MERITOKRASI DAN PROFESSIONALISME DIKETEPIKAN
Saya terasa terharu melihat apa yang berlaku
kepada anak watan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin, bekas ketua eksekutif TNB. Bakti beliau
kepada TNB seperti diperlecehkan. Tan Sri merupakan seorang anak melayu yang mempunyai
kelulusan akademik yang cemerlang. Difahamkan dari bangku sekolah hinggalah ke peringkat
universiti, Tan Sri ialah seorang anak melayu yang boleh dijadikan 'role model'. Kelas
pertama dan seorang rakyat Malaysia yang pertama menperolehi ijazah PhD dalam bidang
kejuruteraan nuklear. Semasa di TNB pun Tan Sri bersikap professional melaksanakan
tanggungjawabnya dengan telus dan baik sehingga TNB diletakkan di tahap yang agak baik.
Malang sekali, kecermelangan anak watan ini tidak dititikberatkan oleh pihak2 tertentu
yang berpendapat Tan Sri merupakan penghalang pada agenda2 mereka.
Patutkah setelah memberi perkhidmatan yang
cemerlang, Tan Sri 'was treated in that manner?' Hingga ke saat2 akhir, beliau langsung
tak diberi isyarat samaada kontraknya akan dilanjutkan. Itukah caranya seorang ketua
eksekutif dilayan? Mengapa tak diberitahu sebulan sebelum itu? Mengapa setelah harga
saham TNB merudum jatuh, barulah ditawarnya jawatan tersebut kepada beliau? Yang lebih
peliknya, diberi tempoh 48 jam untuk memberi jawapan!Adakah kerana ibu bapa Tan Sri
ialah penyokong kuat PAS, maka Tan Sri pun dilabel sebagai penyokong PAS? Apa kena
mengena politik dengan tugas? Adakah selama berkhidmat dengan TNB Tan Sri ada menunjuk
perasaan simpatinya terhadap perjuangan PAS? Yang kita tahu, Tan Sri lebih bersikap
professional dan sebagai seorang yang bijak, beliau tahu membezakan di antara politik
dengan tugas. Adakah kerana Tan Sri tidak menyekat kemasukan Nurul Izzah, anak DSAI
dalam UNITEN yang menyebabkan beliau dicantas? Kalau iyapun, patutkah ini berlaku? Yang
kita dengar sekarang pengerusi baru sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa imam dan
juga khutbah jumaat di masjid TNB dan nama2 yang nak memasukki TNB perlu melalui beliau
dulu! Nampak gayanya, habis TNB nak dipolitikkan dan menjadi mangsa ialah seorang
yang berwibawa seperti Tan Sri!
Mana lagi tempat untuk meritokrasi di negara
ini? Singapura berupaya maju ke hadapan kerana mengamalkan meritokrasi tapi di Malaysia,
tidak ada tempat lagi untuk meritokrasi. Di kalangan orang2 melayu sendiri, meritokrasi
tidak diamalkan walaupun kita mempunyai ramai anak bangsa yang mempunyai rekod akademik
dan kerja yang cemerlang! Yang kita nampak sekarang, di badan2 kerajaan, kalau nak naik
cepat kena pandai berlakon, pandai mengampu, pandai jaga orang2 politik dan pandai
bercakap. Tak perlu cemerlang dalam kerja. Jauh sekali mempunyai rekod akademik yang
cemerlang-tak perlu kerana yang pernah gagal dalam STPM atau mendapat gred tiga dalam
SPM pun boleh menjawat jawatan tinggi! Orang2 macam inilah yang akan menghancurkan
sistem kita!
ALLAHHUAKHBAR!
ANAK WATAN