KEBENCIAN RAKYAT SEBENARNYA IALAH MAHATHIR
Editor Notes:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
--------------------------------------------------------------------------------
UMNO
semakin terdesak untuk memulihkan kereputan yang sedang melanda parti tua itu. Pelbagai
cara dicadangkan termasuk meminda perlembagaan parti hinggakan had umur budak sekolah
pun boleh menyertai parti berkenaan. Mereka seolah-olah hilang akal untuk menarik
kembali sokongan Melayu kepada parti kolonial sekular tersebut hinggakan terpaksa
membuka keahlian kepada budak-budak sekalipun.
Tren anak-anak muda yang tidak lagi
berminat dengan UMNO memang telah lama disedari mereka. Maka sebab itulah bapak
konspirator telah dimasukkan ke dalam Kementerian Pendidikan bagi mengawasi perkembangan
ini. Dengan pengubahan perlembagaan parti berkenaan had umur keahlian, adalah jelas
segala strategi mereka. Tidak menghairankan nanti sekiranya parti UMNO akan dijadikan
sebagai salah satu gerakan ko-kurikulum dalam sekolah-sekolah di Malaysia.
Setiap
budak-budak sekolah menengah akan dipaksa menyertai parti ini melalui dasar pendidkan
baru yang dikepalai Aziz Samsudin itu. Mereka berharap melalui pendekatan ini mereka
dapat menguatkan kembali pengaruh mereka dengan kemasukan ahli yang dipaksa ke atas
budak-budak sekolah.
Sebab itulah semasa proses pengubahan perlembagaan parti
berkenaan si bapak konspirator ini pernah berucap kepada guru supaya menekankan subjek
Pengajian Tempatan biarpun ianya bukanlah subjek yang penting dalam peperiksaan. Kita
sedia maklum subjek pengajian tempatan ini sering digunakan untuk menanam ideologi dan
propaganda pemerintah ke dalam minda anak-anak sekolah.
UMNO sebenarnya tidak
memerlukan pengubahan perlembagaan untuk kembali mengukuhi persada politik negara. Apa
yang diperlukan ialah mengubah kepimpinan terutama sekali si mamak diktator itu. Mamak
berkenaanlah punca utama masalah parti bukannya had umur keahlian.
Kebencian umum
kepada UMNO bukanlah terletak pada perlembagaan ataupun dasarnya. Kebencian mereka
adalah kepada Madey. Ini boleh dilihat sebelum DSAI disingkirkan, UMNO dikira agak kuat
waktu itu biarpun penuh dengan budaya politik kotor, rasuah, kronisme dan nepotisme.
Setelah DSAI disingkirkan, kejelekan UMNO terserlah dengan mendadak kepada khalayak dan
segalanya ditujukan kepada Madey.
Sekiranya Madey benar-benar ikhlas untuk
kembali memartabatkan UMNO bukannya dirinya, dia harus segera berundur. Pindalah
seberapa banyak bahagian dalam perlembagaan UMNO, sekiranyanya Madey masih ada dalam
parti itu sokongan terhadap UMNO tidak akan bertambah malah akan semakin berkurangan
dari hari ke hari.
Sebagai seorang pejuang bangsa kononnya, Madey harus lebih
mementingkan bangsa sepertimana dasar UMNO. Beliau perlu maklum bahawa dirinya tidak
lagi dihargai sebagai pejuang. Segala sokongan dan sambutan yang beliau terima hari ini
adalah lakonan ahli UMNO oleh sebab takutkan kezalimannya bukan kerana menghormati
karisma pejuang yang ada dalam dirinya. Ini berbeza dengan kepimpinan alternatif yang
dihormati kerana karisma mereka, bukannya kuasa.
Madey ibarat sel kanser kepada
UMNO, selagi beliau wujud dalam organisasi berkenaan, selagi itulah UMNO akan menderita.
Jika ahli-ahli UMNO lambat bertindak, UMNO mungkin tidak lagi akan wujud di negara ini.
UMNO akan tinggal sebagai bahan sejarah yang mungkin hanya dipelajari oleh budak
sekolah, sama seperti hikayat Hang Tuah.
Ahli-ahli UMNO perlu jujur kepada parti
dengan menyatakan kebenaran ini kepada pemimpin mereka tersebut. Tidak ada ubat bagi
penyakit kanser yang melanda UMNO hari ini melainkan dibuang sel tumor berkenaan, iaitu
Madey.
Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!
081000