Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

JABATAN PALING JAHAT (JPJ?)

Cerita seorang kawan lama benar mengusik perasaan. Katanya rakan beliau (seorang wanita Cina) ditahan oleh BPR. Apabila diminta mengeluarkan lesen memandunya, beliau enggan dan menanyakan m,engapa mesti beliau berbuat demikian? Kata rakan saya itu lagi, hanya JPJ atau pihak polis trafik yang boleh meminta beliau berbuat demikian.

Pegawai BPR itu kemudian menunjukkan kad BPRnya dan beberapa keratan akhbar yang mahukan BPR menyiasat dari rumah ke rumah berhubung dengan 'lesen terbang'. Kata pegawai BPR itu mengikut maklumat yang diterimanya lesen wanita itu dipercayai 'lesen terbang'. 

Wanita itu kemudian mengeluarkan lesennya dan menafikan lesennya adalah 'lesen terbang'. Beliau kemudian meminta pegawai BPR itu mengeluarkan pula lesennya untuk perbandingan. Tanpa membantah pegawai BPR itu mengeluarkan lesennya dan apabila diamati kedua-dua lesen itu adalah sama mutu dan kualiti keluarannya. Wanita itu segera merampas lesen pegawai BPR itu sambil bertanya:, 'lesen encik siapa yang keluarkan'.

Pegawai BPR itu selamba menjawab, JPJ!

Lesen saya juga JPJ juga keluarkan, kata wanita itu lagi. Jadi lesen terbang ini dikeluarkan oleh JPJlah yak! Tempelak wanita itu kepada pegawai BPR. Pegawai BPR agak kaget sambil menyerahkan kembali lesen wanita itu dan meminta lesennya semula dan berundur dengan rasa malu.

Alangkah besarnya dosa menuduh orang lain memiliki 'lesen terbang' sedangkan satu-satunya agensi kerajaan yang mengeluarkan lesen itu adalah Jabatan Pengangkutan Jalan sendiri. Jadinya JPJ cetak 'lesen terbang' tiada kesalahan sedang rakyat yang dituduh memilikinya  terus diburu seperti penjenayah.

Jelas JPJ Jabatan Paling Jahat!!!

Mr Canggih

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter