MAKLUM BALAS DARI AHLI DAN PEMIMPIN UMNO
Berikut ialah maklumbalas mengenai isu2 semasa
yang diterima dari ahli2 dan pemimpin2 UMNO. Kajiselidik ini dilakukan scara rambang dan
sambil lewa sambil menikmati teh tarik, jamuan tengah hari atau roti canai, khenduri dan
lain2.
- Perbicaraan dan hukuman terhadap DSAI
100% ahli2 dan pemimpin2 UMNO yang
ditemui tidak setuju dengan hukuman terhadap DSAI. Terlalu kejam. Mengapa 9 tahun dan
mengapa hukuman tidak selari dengan hukuman 6 tahun? Lagi pun, bukti2 langsung
tidak meyakinkan. Mengapa Mahathir tidak berani ke mahkamah untuk membersihkan dirinya?
Dialah punca segala2 nya tapi bila dipanggil ke mahkamah, tak berani pergi! Ini apa
cerita? Semua yakin sekarang bahawa Mahathir memang nak hancurkan karier DSAI. Dialah
bapa konspirator dan memang jelas sekarang, ada konspirasi di peringkat tertinggi untuk
menjatuhkan DSAI. Tak patut, tak patut, sungguh kejam, sugguh zalim begitulah pandangan
ahli2 dan pemimpin2 UMNO dalam isu ini.
- Rasuah
a. Kenyataan yang dibuat oleh
bekas Ketua Pengarah BPR dalam mahkamah mengenai rasuah Ali Abul di mana Mahathir
sendiri menyuruh beliau menghentikan siasatan, sungguh membuka mata ahli2 dan pemimpin2
UMNO.Mahathir pelindung rasuah. Mahathir menggalak rasuah dengan melantik seorang
perasuah sebagai Gabenor Bank Negara. Kes ini lebih teruk dari kes rasuah DSAI yang
tidak melibatkan sesen duit pun. Mengapa BPR tidak mendakwa Mahathir? Mengapa dihebohkan
isu lesen terbang sekarang? Kes ini kecil jika dibandingkan dengan kes berhubung dengan
kenyataan yang dibuat oleh Dato Shafie. Mengapa tidak didakwanya Dato Shafie jika
dipertikaikan keterangan yang dibuatnya? Langsung sunyi sepi, no komen dari Mahathir! b.
Kes Perwaja dan Erci Chia seorang kenalan rapat Mahathir sudah berlanjutan bertahun2.
Masih lagi tak selesai. Apa pasal lambat? BPR ni seperti mengikut telunjuk pihak2
tertentu sahaja. Ikan jerung tak ditangkap tapi yang ditangkap ialah ikan bilis! Lagi
lama kes ini lagi rakyat tahu ada sesuatu yang nak disorokkan!
- Ekonomi
100%
ahli2 dan pemimpin2 UMNO yang ditemui tidak yakin ekonomi sudah pulih seperti yang
digembargemburkan oleh kerajaan. Mungkin pada sektor2 tertentu saja tapi tidak semua.
Semua mengeluh panjang. Mana ada kontrak baru? Mana ada pesanan baru? Nak bayar gaji
pekerja pun sakit sekarang. Nak bayar sewa rumah kedai pun sakit.Nak dapat kontrak
kerajaan amat susah sekarang kerana mesti ada strong connection dan jerung2 atau kroni2
yang sakit juga, sudah sedia menunggu!Nak buat duit dari BSKL pun sakit sekarang. Masuk
aja, rugi lagi. Kerugian dulu di awal2 gawat semasa BSKL menjunam belum lagi recover,
kena lagi sekarang. Lama mana boleh bertahan? Pelaburan dalam amanah2 saham pun hancur
tapi hutang bank kena bayar juga. Lambat sikit, bank datang kejar! Hutang kad kredit
makin banyak. Sekarang minum pun digerai2 atau kedai2 mamak. Tak larat nak makan
di hotel2 macam dulu. Nak raikan rakan2 di Karaoke pun tak mampu. Lari dari kawan2!
- Tragedi Sauk
100% percaya isu ini ialah satu sandiwara yang direkacipta oleh Mahathir
dan kuncu2nya. Dengan tak semena mena tragedi ini berlaku semasa MKT UMNO mengadakan
mesyuaratnya di IPOH. Ada kereta 2 perisai menjaga mesyuarat ini. Macam dirancang! Macam
mana 3 pajero dengan 15 orang boleh disikan dengan senjata2? Poodah, begitulah orang2
UMNO sendiri komen. Takkan kami ni bodoh? Lagipun, macam mana akhbar2 dapat memuatkan
kejadian ini pada hari yang sama? Macam orang2 akhbar dah tahu pula tragedi ini akan
berlaku! Laporan2 dan kenyataan2 banyak yang bercanggah. Ada yang kata ini, ada yang
kata itu. Mana satu yang betul? Mahathir pula beriya iya benar, cepat2 mengaitkan isu
ini dengan parti PAS. Hai, macam ada udang disebalik batu. Kalau nak berlakon pun,
buatlah lakonan yang lebih meyakinkan. Kejadian2 bom yang dilaporkan kurang meyakinkan.
Betulke ada kejadian pengeboman? Macam ada yang tak kena, seolah2 nak menakut nakutkan
rakyat tapi rakyat khususnya orang Cina buat tak tahu aja. Tak ada pun kita nampak
rakyat berduyun2 ke kedai membeli dan stok barang2 makanan. Ada pula ahli UMNO yang
berkata bahawa beliau mendapat maklumat bahawa kebanyakkan senjata tersebut telah dibawa
terlebih dahulu dari kem askar dan dicampakkan di suatu tempat berhampiran dengan tempat
kejadian! Sebenarnya jumlah senjata yang diambil oleh kumpulan Al Mau'nah ialah sedikit
sahaja. Itu pasal boleh muat dalam 3 Pajero dengan 5 orang penumpang dalam setiap
Pajero! Nah, keluar pula satu cerita baru!Lagi pun mengapa sampai nak buat lakonan
semula? Nak menghalalkan agenda pihak2 tertentu ke? Najib pun bila keluar dalam TV macam
tak serius dan tak percaya dengan kejadian ini! Apa tujuan dilaporkan kes ini secara
meluas? Bukankah ini mendedahkan kelemahan keselamatan negara di mana kem askar dengan
mudah dibolosi? Adakah tindakan tatatertib diambil terhadap pengawal2 yang cuai? Ahli2
dan pemimpin2 UMNO sendiri yang mempertikaikan kesahihan tragedi ini! Macam dibuat2.
- Royalti minyak
100% ahli2 dan pemimpin2 UMNO tak setuju dengan tindakan kerajaan
pusat mengenai kes ini. Kejam, zalim! Tak patut kerana rakyat Terengganu ialah 95%
orang2 Melayu. Sg Besi, Cheras, Bukit Bintang di mana penduduknya ialah majoriti orang2
Cina mendapat bermacam macam kemudahan walaupun pada setiap pilihanraya kawasan2
ini jatuh ke parti pembangkang, tapi megapa dizalimi orang2 Melayu di Terengganu?
Mengapa perjanjian yang telah dimeterai semenjak tahun 1975 tidak dihormati? Nampak
sangat kerajaan kita zalim dan tak adil. Salahguna kuasa! Perjanjian pun tak dihormati,
ini politik apa? Memalukan negara. Pelabur2 asing takkan percaya dengan kita lagi!
- Perdana Menteri
Sampai ke bab ini, mulalah ahli2 dan pemimpin2 UMNO naik berang.
Macam2 kata kesat dilemparkan. 100% ahli2 dan pemimpin2 UMNO sudah sedar bahawa
Mahathirlah yang membawa parah kepada UMNO. Tindakan2 dan tingkahlakunya menyulit dan
menyusahkan UMNO. Mereka mengakui memang susah nak tarik balik orang2 Melayu. Ini semua
pasal Mahathir! Pekung2 dicipta oleh Mahathir dan para2 juaknya dan disuruhnya ahli2 dan
pemimpin2 bawahan seperti kami mencuci dan membersihkan kudis2 tersebut. Pegilah!
Kredibiliti UMNO sudah punah disebabkan oleh satu orang, Mahathir!Bercelaru, haru biru
UMNO sekarang. Payah nak dapat balik sokongan orang2 Melayu selagi beliau masih
menerajui UMNO.Hancur, hancur!Begitulah keluhan ahli2 dan pemimpin2 UMNO yang sempat
ditemui. Begitulah serba sedikit maklumbalas dari ahli2 dan pemimpin2 UMNO yang dapat
disampaikan.
PEMERHATI BEBAS
|