SATU HELAH MEMPERKUKUHKAN
KEDUDUKAN
Janganlah terpedaya dengan kata2 manis
Mahathir yang kononnya melepaskan kerja2 pentabiran kerajaan kepada timbalannya manakala
beliau nak menumpukan perhatian memperkukuhkan kedudukan parti. Sebenarnya bukan beliau
nak memperkukuhkan parti tapi nak memperkukuhkan kedudukannya!
Ini diceritakan oleh segolongan pemimpin2
UMNO! Mahathir sudah sedar dan sudah mendapat maklumbalas bahawa ramai di kalangan
pemimpin2 UMNO yang sudah fed up dengan tingkah laku beliau. Sudah ada bunyi suara2 yang
ternyata berani 'membantai' presiden parti! Sudah ada pemimpin2 dan ahli2 UMNO yang
sedar bahawa semua lakonan presiden parti hanya merugikan parti. Lagi ramai orang2
Melayu menjadi fed up dan meninggalkan UMNO kerana tingkah laku presiden sendiri yang
tak senonoh. Di konvensyen UMNO Johor baru2 ini pun sudah ada pemimpin2 yang terang2
'membantai' presiden parti. Ramai yang makin sedar, Mahathir ialah satu liabiliti pada
parti.
Disebabkan inilah dan takut akan
kehilangan kuasa dan risikonya kerana 'high stakes are involved', maka cepat2 Mahathir
bersandiwara dengan berkata beliau nak serahkan tugas2 pentadbiran kerajaan kepada
timbalannya manakala beliau akan menumpukan perhatian kepada hal2 parti! Untuk
menyedapkan semua, dikatalah satu proses pengalihan kuasa kepada timbalannya dan juga
demi untuk memperkukuhkan parti! Phew, sedapnya bunyi!
Sesiapa yang percaya dengan sandiwara terbaru
Mahathir ini, mati terbaganlah kelak! Mahathir ni licik orangnya. Pelakon dan pembohong
muka selamba yang teragung di dunia.Jangan sesekali fikir beliau akan berundur.
"The stakes are just too big for him to quit"-semua pekungnya akan terdedah
jika beliau tidak berkuasa lagi! Selagi boleh, beliau akan bertahan dan memperkukuhkan
kuasanya.Penyokong2 Pak Lah jangan terlalu overconfident!
PEMERHATI POLITIK
Nota
webmaster:
Lihatlah sebelum ini berapa
kalikah sudah Maha Firaun itu berkata perkara yang sama, tapi tak berubah pun. Memang
beliau 'Raja Kelentong' seperti mana kata Lim Guan Eng