Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MERITOKRASI DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU

Sdra webmaster,
Saya setuju dengan artikel Meritokrasi dan Professionalisme yang disiarkan dalam MINDA RAKYAT. Memang tepat sekali, tidak ada tempat lagi untuk meritokrasi dan professionalisme. Dalam keghairahan kita melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, kita ketepikan meritokrasi dan professionalisme. Kita telah mementingkan numbers dari kualiti.

Apa yang berlaku pada Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin ialah hanya 'a tip of the iceberg' kerana di jabatan2 kerajaan dan juga syarikat2 di mana kerajaan mempunyai saham majoriti, amat susah sekarang ni nak berjumpa dengan meritokrasi atau professionalisme. Yang rata2 memegang jawatan2 penting ialah Melayu2 yang terkenal dengan wa ampu sana wa ampu sini atau yang pandai berlakon atau yang pandai berpolitik.

Memang sungguh menyedihkan apabila di kalangan orang2 Melayu sendiri, meritokrasi tidak diamalkan. Bukan kita tak ada anak2 Melayu yang berkelulusan cemerlang atau mempunyai rekod bersih. Banyak! Tapi kerana mereka ini berprinsip dan tidak pandai berpolitik atau tidak pandai mencanangkan kebolehan diri atau tidak mahu mengikut membabi buta arahan dan telunjuk ahli2 politik, maka mereka dipinggirkan.

Siapa yang rugi apabila pegawai2 Melayu yang 'mediocre' ni naik? Satu sistem hancur kerana orang2 macam ini hanya pandai bercakap, kuat main politik, berlakon dan pandai menunggang kuda orang2 bawahan! Langsung tak ada idea2 bernas. Langsung tak ada wawasan. Hanya wawasan diri sendiri aja!

Apabila seorang bos ialah 'mediocre' aja, bolehkah ia bekerja dengan pegawai2 bawahan yang lebih bijak dan mempuyai rekod akademik dan perkhidmatan yang lebih cemerlang? Apa akan jadi dengan morale pegawai2 bawahan terutama sekali apabila menerima arahan dari bos yang terkenal dengan rekod lamanya yang tidak memberangsangkan? Siapa nak hurmat bos macam ni?

Singapura boleh maju ke hadapan kerana ia mengamalkan meritokrasi. Macam mana kita nak maju ke hadapan jika di kalangan orang2 Melayu sendiri yang akan menerajui jabatan2 kerajaan atau syarikat2 kepunyaan kerajaan , meritokrasi tidak diamalkan? Apa gunanya kita suruh pelajar2 kita supaya berusaha mencapai kecemerlangan, jika ini tidak diambil kira kelak? Bukankah pencapaian akademik ialah salah satu kayu pengukur yang diamalkan di mana2 negara?

Dasar Ekonomi Baru  mampu mengeluarkan banyak jumlah bumiputera yang berpendidikan tinggi dengan tidak kurang ramai juga yang berjaya menjejak kaki ke menara gading dengan kelulusan minima aja  tapi selepas itu, penapisan berdasarkan meritokrasi tidak dilakukan dengan berhati hati.

Pada lazimnya, sesorang yang mempunyai rekod yang kurang baik dan terasa inferior, akan lebih cenderong menonjol nonjolkan dirinya untuk naik ke tahap yang lebih tinggi. Orang2 macam inilah yang akan menjahanamkan sesuatu sistem.

Sudah sampai masanya kita mengamalkan meritokrasi di kalangan orang2 Melayu to lead important organisations and institutions kerana 'we are not short of capable and intelligent Malays'. We do not want our race to be a laughing stock! Tujuannya murni, supaya bangsa bangsa lain lebih menghormati kita!


PEGAWAI PENCEN

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter