RAKYAT DI JAJAH NEGARA DI JUAL ?
SIRI 2.
2. Penjajahan Jiwa Dan Perasaan
- Rakyat dan bangsa Malaysia akan merasa jiwa dan perasaanya sentiasa kasih dan sayang kepada kerakusan dan ketamakkan Mahathir@Mahafiraun dan
juak-juaknya….kerana perasaan dan jiwa pemimpin sebegini telah meresapi jiwa dan
hati mereka.
- Mahathir@Mahafiraun kini mengunakan kepakaranya dan kebijaksanaanya
mempermainkan jiwa dan perasaan orang Melayu…dengan membangkit isu ketuanan
Melayu dan agama Islam….secara tidak lansungnya Mahathir@Mahafiraun
terus-terusan mengunakan UMNO@BN dan kerajaan agar orang Melayu akan sentiasa
bersimpati terhadapnya…walaupun perkara yang dilakukan bertentangan dengan
budaya Melayu dan hukum Islam.
- Dengan alunan ke Islaman…. Mahathir@Mahafiraun tanpa segan dan silu untuk
mempermain-mainkan jiwa serta perasaan rakyat dan bangsa Malaysia…sehingga semua
yang melihatnya seperti tuhan dan maharaja tanpa sempadan….???
- Berserta dengan imej seorang pemimpin wira dunia ke 3….. Mahathir@Mahafiraun
merasakan yang ia telah melakukan yang terbaik serta segala amanat atau ucapanya
ibarat wahyu….dan jiwa juak-juak UMNO@BN terus dicengkam ketakutan dan lalai
dengan lakunan serta sandiwara Mahathir@Mahafiraun .
- Dengan memberikan aksi atau ucapan yang mampu menakutkan rakyat marhain ….
Mahathir@Mahafiraun dengan rakusnya menjadikan jiwa dan rakyat menjadi seorang
pemalu dan takut serta tanpa jati diri ….. apabila dengan mudah mengatakan orang
Melayu hanya mampu hidup dengan subsidi atau merit untuk sesuatu jawatan. Secara
totalnya orang Melayu diperlekehkan serta diperbodoh-bodohkan semahunya mengikut
acuan atau paluan gendang UMNO@BN .
- Dengan siri-siri filem atau cerekarama…..jiwa rakyat dan bangsa Malaysia
terus-menerus dialunkan dengan perasaan cinta, sex, sensetif, sayu, layu,
malu-alah, rasa kecil…apabila media elektronik seperti TV dan Radio memperbanyak
siaran yang membawa jiwa dan perasaan sentiasa lemah dan sayu serta menangung
perasaan rindu amat sangat.
- Dengan jiwa dan perasaan rakyat dan bangsa masih mampu dikawal melalui media
cetak atau elektronik syarikat kroni….. Mahathir@Mahafiraun masih mampu
tersenyum dan melaksanakan agendanya sehingga selesai …. tanpa bantahan atau
disedari oleh rakyat dan bangsa Malaysia.
- Secara menyeluruhnya……. perasaan serta jiwa rakyat dan bangsa Malaysia
benar-benar dipengaruhi oleh sentimen Mahathir@Mahafiraun sebagai seorang
pejuang dan penyelamat bangsa …. Ini kejayaan perunding imejnya yang berbangsa
Yahudi …… dengan imej yang menonjol secara tidak lansung dan terpaksa ….
Mahathir@Mahafiraun benar-benar mencengkam jiwa dan perasaan rakyat …… ???
terutamanya perasaan taksub, takut, bangga, sedih, simpati, nikmat rakyat kepada
Mahathir@Mahafiraun ……walaupun ia telah dibenci dan ditolak oleh masyarakat
Melayu dan antarabangsa.
3. Penjajah Panca Indera dan Anggota.
- Secara mudahnya kita melihat yang panca indera serta anggota tubuh rakyat dan
bangsa Malaysia benar-benar dijajah oleh Maharaja Mahathir@Mahafiraun . Dengan
kekuatan mata dan telinga pun …. rakyat tidak mampu untuk melihat dan mendengar
yang mana satu hak dan yang mana satu lagi batil …. dalam membezakan tindakkan
atau ucapan Mahathir@Mahafiraun
- Mata dan telinga rakyat kini benar-benar dibutakan serta ditulikan ….. oleh
Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya…..??? projek membutakan dan mentulikan
panca indera rakyat serta bangsa Malaysia ini telah lama dilakukan oleh
Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya…yakni dari tahun 60an lagi…..secara nyata
dan jelas adala tragedi 13hb.Mei.1969 … orang Melayu dan Cina berjaya
diperbodohkan serta dijadikan bahan uji-kaji golongan Mahathir@Mahafiraun
……secara mudahnya perbalahan kaum akan menimbulkan sesuatu anjakkan paradigma
sesuatu kaum …. Jadi dengan kes 1969 ini ….. kita dapat melihat bahawa orang
Melayu dan Cina tidak dapat melihat atau mendengar apakah isu pokoknya serta
kenapa perlu ada rusuhan kaum ….. sedangkan dalang sebenarya bersikap lontar
batu sorok tangan……??? Sehingga hari … walaupun ada kertas putih disediakan ….
Namun begitu pelontar batu ini masih mampu menyimpan rahsia dan berpura-pura
dengan rakyat serta bangsa Malaysia.
- Mata rakyat diajak berbangga dan merasa gah …. Dengan melihat kejayaan demi
kejayaan palsu yang dicanangkan oleh rejim Mahathir@Mahafiraun …..dengan
menghidangkan mata rakyat kepada KLIA, KLCC, KL TOWER, STADIUM BUKIT JALIL,
LITAR F1 SEPANG, KOMPLEKS KERAJAAN PUTRA JAYA, E-VILLAGE DENGKIL, MSC, PEMANCAR
SETELIT, MAHLIGAI AIR MATA, EMPANGAN BAKUN, KL CENTRAL, LRT / MONOREL , HIGHWAY
YANG BERTOL…..secara logiknya rakyat dan bangsa Malaysia akan terus merasa
berbangga dan tinggi diri … kerana kita mampu berdiri sama tinggi dengan orang
barat …. Itulah yang dicanangkan keseluruh dunia oleh Mahathir@Mahafiraun
…walaupun kos dan hutangnya ditanggung oleh rakyat marhain serta miskin.
- Rakyat dan bangsa Malaysia akan terus-menerus dihidangkan dengan kata-kata
penuh kebangaan serta pengalunan perasaaan sehingga kepuncak langit….??? Bahawa
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN lah yang bertanggung jawap menyelamatkan serta
membawa negara Malaysia kemercu kejayaan …. Walaupun jiwa, maruah, harta, serta
hasil bumi rakyat dan bangsa Malaysia telah digadaikan serta dirampas semahunya
tanpa rasa marah atau kesal oleh rakyat Malaysia sendiri.
- Tangan dan kaki serta jari-jemarinya terus diikat serta dikakukan untuk
melakukan perobahan atau tentangan ….. dengan kuasa rejim Polis DR Mahathir
(PDRM) dan Akta ISA ….. kedua-dua anggota ini benar-benar terpenjara oleh
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN .
- Begitu juga mulut dan hidung … tak mampu berkata-kata atau menghidu
keburukkan serta kebusukkan rejim Mahathir@Mahafiraun …. Walaupun segal-galanya
telah dirompak atau difaraitkan oleh juak-juak UMNO@BN .
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
-
6hb.Okt.2000 - bersambung disiri 3.