APA ADA ADA PROTOKOL?
Assamualaikum,
Sama ada anda bersetuju
atau tidak, rakyat kini telah diserang oleh phobia takutkan protokol. Apa yang saya
maksudkan dengan protokol itu ialah jawatan atau pangkat yang disandang atau dimiliki
oleh para individu-individu tertentu.
Sebagai contoh, apabila tersebarnya khabar
berita YB atau Dato' polan bin polan akan datang ke kampung, akan dikerahlah seluruh
penduduk kampung untuk membuat persediaan. Jelas terpancar keceriaan dimuka-muka
penduduk kampung dan akan bergotong royonglah seluruh penduduk kampung melakukan
persiapan. Ketua kampung pula akan sibuklah menyiapkan baju baru dan teks ucapannya.
Segalanya perlu diatur serapi yang mungkin. Jika tidak, majlis akan cacat dan akan akan
mengundang murka YB atau Dato' itu.
Perkara yang sama juga dapat kita lihat
berlaku di pejabat-pejabat atau di mana jua tempat kita bekerja. Kakitangan bawahan
haruslah akur dengan setiap arahan yang diberikan. Kakitangan selalu dilaung-laungkan
dengan pepatah bodoh `BOSS ALWAYS RIGHT`. Kesimpulannya, di mana jua kita berada budaya
phobiakan protokl itu akan sentiasa ada.
Secara sedar atau tidak, phobia yang
melanda terutamanya bagi kalangan masyarakat Melayu itu, telah menjadi satu sindrom
penyakit yang sukar diubati. Dari aspek kehidupan bermasyarakat, sindrom ini akan
merencatkan proses perkembangan sesebuah masyarakat untuk menjadi sebuah masyarakat yang
produktif dengan idea dan kegiatan. Manakala kalau dilihat dari aspek agama kita Islam,
ianya akan mengundang syirik kerana terlalu mengagung-agungkan individu-individu
tertentu itu atas sebab protokol yang dimilikinya. Dan dari aspek perhubungan sesama
manusia, protokol yang mereka miliki ini banyak menimbulkan sikap riak dan takbur kepada
mereka dan seterusnya menimbulkan kesusahan pada orang lain. Sebagai hamba marhain, yang
tidak mempunyai apa-apa prokol, kita hanya mampu melihat tanpa punya kuasa untuk
bertindak atau setidak-tidaknya menegur kelakuan mereka itu.
Tidak hairanlah,
dalam kanca politik negara kita sekarang ini, mereka yang berprotokol akan terus terusan
menggenggam kuasa yang ada pada mereka untuk melakukan `keganasan` material. Tidak
hairanlah, Sanusi Junit sanggup mencederakan kakitangan KLIA hanya disebabkan oleh
beliau seorang yang berprotol. Juga tidak hairanlah, dengan protokolnya sebagai seorang
PM, beliau sanggup mengkuarantinkan DSAI ke dalam penjara. Malah dalam suasana tertentu
pernah dilihat yang tua datang menyembah kepada mereka dan bukan sebaliknya. Jelas kini
orang-orang Melayu terutamanya sudah hilang sudah norma-norma atau nilai-nilai adab
sopan Melayu yang selama ini disanjung-sanjung oleh mereka.
Rasulullah saw cukup
menjaga perhubungan dan komunikasinya sesama sahabat. Baginda tidak bermegah dengan
status atau protokolnya sebagai seorang Nabi. Biarpun beliau telah dijanjikan syurga,
tapi Baginda tetap bermunajat kepada Allah mohonkan pengampunan. Baginda cukup menjaga
tatatertibnya ketika berdepan dengan umatnya kerana beliau sedar di dalam kelompok umat
itu ada di antaranya yang lebih tua darinya. Bagindalah sebaik-baik contoh yang wajib
ditauladani oleh seluruh manusia di dunia ini.
Begitu juga pada zaman para
sahabat Nabi. Mereka sendiri turun ke padang meninjau masalah rakyat tanpa diundang atau
diserikan dengan majlis-majlis resmi. Secara saikologinya, para sahabat akan lebih
menjiwai amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh rakyat dan secara tidak
langsungnya membentuk diri kepada diri yang berjiwa rakyat.
Berbalik kepada
realiti hidup rakyat di tanah air kita ini. Rakyat kini terlupa bahawa protokol tidak
akan memberi apa-apa makna ketika usia sudah sampai ke penghujungnya. Itupun kalau
diizinkan Allah masih hidup panjang dan tidak nyayuk. Waktu itu rakyat terutamanya
generasi muda akan lebih menyanjung dan menghormati mereka-mereka yang berjaya
menjalankan kewajibannya sebagai pemimpin Islam sesuai dengan protokol yang dimiliki.
Sebaliknya, generasi muda akan mencemuh dan menghina pemimpin-pemimpin yang gagal
menunaikan kewajibannya biarpun protokolnya suatu masa dulu cukup gah di mata dunia.
Sedarlah, pada waktu itu siapakah yang akan membantu menangkis cercaan dan tohmahan itu?
Allah
swt telah berjanji, barang siapa yang melakukan kebaikan sesama makhluknya di muka bumi
ini, tidak kira ianya haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya, Allah akan memberikan
ganjaran yang sebaik-baiknya dan barang siapa yang melakukan sebaliknya, balasan Allah
pasti akan menanti mereka di muka bumi ini dan di akhirat nanti. Ingatlah, dosa kita
sesama manusia hanya akan terampun sekiranya dosa itu diampunkan oleh orang yang
dianiayai.
Oleh itu, marilah kita tanyakan diri kita masing-masing, apakah perlu
kita lebih takutkan protokol-protokol yang dimiliki oleh seseorang individu itu yang
pada zahirnya sama sahaja dengan kita ataupun kita lebih takutkan dengan protokol yang
dimiliki oleh Allah swt? Tepuk dada, tanyalah selera. Jawapannya ada difikiran
masing-masing.
Wassalam
Reformasi (3x)
Allahuakbar (3x)
Bebaskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawan Tetap Lawan
Cucu Reformasi