MAHATHIR SEMAKIN GENTAR
Sdr webmaster,
Saya tertarik dengan
kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir semasa beliau di London di mana beliau berkata
UMNO akan diperkukuhkan dengan menarik sokongan anak2 muda. Soalan yang bermain di
kepala ialah betul kah Dr Mahathir nak berjinak jinak dengan anak2 muda Melayu supaya
mereka berminat dengan politik UMNO atau hanya satu helah nak membawa masuk salah
seorang anaknya dalam 'mainstream' politik UMNO?
Apabila saya terbaca satu artikel
dalam salah satu web mengenai kemungkinan satu rombakan kabinet, maka secara spontan
saya pun membuat kesimpulan bahawa kemungkinan anaknya akan dinaikkan secara mendadak,
bukan lagi 50:50 tapi 90% pasti akan berlaku.
Ada lojik mengapa ini boleh
berlaku kerana Dr Mahathir mahu mempastikan 'survival' keluarganya dan namanya perlu
dipertahankan walaupun selepas beliau mati kelak. Beliau tidak mahu pekung2nya
didedahkan selepas beliau mati. Beliau tidak mahu apa2 berlaku kepada anak2nya, seperti
diheret ke mahkamah selepas beliau mati kelak. Risikonya terlalu tinggi dan buat masa
ini, beliau belum percaya dengan sesiapa yang boleh mempertahankan dirinya dan juga
keluarganya.
Jadi jangan haraplah beliau akan berundur dalam masa terdekat ini. Saya
lebih cenderung dengan pandangan bahawa beliau akan mempertahankan kedudukannya sehingga
ke akhir hayatnya. Selagi beliau belum yakin ada orang yang akan mempertahankan rahsia
rahsia kekejamannya memerintah!
Sambil kononnya nak memperkukuhkan UMNO, ada agenda
lebih besar yang beliau nak lakukan demi survival dirinya dan keluarganya. 'The stakes
are just too big and the risks, very high'. Apa yang berlaku di Yugoslavia dimana
diktator, Milosevic akhirnya dijatuhkan, sungguh menggerunkan Dr Mahathir! Sebelum ini,
apa yang sedang berlaku kepada Suharto di Indonesia amat menggerunkan beliau. Kita
tunggu dan lihat adegan2 seterusnya.
PEMERHATI POLITIK
Nota webmaster:
Jika tidak
silap anak 'daddy' itu kini Bendahari Pemuda UMNO. Apa nak dihairankan, selagi
kesemuanya masih berung belatuk, MT-MT ini akan memastikan anak muda ini terus diterima
dan akan terus meniti dari satu pangkat atau jawatan yang dihajati oleh 'daddynya'.
Apakah kita masih buta dan mahu terus menyokong?