. Kita boleh lihat disana - sini dalam kampung di luar
kampung, dalam bandar dan di luar bandar kemiskinan merata-rata. Orang-orang
yang berhajat kepada bantuan am daripada jabatan kebajikan masyarakat ialah
lebih
kurang seramai ..... Ini bertambah seramai... semenjak kerajaan baru mengambil
alih
kebanyakan pertambahan itu ialah kerana kerajaan itu dahulu sengaja meninggalkan
mereka dan memberi bantuan kepada mereka yang tidak layak di atas alasan
politik.
Kerajaan baru menghulurkan bantuan am bukan berlandaskan politik bahkan kepada
kemiskinan mereka yang menerima bantuan. Kerajaan negeri Terengganu dari
semenjak tahun 1978 iaitu tahun mula-mula negeri ini menerima royalti petroleum
sehingga bulan febuari tahun ini ialah berjumlah lebih kurang RM 7 billion.
Tetapi
kerajaan Terengganu masih lagi berhutang kepada kerjaan pusat lebih kurang RM
700 juta. Ke manakah lesapnya wang RM 7 billion itu. Orang yang dapat memberi
penjelasan dan bertanggunjawab ialah mereka-mereka yang memegang kuasa
kerajaan Terengganu sebelum kerajaan baru sekarang. Setakat yang kita dapat
lihat
dan hisbah dengan secara kasar wang itu dibelanjakan dengan seboros- borosnya.
SKANDAL BINA BANGUNAN
Seolah-olah sumber petroleum itu akan berkekalan. Wang itu selain daripada
membayar perbelanjaan pengurusan masyarakat. Sebahagian besarnya dibelanja
untuk mendiri bangunan - bangunan kerajaan, manakah perbelanjaan yang tinggi
anak-anak syarikat. Boleh dikatakan kesemua anak- anak syarikat ini bermasalah
dan tidak memberi apa-apa pulangan hasil kepada kerajaan negeri. Tiap-tiap kali
saya
ini mengakui kesusahan wang. Mereka minta bantuan daripada kerajaan negeri. Di
antara bangunan kerajaan yang mewah ialah :
1. Muzium Negeri
2. Mahkamah Syariah Kuala Terengganu
3. Perpustakaan Negeri Terengganu
4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu
5. Bangunan Darul Iman
SKANDAL BESI
Negeri Terengganu ada melabur dalam Perwaja. Sehingga akhir tahun 1998 Perwaja
telah rugi kesemuanya jumlah lebih kurang 3.5 billion ringgit. Negeri Terengganu
sebagai pemegang 19% saham dalam Syarikat telah menanggung kerugian sejumlah
RM 671,545,880. Jumlah itu tidak boleh dikira kecil.
Negeri Terengganu juga dalam satu Syarikat Gunawan Iron Steel melalui anak
syarikat yang bernama Permodalan Terengganu Berhad (PTB). Penceburan PTB
dalam syarikat GunawanIron Steel itu iaitu RM 3.6 juta. Dalam pelaburan itu
sudah
menangung kerugian lebih kurang RM 100 Juta. Selain daripada itu kerajaan
terengganu dahulu melalui agennya bernama Tabung Amanah Warisan Negeri
Terengganu memberi jaminan kepada bank sejumlah RM 350 juta. Sekarang syrikat
Gunawan Iron Steel itu tidak beroperasi lagi. Bangunannya sudah buruk dan satu
crane yang dibeli dengan harga lebih kurang RM 7 juta tersadai di pelabuhan
Kemaman menjadi besi buruk dan menghalang aktiviti di pelabuhan .
Program yang semacam ini kah yang menjadikan rakyat Terengganu terbela
danmenjadikan negeri terengganu tidak miskin lagi ?
Lihatlah negeri ini sudah hilang wang modal RM 3.6 juta . Rugi pula RM 100
jutadan
menangung bebanan kerugian kepada bank sebanyak RM 360 juta. Jika mengambil
langkah untuk mendapatkan balik wang kerugian itu, siapakah yang akan
membayarnya ?
SKANDAL BABENA
Bekalan air ke Pulau Redang yang dikontrak membuat kerja bekalan air oleh
kerajaan
negeri Terengganu diberi kepada anak syarikatnya bernama Babena, sekalipun ada
beberapa buah lagi yang layak. Pemberian kontrak kepada Babena tidak disokong
oleh?. Akhirnya apa yang sudah diterima ialah harga kontrak asal sebanyak RM
24.26 juta sudah menjadi RM 46 juta, iaitu bertambah RM 20 juta. Tambahan ini
ialah
bayaran sagu hati ( gratia) kepada Babena dan tidak ada apa-apa sebab
undang-undang. Sagu hati diterima oleh Babena ialah Sebanyak RM 15 juta.
Sekalipun pihak pembangkang pada masa itu membantah sekeras- kerasnya, kerajaan
dahulu membuat keputusan membayar ssaguhati kepada babena RM 9 juta.
Yang amat sedihnya, bekalan air itu ialah untuk kegunaan sebuah hotel besar di
pulau
ini dan seramai lebih kurang 250 keluarga yang tinggal di pulau itu. Boleh
dikatakan
70 % daripada air yang dibekalkan diguna oleh hotel tersebut, yang banyaknya
diguna oleh orang-orang kampung.
Sebelum bekalan air itu dibuat oleh hotel ini bersetuju mencarumkan 30 %
daripada
harga membina bekalan tersebut, tetapi setakat ini satu sen pun tidak dibayar
hingga
disiapkan. Kerajaan baru sekarang ini mencari jalan supaya caruman yangdijanji
itu
dibayar.
Soalannya adakah cara membina bekalan air ke pulau Redang itu ialah satu program
yang menghapuskan kemiskinan rakyat Terengganu.
SKANDAL KAPAL TERBANG MEDIAIR
Pembelian kapal terbang untuk syrikat Kerajaan Negeri Terengganu bernama Mediar
adalah satu lagi cara wang royalty petroleum digunakan oleh kerajaan dahulu.
Pada tahun 1990 kerajaan Terengganu telah menubuhkan satu tabung bernama
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 15 % atau maksima RM 30 juta
daripada royalty petroleum akan dibayar kepada tabung ini sebagai pemegang
amanah.
Tetapi bagaimana pula tabung ini dibenarkan oleh undang-undang untuk diniagakan
dan melabur dalam perniagaan yang penuh dengan risiko?
Ada lagi satu tawaran bernama Tabung Pendidikan Tinggi ditubuhkan pada tahun
1997. Tabung pendidikan ini akan menerima daripada Tabung Warisan sebanyak 10
% daripada wang petroleum yang diterima oleh warisan. Wang tabung pendidikan
sudah berjumlah RM 10 juta.
Pegawai tinggi TDM pada masa itu merancang hendak menubuh satu anak syarikat
bernama Mediair kononnya untuk mengangkut orang-orang sakit dari satu tempat
kepada hospital-hospital di dalam Bandar. Yang demikian satu pesawat udara mesti
dibeli satu kertas kerja yang cepat telah disiapkan menurut pospech keuntungan
kepada Tabung Pendidikan iaitu Tabung Pendidikan membeli satu pesawat itu dari
wang yang ada dan disewakan kepada Mediair. Mendiair akan membayar sewa
kepada Tabung Pendidikan. Apabila pesawat itu dibeli, pesawat itu tidak boleh
didaftar atas nama Tabung Pendidikan sebagai tuan empunya kerana tabung itu
tidak
ada lesen. Yang demikian pesawat itu didaftar di bawah nama Mediair sebagai tuan
empunya.
Oleh kerana syarikat itu mengalami kerugian bukan sahaja sewa yang dijanjikan
bahkan wang untuk membeli pesawat tersebut hilang lesap.
Harga yang dikeluarkan oleh Tabung Pendidikan untuk membeli pesawat itu ialah RM
6.9 juta. Jenis pesawat yang dibeli ialah pesawat second hand bernama Piker
Chenyne. Melalui maklumat yang diperolehi dalam khidmat pesawat yang serupa dan
sejenis dengannya Piker Cheyene ini, harga pesawat barunya ialah US 1.2 juta
sahaja iaitu lebih kurang RM 4 juta sahaja. Manakala harga bagi second hand
pesawat ini lebih kurang US 200,000 sahaja, iaitu lebih kurang RM 800,000.
Apakah
justifikasi membelanjakan RM 6.9 juta membeli pesawat buruk itu ? Tidakkah ini
pembayaran boros yang tidak tahu sempadan ?
Dalam siaran akhbar Kementerian Kewangan kerajaan pusat berkata, "selama ini
kerajaan pusat membantu perbelanjaan wang royalty oleh kerajaan BN Terengganu
dan memastikan wang tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan.
Kerajaan pusat meneliti laporan audit ke atas perbelanjaan itu ."
Dengan penjelasan yang diberi di atas, adakah kerajaan pusat berpuas hati dengan
perbelanjaan tersebut ? Laporan audit penuh dengan teguran- teguran yang
menunjukan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu tidak sepatutnya.