Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

NGOs PATUT DIBERI ROYALTI MINYAK

Assalamualaikum dan salam persahabatan.

Saya hampir minat dengan idea NGO harus diberi peruntukan royalti minyak. Bila kerajaan BN istihar menahan royalti minyak dari sampai ke kerajaan PAS Terengganu , saya fikir untuk adil dan jadi orang tengah , bahagikanlah royalti itu kepada tiga.

Kalau nak dianalisa, kemenangan PAS di Terengganu adalah ekoran dari kerjasama PAS, NGOs dan parti pembangkang , khususnya bermula dari GERAK. Kemudian  menyusul dengan BA.

Apabila PAS memerintah, difahamkan penghantaran pertama royalti minyak minyak telah diberi ke kerajaan Terengganu pada bulan April lebih RM400 juta,  habis dibelanjakan oleh PAS untuk Terengganu.

Entah-entah bila NGOs ingin buat program di Terengganu dan ingin minta sponsor kerajaan PAS , tak ada peruntukkan atau dah habis duit. Begitulah juga parti lain dari BA nak organise program, pun susah nak cari fund dan sponsor.

Bukankah terengganu itu jatuh ke PAS hasil kerjasama?

Oleh itu saya setuju agar NGOs juga ada diperuntukkan budget dari royalti minyak untuk membuat program kemasyarakatan di Terengganu. Kalau UMNO dan PAS buat program mudah disalah tafsirkan berbaur politik. Tetapi kalau NGOs membuat program kemasyarakatan ianya memang baik dan berkesan kepada masyarakat.

Lihat negara Malaysia yang diperintah oleh UMNO dan Kelantan yang diperintah oleh PAS , banyak gejala sosial berlaku berleluasa,  zina , maksiat dan maksiat. jadi untuk membaiki masyarakat NGOs mesti diberi peluang berkhidmat kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih. 

http://sembang.com  
1001 Sembang dan Mesej baru setiap 45 saat!

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter