YTDT: 2
YANG TERBANG AKAN PASTI TERBANG JUA
Belum pun sampai satu minggu sejak Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa dia
mahu
menumpukan sebahagian besar perhatiannya terhadap kerja-kerja sebagai pemimpin agung
parti yang kini lebih dikenali sebagai UMNO Baru(a). Pengumuman itu disusuli pula
dengan
kenyataan betapa gaji yang diterimanya itu amat jauh lebih rendah daripada
yang
diterima oleh tokoh korporat (tentu juga mereka yang tergolong sebagai
keparat) negara.
Kerana itu apabila Paklah berlepas ke London dan berucap di sana dan kemudiannya
membuat
lawatan yang diberikan taraf persis lawatan perdana menteri ke Jepun; ramai di
kalangan
rakyat memikirkan Mahathir sudah mula mahu menunjukkan sikap yang serius
mentadbir
negara. Harapan rakyat itu semakin menjadi apabila di waktu yang sama Rafidah
Aziz sibuk
di Amerika untuk mencari pelabur yang akhirnya pulang kabur kerana disabotaj
oleh cerita
mengenai suasana pelabuhan negara yang sebenar.
Kenyataan Mahathir itu dilakukan hanya beberapa hari sebelum menjelangnya satu
majlis
Persidangan Panduan Haji di Hotel PGH "yang dihadiri oleh 52 negara termasuk
25 menteri
yang menjaga hal ehwal jemaah haji."
Sebelum itu Mahathir telah menyampaikan ucaptama pada Wacana Pemikir Belia
Islam
Kebangsaan di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Dalam ucapannya itu
beliau telah
mengajak umat Islam agar membahaskan pelbagai perkara dalam agama secara
bijaksana
supaya mereka lebih memahami ajaran Islam secara syumul. Di majlis itu beliau
mengeluarkan pendapatnya mengenai hukum hudud. Kita petik beberapa ungkapan yang
disiarkan di akhbar sebagai rujukan:
"Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan oleh kebanyakan negara Islam bukan kerana
kita
menolak hukum itu tetapi kerana kita tidak mempunyai keupayaan untuk
melaksanakannya.
Misalnya untuk mendapatkan empat saksi bagi menghukum pesalah zina ataupun
liwat. "
Soalnya sekarang, adakah perkara itu diambil kira oleh Mahathir semasa
mentohmah Anwar
Ibrahim hingga membabitkan dua orang rakyat asing yang dikatakan telah diliwat
oleh
beliau? Apakah Mahathir tidak sedikit pun merasa berdosa dengan segala fitnah
yang
ditaburnya seluruh dunia mengenai kes Anwar itu sehinggakan dia sanggup berkata
bahawa
sistem undang-undang dan kehakiman negara adalah bersih daripada segala
tekanan
politik?
Di majlis Panduan Haji yang pertama kali diadakan di luar Arab Saudi itu, Mahathir telah
cuba menonjolkan satu perwatakan betapa Malaysia di bawah kepimpinannya adalah
sebuah
negara Islam yang moden yang mampu memberikan kepimpinan dalam pelbagai bidang
kepada
negara Islam yang lainnya. Sekaligus strategi itu diduplikasi pula oleh Paklah,
Timbalan
Perdana Menteri yang bersuara lantang mengajak negara lain mempelajari
kepintaran
Malaysia menguruskan Tabung Haji dan tentunya juga dana. Apa yang tidak disedari
oleh dua
pemimpin terunggul Melayu UMNO masa kini, kalau diambil kira tabungan orang
Islam yang
telah melabur dalam Tabung Haji itu, sepatutnya banyak perusahaan besar di taraf
global
telah mampu dibeli dan dipunyai oleh Lembaga Tabung Haji dan sekaligus
melambangkan
kepunyaan orang Melayu dan Islam di negara ini. Tetapi, kerana wang tabungan
yang
mencurah setiap bulan ke dalam tabung itu hanya dikendalikan mengikut rentak
'orang
atasan dalam parti' makanya kini Tabung Haji nampak gah pada bangunannya dan
pada namanya
sahaja. Yang paling melucukan Tabung haji yang pada asalnya diilhamkan oleh
pemikiran
Professor Diraja Ungku Abdul Aziz tidak pernah pun bersedia menawarkan jawatan
Pengerusi
kepada Pak Ungku, kerana dasar kepimpinan Tabung Haji itu 'MESTI' dikendalikan
oleh insan
yang rapat dan sanggup bersekongkol dengan 'Si Tua'. Alangkah aibnya Tabung
Haji yang
menguruskan orang pergi haji dengan pesawat udara tidak pun memiliki sebiji pun
kapal
terbang? Kalaulah pesawat terbang sudah mula dibeli sejak dua puluh tahun yang
lalu untuk
kegunaan jemaah haji dan mereka yang mahu mengerjakan umrah, bukankah pesawat
itu boleh
disewakan secara pajakan bermusim kepada MAS dan syarikat pengangkutan udara
yang lain?
Yang arif mengenai bidang pemajakan pesawat udara akan mampu menjelaskan betapa
ada dua
jenis sewa-pajak kapal terbang. Ada yang mengikut sistem 'dry-leasing' dan
'wet-leasing'.
Bezanya terletak apakah sewaan itu termasuk penggunaan anak kapal. Setiap muncul
musim
haji, MAS di tahap awalan dulu telah diberikan tugas untuk mengangkut jemaah
haji.
Tetapi, di kebelakangan ini sudah ada syarikat swasta yang dipunyai oleh anak
kesayangan 'SIAPA LAGI?' yang diberikan kontrak pengangkutan itu. Bayangkan, kalau Tabung
Haji sudah
mempunyai pesawat udaranya sendiri bukankah kos mengerjakan haji itu satu kos
yang
termampu oleh setiap insan yang beragama Islam di negara ini. Apabila selesai
sahaja
musim haji itu bukankah pesawat yang sama boleh digunakan untuk mengangkut
mereka yang
mahu mengerjakan umrah bukan sahaja di negara ini malahan di semua negara Islam
yang
lainnya? Malahan kalau kita ambil iktibar bagaimana syarikat pelancongan Eropah mengendalikan
rencana pelancongan kepada rakyat marhaen di sana kita tentu mampu
memberikan kemudahan penerbangan khas kepada pekerja asing untuk pulang
bersistem ke
Bangladesh, Pakistan, India dan juga beberapa negara di Afrika, di luar musim
haji?
Kini, peluang Lembaga Tabung Haji memiliki pesawat udara sendiri, memang jauh
panggang
daripada api kerana aset institusi itu yang banyak berbentuk saham yang dibeli
dengan
harga yang terlalu tinggi satu ketika dulu, sudah menekan kecairan (liquidity)
sebenar
institusi itu. Dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum, dana yang ada perlu
disiap-sediakan untuk digunakan oleh kerajaan bagi bayaran yang penting-penting
sebagai
menutup malu keadaan kewangan yang sebenar. Jika tidak kerana masalah seperti
ini adakah
kerajaan Malaysia berbincang dengan wakil negara Islam yang lain itu untuk memiliki
pesawat sendiri bagi tujuan ini?
Putarbelit Politik
Sebenarnya kita boleh merasa kecewa kerana persidangan yang julung kali di
adakan di
luar Arab Saudi itu tidak dipergunakan oleh kerajaan Mahathir untuk
membincangkan
beberapa perkara yang lebih baik dan munasabah lagi untuk kepentingan dunia
Islam khasnya
dan Malaysia amnya. Kita akan bincangkan beberapa perkara itu dalam tulisan yang akan
datang kerana kita akan mendedahkan betapa Malaysian telah menggunakan
persidangan itu
semata-mata untuk menonjolkan UMNO dan kewibawaan kepimpinan yang ada. Sekaligus
persidangan itu dijadikan topeng untuk menonjolkan perwatakan individu tertentu
yang
sudah kegersangan wajah polititiknya yang mampu menarik minat orang Melayu
secara
keseluruhannya. Apabila ruang yang luas diberikan kepada lapuran puja-memuja
yang diberikan oleh pemimpin asing kepada Lembaga Tabung Haji sedangkan orang Islam
negara ini
amat kecewa dengan prestasi lembaga itu, kita sudah nampak betapa persidangan
itu
dijadikan alat untuk menonjolkan seorang dua dalam UMNO untuk tujuan
politiknya.
Apakah agaknya yang dijawab oleh Hamid Othman, apabila ada wakil negara Arab
yang
mengemukakan soalan seperti yang saya dengar ini: "Apakah hotel ini kepunyaan
Lembaga
Tabung Haji? Ataupun "Kenapakah saudara galakkan Lembaga Tabung Haji
mengadakan satu
persidangan Islam yang besar di sebuah tempat di mana terlalu banyak patung
dibina?
Mungkin jua ada wakil yang kerap ke Malaysia mahu bertanya 'Kenapakah tidak
diadakan
persidangan ini di bangunan kepunyaan orang Melayu (UMNO)'. Mungkin juga ada
perwakilan
yang telah bertanya untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai dua negeri yang
kini
ditabir oleh parti politik yang dipengaruhi ajaran Islam.
Cubalah kita renungkan sendiri bagaimanakah kita mampu menonjolkan kewibawaan
kita
kepada dunia Islam sedangkan di waktu persidangan itu berlangsung, kerajaan
pusat yang
berpaksikan Islam dan budaya Melayu telah menukar tafsiran royalti minyak
menjadi tabung
ehsan? Bagiamana pula dengan hak rakyat Negeri Kelantan yang majoritinya
beragama Islam
kerana mereka ditidakkan kepada hak royalti gas yang disalurkan ke Thailand?
Kita tidak
payah menggunakan pendekatan pendidikan Islam untuk membuat rumusan bahawa
gelagat
kerajaan pusat mendera kerajaan Islam Terengganu dan Kelantan adalah satu
pengaiban di
sisi kaca mata ajaran Islam.
Bagaimana pula dengan kenyataan dan pengakuan Paklah yang dibuatnya terhadap
pembabitan
pihak polis dan pegawai tinggi kerajaan yang majoritinya beragama Islam
bersekongkol
dengan tuan punya perusahaan mesin video haram yang bersifat judi? Mungkin ianya
satu
kebetulan (coincidence) kempen menghapuskan pusat video-judi haram dilakukan dan
diberi
lapuran meluas di muka depan akhbar ketika itu. Tetapi, soalan yang dikemukakan
oleh para
wakil negara Islam itu sudah mampu memperlekehkan perwatakan para pemimpin Islam
negara
ini.
Adalah amat dikesalkan, Malaysia yang dipilih untuk pertama kalinya menjadi tuan rumah satu persidangan yang selama ini dikendalikan di Arab Saudi telah mempolitikkan
persidangan itu untuk tujuan UMNO dan segelintir orang Melayu yang rakus dalam
parti itu.
Pendapat ini bukannya satu tohmahan tetapi adalah hasil satu penganalisaan yang
dapat
kita bincangkan bersama. Di dalam hal ini kita boleh ambil kira apa yang berlaku
di
London sekarang ini.
Bagaimana Mahathir Berjihad di London
Sebaik sahaja pablisiti meluas diberikan kepada Persidangan Panduan Haji
Pertama
(sepatutnya ditambah dengan perkataan 'Di Luar Arab Saudi') , media massa
kepunyaan
UMNO telah sibuk dengan ucapan Mahathir di London. Dia telah menghadiri apa
yang
dikatakan 'satu persidangan antarabangsa di London dan memberikan ucap tama mengenai
'JIHAD'. Sungguh hebat laporan yang dikeluarkan kerana persidangan itu
dipelopori bersama
oleh ASLI yang dipunyai oleh anak 'SIAPA LAGI?' Persidangan itu dihadiri oleh 100
perwakilan daripada 20 institusi Islam di Britain. Fuuh……! Hebat Mahathir,
kerana dalam
kata aluan pengerusi majlis Mahathir ditonjolkan sebagai pemimpin berwawasan
yang telah
memperkenalkan sistem perbankan Islam dan menubuhkan Universiti Islam
Antarabangsa.
Ternyata, pengerusi upacara majlis membaca skrip yang ditulis oleh orang Malaysia
kerana
dia tidak pun membaca satu ayat penting yang sengaja tidak tertulis di situ.
Ayat itu
sepatutnya berbunyi: Sistem perbankan Islam dan universiti Islam antarabangsa
adalah dua
institusi yang diwujudkan dengan usaha tungkus-lumus seorang insan yang kini
terpenjara……
oleh Mahathir!!!!!
Mungkin juga kalau bercerita mengenai Universiti Islam itu pengerusi terbabit
sepatutnya
menceritakan sedikit mengenai Universiti Islam Antarabangsa yang kini
dipengerusikan oleh
seorang bajingan politik yang sanggup memukul orang lain semata-mata mahu
menunjukkan
kesamsengannya. Kerana buruk laku itu dia hanya didenda sahaja tanpa ada
perasaan rendah
diri (daripadanya) untuk menyesal akan perbuatannya itu dan meminta maaf kepada
mangsanya.
Di London, Mahathir telah berucap memperkenalkan konsep Jihad ala Mahathir. Saya
petik
beberapa perenggan dalam Berita Harian bertarikh 4 Oktober, 2000 pada muka surat
2.:
*****
"Datuk Seri Dr. Mahathir berkata, jihad sebenar bagi umat Islam pada alaf baru
ialah
membina sebuah negara Islam yang mantap dalam pentadbiran dan stabil dalam
semua bidang
lain, termasuk politik. Perdana menteri sebaliknya menegaskan, jihad bukan
bermakna
bermusuh sesama Islam, iaitu satu tafsiran yang sering digunakan sesetengah
pihak dalam
politik untuk kepentingan sendiri.
'Kita percaya kalau kita dapat membina sebuah negara Islam yang rasional, cekap
dalam
pentadbiran sains dan teknologi, perdagangan dan industri, sosial dan agama,
kita dapat
mengemukakan wajah sebenar Islam. Inilah jihad kita," katanya.
"Sehubungan itu beliau meminta umat Islam supaya tidak terpesong dengan tafsiran
jihad
seperti yang dicanangkan sesetengah pihak yang berkepentingan politik.
'Orang Islam menggunakan pelbagai alasan untuk berjihad. Mereka
tidak pernah memikirkan sejauh mana kukuhnya perjuangan mereka
yang hanya melemahkan negara sendiri. Bagi mereka ini perkara
terpenting ialah bersedia berperang dan mati syahid dan mendapat
satu
tempat di syurga.'
"Perdana Menteri berkata, sejarah menunjukkan kontroversi agama hanya
menyebabkan
kemunduran sesebuah negara Islam yang cuba mempertahankan diri menerusi ilmu
pengetahuan.
Beliau memberi contoh bagaimana dasar PAS mengkafir kerajaan Barisan Nasional
pimpinan
UMNO menyebabkan percakaran sesama umat Islam dan pergerakan al_Maunah yang
menyelewengkan tafsiran jihad. '
'Kumpulan
al-Ma'unah yang baru-baru ini cuba melakukan
pemberontakan bersenjata bagi menggulingkan kerajaan adalah pergerakan serpihan
sebuah
parti Islam dan mereka percaya kerajaan kafir mesti digulingkan menerusi
kekerasan. Oleh
kerana umat Islam terlalu sibuk dengan perbahasan yang tidak habis-habis, negara
menjadi
mundur dan umat Islam ketinggalan berbanding orang bukan Islam. Apabila era
perindustrian
tiba, kita tidak langsung menyedarinya hingga tidak cuba berubah dan mengambil
peluang
daripadanya untuk mengekalkan pembangunan. Sekarang kita dapati mereka sudah
memasuki era
teknologi maklumat. Kini, kita tidak dapat bersembunyi di sebalik sempadan, menghalang aliran masuk modal,
perniagaan dan maklumat," kata Dr. Mahahtir.
Beliau percaya Malaysia boleh berbangga kerana kerajaan yang diterajui pemimpin
Islam
cuba membangunkan negara dan agama sesuai dengan kehendak semasa.
'Pemimpin bukan Islam di Malaysia tidak menentang kami
kerana
kami menunjukkan bahawa kerajaan Islam boleh berlaku adil kepada kaum bukan
Islam tanpa
melanggar ajaran Islam. Kami berharap dapat menunjukkan sedikit sebanyak kepada
orang
Islam dan negara Islam laluan terbaik kepada kebangkitan Islam. Kami berharap,
kejayaan
kecil kami diiktiraf dan digunakan sebagai model."
****
Fulamak….!!! Dari segi teks memang cantik sekali ucapan itu. Ia memperagakan
iltizam
seorang pemimpin Islam unggulan (he..he..he) yang memimpin sebuah parti
berpaksikan
ajaran Islam di tengah-tengah satu suasana yang mengancam (hostile environment
- satu
modal usang Mahathir juga !) sehinggakan dia mampu mendirikan satu kerajaan yang
bersih
lagi bersih, kuat lagi kuat dan bermacam lagi mengikut suka hati tafsiran dia,
sehinggakan
kerajaannya itu harus diiktiraf dan digunakan sebagai model. Inilah kepintaran
Mahathir.
Dia memang pandai berbohong besar di negara orang sehinggakan tergamak
mengaibkan bangsa
sendiri.
Menepuk Air Di Dulang
Gelagat Mahathir memburukkan parti pembangkang di negaranya sendiri adalah satu
sikap
yang memang sudah lama diamalkannya. Di New York dulu dia pernah menceritakan
kepada
sidang akhbar betapa "adanya golongan yang sanggup membuang peti-sejuk, TV dan
radio
kerana terlalu taksub kepada ajaran Islam yang songsang…" Kini dia mendedahkan
lagi
pekong di dada terhadap orang Melayu; satu bangsa yang sama dengan ibunya dan
juga
isterinya. Dia memperlekehkan bangsanya sendiri dengan menggunakan Islam sebagai
pemangkinnya.
Kita tidak perlu menganalisa corak jihad yang mahu ditonjolkannya, kerana
sikapnya
memburukkan darah dagingnya sendiri atas nama menonjolkan kewibawaannya.
Kebiadaban Mahathir ini sudah cukup untuk kita menumpulkan sebarang usaha untuk menganalisa
fikirannya itu. Sudah semakin tererlah kini bagaimana beliau sudah semakin
kehilangan
kebijaksanannya itu. Dia sanggup menuduh al-Ma'unah sebagai kumpulan yang cuba
melakukan
pemberontakan bersenjata sedangkan perkara itu belum disahkan lagi oleh
mahkamah. Dia
sanggup menuduh al-Ma'unah sebagai kumpulan serpihan parti politik PAS sedangkan
semua
rakyat tahu bahawa al-Ma'unah adalah satu kumpulan yang melakonkan satu
sandiwara yang
skripnya diolah oleh orang yang bukan mempunyai keahlian PAS. Dia mengungkit isu
kafir-mengkafir kerana dia tahu itulah isu yang menarik minat orang yang bukan
Islam dan
media massa global. Sedangkan dia sendiri tahu isu itu mula tercetus tiga pemilu
yang
lalu di mana dia masih mampu memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat
sehingga kini.
Demikianlah bangsatnya pemikiran seorang pemimpin yang tidak menerima tauliah
yang jelas
untuk memimpin bangsanya. Apakah dia fikir orang di Britain laksana katak di
bawah tempurong ? Dia fikir orang tidak tahu bagaimana dia membrahminkan dua jawatan
tertinggi
dalam UMNO untuk terus kekal menjadi seorang Perdana Menteri. Apakah ini yang
dimaksudkannya kenapa pemimpin bukan Islam di Malaysia tidak menentang
kepimpnannya?
Kalau demikian halnya, kenapakah dia sanggup menuduh kumpulan Suqui sebagai satu
kumpulan
yang setaraf dengan al-Ma'unah dan setaraf dengan komunis? Nampak sangat Mahathir sudah
semakin sewel dan dia sudah menarik ramai lagi rakyat Malaysia turut sewel.
Kini, dia
mahu mempengaruhi masyarakat Islam di Britain agar turut sama sewel sepertinya.
Gelagat Mahathir di Britain sekaligus menjawab segala keraguan apakah dia
sebenarnya
ikhlas mahu menumpukan masa yang lebih kepada masalah parti? Apakah dia
sebenarnya
ikhlas mahu memberi ruang kepada Pilah memimpin kerajaan? Tidak…!
Mahathir telah berada terlalu lama di mercu kepiminan negara, baik sebagai
seorang
diktator kerajaan yang memerintah mahupun sebagai diktator parti UMNO. Dia
tidak boleh
berubah sikap begitu sahaja seperti yang cuba dilakonkannya. Segala usaha yang
dilakukan
kini adalah bertujuan untuk memberitahu dunia apakah tindakan selanjutnya di
Malaysia.
Dia tahu, dia tidak mempunyai tempat lagi di pentas dunia. London adalah satu
tempat
yang terakhir untuknya berdiri bebas tanpa memikirkan gangguan besar. Satu
ketika dulu
dia mempunyai pengaruh yang mudah dipuji di Jepun. Tetapi, usaha yang dilakukan
oleh
isteri bekas Duta Amerika di Malaysia (berbangsa Jepun) telah mencelikkan mata
orang
Jepun. Kerana itu Mahathir cuba menguji keadaan di sana dengan menghantar Paklah
berucap
di hadapan kumpulan 'KEIDNREN' (satu kumpulan elit peniaga Jepun).
Terbangnya Impian Rakus
Mahathir sudah mula sedar betapa tarikh luputnya sudah semakin menggamit tubuhnya. Dia
sendiri sedar banyak wang rakyat yang telah terbang bersama dengan segala projek
mega
yang membazir itu. Satu ketika dulu dia berlagak sakan seantero dunia
mengembar-gemburkan
projek mega itu. Dunia yang lebih pintar darinya senyap di hadapannya sambil
tersenyum.
Tetapi, di dalam hati mereka, tercetus ketawa besar akan kebodohannya. Di
manakah lagi
pentas luar negara untuk Mahathir berlagak sakan? Dia amat faham akan kepincangan
ini.
Kerana itu usaha dilakukan untuk berbelanja besar di London dan Britain untuk
beliau
menonjolkan mukanya. Persidangan Britain -Malaysia Ketiga menjadi modal yang
paling baik
yang mesti dipergunakannya. Bayangkan terdapat 60 pemimpin korporat di London
kali ini,
semata-mata untuk menghadiri majlis yang tidak banyak maknanya. Mereka
berbelanja besar
akan duit syarikat sedangkan pemegang saham mengharapkan mereka berjimat cermat
dalam
menangani keadaan ekonomi yang meleset ini. Bayangkanlah kalau semua
perbelanjaan yang
dihamburkan masa kini di London oleh Mahathir dan juga semua para juaknya,
berapakah
belanjanya yang boleh diagihkan kepada mangsa banjir yang mengalami nasib teruk
di
seluruh negara masa kini? Apakah kerana Mahathir akan terus berlagak sebagai
pemimpin
ulung Malaysia di dalam dua abad itu makanya segala gambar mengenai mangsa banjir tidak
pernah ditunjukkan secara jelas di TV dan akhbar kerajaan masa kini? Apakah
sebarang usaha
menyelamatkan masyarakat marhaen yang sentiasa diserang banjir bukan dikira
sebagai
jihad?
Mampukah semua masyarakat Islam di Bandaraya London itu memahami betapa di
sebalik segala
cakap besar Mahathir di London itu ada dua buah negeri Islam di Malaysia di mana
hak
rakyat ke atas royalti minyak dan gas telah diselewengkan oleh Mahathir bin
Mohammad.
Apakah jenis jihad yang mahu dijualnya di London itu sehinggakan rakyat Islam
di Terengganu dan Kelantan sengaja didera untuk menidakkan hak mereka kepada royalti
itu?
Bagaimanakah pula dengan keadaan rakyat marhaen yang masih merempat di negara
sendiri
kerana hutang besar setelah pasaran BSKL lingkup disebabkan mainan nafsu serakah
para
kroni Mahathir itu?
Kalau Mahathir memang serius untuk berjihad, Malaysia sudah mampu melakar satu
sistem
bagaimana pendatang asing mampu bekerja di negara ini dengan sah dan pulang ke
negara
mereka setiap dua tahun dengan sah juga. Tentu tidak banyak bangunan pencakar
langit yang
kosong tanpa disewakan selain menjadi pusara konkrit yang menyemadikan jasad
pendatang
haram ini yang mati kerana kemalangan sewaktu bekerja. Tentu sekali Allah tidak
menurunkan pelbagai bentuk musibah ke negara ini secara bersiri dan bersilih
ganti.
Jihad apakah yang patut dijadikan model oleh Mahathir kepada dunia luar kalau
majoriti
rakyat Malaysia masih lagi kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati,
sambil berdoa
kepada Ilahi, agar si diktator tua itu cepat pergi?
-Marhaintua-
4 Oktober, 2000