Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

NUKILAN RASA SEORANG REFORMIS

Kehidupan sehari-hari yang saya lalui kini tidak lagi seperti dahulu. Kalau 2 tahun lalu, bermula tanggal 2 September 1998, ramai rakan-rakan yang turun padang menyemarakkan gerakan reformasi tetapi saya tidak pula berbuat demikian. Saya masih berasa selesa dengan kerjaya dan menjalani kehidupan yang tenang di samping keluarga tercinta. Kesedaran tentang perlunya perubahan di dalam negara kita ini sebenarnya memang telah berkubu di dalam lubuk jiwa saya sejak dari peristiwa penyingkiran DSAI. Namun tidak pula saya terfikir untuk menterjemahkannya ke dalam bentuk perbuatan. Sebaik sahaja DSAI dipecat dari kerajaan, saya dan keluarga saya terus memilih PAS sebagai wadah perjuangan, mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO sebelum keADILan ditubuhkan lagi. Menjelang pilihan raya yang lalu kami memberi sokongan dan bantuan yang semampu mungkin buat barisan BA di kawasan kami sehinggakan kereta kami cagarkan penuh meriah dengan logo-logo dan bendera-bendera BA.

Tetapi.......setakat itu sahajalah........tidak lebih dan tidak juga kurang. Perkataan demonstrasi @ perhimpunan aman @ haram hanya dikenali melalui berita-berita dan laporan-laporan media BA dan internet. Malah perhimpunan Black 14 yang begitu meluas publisitinya pun tidak dapat mencuri perhatian ataupun menggamit saya untuk turut menyertainya. Sehinggalah bulan Ogos yang lalu, tanggal 4 Ogos, bila mana saya dan suami tiba-tiba terfikir untuk mendengar sendir keputusan penghakiman kes DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Walau pun kes ditangguhkan, oleh kerana kami telah tiba lebih awal di KL maka kami teruskan juga ke mahkamah pada pagi tersebut. Tidak disangka-sangka, rupa-rupanya beberapa ratus reformis masih setia meneruskan perhimpunan pada pagi itu. Maka bemulalah satu episod baru di dalm hidup kami......... .....bergelumang sebagai reformis jalanan! Melihat kepada kecekalan rakan-rakan reformis yang berhimpun, mengenali mereka dengan lebih dekat dan menyelami perasaan serta naluri perjuangan mereka yang tidak berkepentingan itu menjadikan kami begitu 'ketagih' untuk turun dan turun lagi ke KL selepas itu. Kalau dahulu setahun sekali baru boleh menjejakkan kaki ke KL, kini 2 atau 3 kali sebulan sepeti tidak mencukupi pula. Sehinggakan adik di KL pun sudah tidak terkejut dengan kemunculan mendadak kami di ruamahnya. Begitulah seterusnya di dalam 3 bulan kebelakangan ini......ternyata masih terlalu 'junior' jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Cuma agak malang sedikit kerana ditakdirkan kami menetap jauh di Utara ini....kesempatan bersama kalian terpaksa diatur sebijak-bijaknya.

Atas sebab itulah saya katakan hidup saya telah berubah coraknya sekarang. Buku-buku politik, majalaha-majalah dan risalah-risalah BA yang lama menjadi buruan kami di setiap persinggahan. Menatap gambar-gambar lama demonstrasi tahun 1998 dan 1999 menambahkan lagi kekesalan di hati yang terlepas peluang menyertainya. Ternyata wajah-wajah reformis jalanan di dalam gambar tersebut masih lagi segar di dalam setiap perhimpunan yang baru saya sertai. Sebahagiannya kini telah menjadi rakan baik biarpun baru beberapa ketika berkenalan. Persahabatan yang tidak mengambil kira bangsa, agama dan status kehidupan itu terjalin begitu ikhlas kerana kami semua berkongsi satu azam yang sama ........ingin melihat Malaysia bebas dari kezaliman Mahathir Diktator itu! Atas sebab itu kami mungkin tidak begitu mengenali identiti mahupun kehidupan peribadi masing-masing tetapi perjuangan ini sudah cukup untuk menyatukan kami.

Hati ini sungguh berasa hiba dan sedih apabila menatapi gambar-gambar ahli keluarga DSAI dan foto-foro reformis yang dizalimi oleh 'bajingan-bajingan tengik' kerajaan itu.Sesungguhnya saya sangat mengkagumi semangat dan kecekalan hati reformis-reformis 'senior' ini.. Ada yang telah dibuang kerja ekoran penglibatan mereka secara terbuka dan kini bekerja sekadar yang termampu tetapi perjuangan masih tetap diteruskan. Kalian memang pejuang yang tulen! Sesungguhnya semangat juang kalian sukar untuk ditandingi dan tidak pernah tergugat oleh kesenangan dunia.

Kini saya benar-benar faham mengapa kalian tidak jemu-jemu berhimpun dan berdemonstrasi. Semangat ini hanaya boleh diselami dan difami oleh mereka yang terjun bersama-sama ke bidang ini. Tidak mudah untuk diungkapkan dengan perkataan mahupun tulisan. Seharusnya semanagt ini terus dipupuk, dibaja dan disemarakkan oleh barisan-barisan pemimpin yang lain. Kemunculan barisan tertinggi  memimpin kami di dalan setiap perhimpunan amatlah besar maknanya.

Tak Kenal Maka Tak Cinta........itulah yang berlaku ke atas diri saya sekarang. Mungkin saya bangun lewat sedikit dari rakan - rakan yang lain tetapi saya percaya masih belum terlewat lagi. Keikhlasan rakan-rakan reformis yang menerima saya sebagai orang baru di dalam kelompok mereka tanpa sebarang syak wasangka (sebagai SB mungkin) sesungguhnya menguatkan lagi azam saya untuk terus bersama kalian.  Mungkin benar kata pepatah........Hanya Jauhari Mengenal Manikam. Maka jalan inilah yang saya pilih sekarang walaupun saya sedar jalan itu itu tidak mudah dan masih panjang.... .......seperti kata Kak Wan! Saya mengambil kesempatan ini untuk menujukan lagu ini buat semua rakan-rakan seperjuangan (termasuk diri saya sendiri)........renungilah seni katanya. Lagu ini adalah nyanyian dari kumpulan anak didik pengasas Al Arqam, Ustaz Al Ashaari. MENGAPAKAH ENGKAU HENDAK BERJUANG 

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang
tolak ansut tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran

Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggpu engkau korbankan
Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
kerenah isteri tidak engkau tahankan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang
janji tidak engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan
engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak engkau selaraskan
Engkau ingin berjuang
ilme ketuhanan engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau abaikan

Yang sebenarnya apa yang ingin kau perjuangkan.......

LAWAN TETAP LAWAN! ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR! 

Kak Id 2000

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter