SEMARAKKAN PERJUANGAN ALAM SIBER
Hackerzparadize Editor Notes:
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
--------------------------------------------------------------------------------
Sudah
agak lama editor tidak berpeluang untuk menulis mengenai isu-isu semasa di laman ini.
Bukan sudah pudar semangat perjuangan ataupun berpaling tadah terpengaruh dengan
propaganda pemerintah. Lantaran kesibukan menguruskan kelahiran cahayamata pertama di
awal bulan Rejab ini editor langsung tidak berpeluang online, apatah lagi mengikuti
perkembangan semasa. Insya-Allah, dengan bantuan rakan-rakan dan sokongan keluarga,
editor akan mulai online dan bersama-sama pejuang cyber lainnya meneruskan agenda
perubahan di negara ini.
Baru-baru ini beberapa laman favourite reformasi yang
bertapak di Tripod mengalami gangguan teknikal akibat daripada proses maintainance dan
upgrade yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan berkenaan. Editor hanya
mengetahui perkara ini setelah membuka email yang dihantar oleh webmaster berkenaan
semalam.
Ini adalah proses biasa yang dilakukan oleh mana-mana server bagi
memastikan sistem mereka sentiasa kemaskini dan bersedia dalam apa juga risiko
keselamatan serta cekap dalam mengarusi perubahan teknologi internet. Alhamdulillah
proses berkenaan berjaya dilalui dengan baik dan laman-laman kita semua kini telah mula
beroperasi seperti biasa.
Namun begitu sejak kebelakangan ini editor dapati
terdapat sedikit kelesuan pada beberapa laman yang semakin kurang menyiarkan
artikel-artikel perjuangan. Penulis-penulis siber yang dulunya amat rajin menulis kini
agak jarang menyumbangkan karya mereka. Mungkin juga jumlah pengunjung pun turut
berkurangan. Webmaster yang berkenaan mungkin boleh mendapatkan jawapan tepat pengunjung
ke laman mereka dengan menganalisis hits pada log file server mereka.
Perkara
ini perlu dipandang serius oleh setiap mereka yang berjuang di arena ini memandangkan
medan inilah satu-satunya sumber informasi harian kita. Perjuangan ini masih panjang
untuk mencapai kemuncaknya, semangat kita harus sentiasa dibakar untuk terus bertahan.
Apatah lagi dengan terdengarnya berita yang Pemuda (Pondan) UMNO ingin menyaingi kita di
medan cyber ini dengan 30 laman web mereka.
Biarpun kita sedia maklum tentang
sambutan terhadap laman web mereka selama ini, kita turut perlu mengambil perhatian agar
tidak ketinggalan. Mereka adalah golongan yang berpunya sedangkan kita berjuang dengan
duit poket sendiri. Mereka mampu melakukan apa sahaja untuk menyaingi kita samada secara
berdepan ataupun dengan taktik kotor yang sentiasa menjadi amalan mereka.
Apatah
lagi beberapa hari lalu TPM anak Badwi Penang menyebut tentang isu keselamatan internet.
Ini membayangkan mereka juga maklum dengan potensi isu security yang boleh
dimanipulasikan mereka dalam menyaingi kewujudan laman-laman reformasi.
Insyaallah
kami di HackerzParadize akan sentiasa menyokong laman-laman reformasi lainnya dengan
menyediakan info-info terkini dalam isu security dan yang berkaitan dengannya. Kami juga
ingin menyeru kepada sekalian warga reformasi agar terus menyemarakkan lagi perjuangan
di arena cyber ini. Jadilah warga yang aktif menyumbang dan janganlah sekadar menjadi
pembaca semata-mata.
Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!
071000