Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAHATHIR TAK LENA TIDUR

Hari ini perasaan rakyat yang cintakan keadilan berbaur lagi di antara keseronokan menerima berita kehadiran P***M** akan disambut dengan bantahan oleh rakyat Chicago di Amerika Syarikat dan kejelekan mendengar berita P***M** menangis lagi di PUTRAJAYA ketika mendeklamasikan sebuah sajak - "Erti Sebuah Kemerdekaan" - semalam.  Adakah kedua-dua peristiwa ini berkait, hanya Allah s.w.t. sahaja yang amat mengetahui.  Tetapi yang pastinya, P***M** tidak akan dapat menidurkan matanya yang sering menangis itu sebelum menjelang tarikh 1 September 2000.

P***M** menjadi amat serba salah yang teramat sangat samada perlu hadir untuk menerima "Award Pencapaian Seumur Hidup Lariba" - dari Islamic Financial House Lariba pada 1 September ini atau hanya perlu menghantar wakil untuk menerimanya.  Serba salah kerana "award" ini boleh dijadikan bukti kepada dunia khususnya pihak pembangkang dan rakyat yang membencinya bahawa beliau terus mendapat pengiktirafan oleh dunia terhadap sumbangannya selama ini kepada agama Islam.  Tambah mengembangkan hidungnya yang sedia kembang itu ialah "award" tersebut adalah pemberian dari sebuah institusi agama yang agak berprestij (?) yang terletak di sebuah negara penentang Islam "nombor wahid" iaitu Amerika Syarikat.  Ini cukup membuktikan bahawa beliau bukanlah "peliwat" agamanya sendiri seperti yang digembar-gemburkan oleh rakyat, malahan menjadi "hero" atau "mujahid" Islam di mata dunia.  Pada anggapannya. "award" ini juga akan menjadi saksi pengorbanan dan perjuangannya kepada agama di hadapan Tuhan kelak.

Tetapi,  di manakah dapat beliau meletakkan muka "seposen"nya itu kerana seluruh dunia telah mengetahui betapa beliau bukanlah "manusia" yang layak menerima "award" berkenaan.  Dunia telah tahu bahawa siKEPARAT ini adalah lebih ganas dari seekor buaya tembaga yang sering membaham mangsa yang selalu tewas dengan linangan "air mata" buayanya itu.  Bagaimana orang tua ini sanggup melangkah ke pentas untuk menerima "award" dalam keadaan bertelanjang bulat yang disaksikan oleh ribuan mata yang melihat "senjata"nya yang tidak segagah dulu dan yang terserlah hanyalah ribuan kekecutan yang berjaya disorok selama ini.  Pemerhati mungkin tertanya-tanya kenapa siBANGSAT ini boleh diiktiraf sebegitu tinggi sedangkan rakyat di negaranya tidak henti-henti menganugerahkan "sumpah seranah" kepada beliau.  Mungkin timbul syak wasangka di kalangan mereka yang cerdik sedikit bahawa award tersebut mungkin bukannya suatu anugerah tetapi telah dibeli oleh P***M** dengan harga jutaan ribu dolar.  Perkara ini tidak mustahil berlaku jika dikaitkan dengan SYAITAN TUA yang sering melaungkan  slogan keramat MALAYSIA BOLEH!

Atau P***M** belum sedar dari tidurnya dan menganggap rakyat Amerika masih bodoh dan bahlul seperti jembalang-jembalang peliharaannya dalam UMNOmore yang masih pekak, tuli dan tidak siuman itu. Atau P***M** masih beranggapan bahawa maklumat sebenar mengenai segala "sandiwara"nya masih belum diperolehi oleh rakyat Amerika yang dirasanya jauh ketinggalan berbanding MSC tajaan beliau. Atau pihak yang berkenaan tidak memaklumkan kekalutan ini kepada P***M** kerana takut dimarahi oleh SINGA TUA tak bergigi ini.

Dan yang pastinya, jika P***M** tetap hadir ke majlis itu, beliau akan disambut oleh para reformis mat saleh, yang hitam dan yang putih dan P***M** akan melambai-lambaikan tangannya kerana menganggap beliau telah disambut dengan meriah seperti yang dimaklumkan oleh Dato' Duta Malaysia.  Dan sekali lagi, kita akan menyaksikan adegan sedih P***M** menangis di atas pentas kerana terharu dengan anugerah tersebut.  SYABAS P***M**.

LAWAN TETAP LAWAN TANPA MENGHARAPKAN AWARD

ALLAHUAKBAR!

 

BOMOHDIN.

 

 

 

 

 

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter