MAHATHIR SEBENARNYA SUDAH GILA!
Sdra webmaster,
Terkejut saya apabila
terdengar PM dalam ucapan hari kemerdekaan berkata bahawa tindakan Suqiu baru2 ini boleh
disamakan dengan komunis dan juga kumpulan Al Maunah. Apa pula kaitan Suqiu dengan
komunis dan Al Maunah? Pening saya memikirkannya. Tak sangka seorang yang dikatakan
bervisi jauh boleh membuat andaian seperti ini yang disebutnya secara 'live' dalam
TV!
Nampak sangat kepala PM sudah bercelaru. Nampak sangat PM sudah tersepit dan
terdesak. Nampak sangat ada agenda agenda tertentu yang sedang dirancangkan. Bacalah
artikel2 yang dikirim oleh KOLONEL dan MAJOR ATM yang pernah disiar dalam MINDA RAKYAT.
Nampak gayanya, kemungkinan betul seperti yang disebut oleh KOLONEL dan MAJOR ATM.
MAGERAN memang dalam agenda pihak2 ini! Kita tunggu dan lihat.Berhati2lah!
RAKYAT
PRIHATIN
Nota webmaster:
Saya
cadangkan anda membaca semula artikel tulisan Kemang Suasa bertajuk "Mahathir
Terkena Sumpahan Mesir?". Baca dan teliti dengan sebaiknya. Ada teori yang
menyamakan Mustapha Kamal Attaturk di Turki dan Mao Tze Tung dari China menerima dan
menjalani proses 'sumpahan' yang sama akibat perbuatan menghina Islam dan Nabi
yang keterlaluan. Perkara ini pernah digembar-gemburkan dalam beberapa laman reformasi
suatu waktu dulu.
Saya berharap anda akan
mendapat maklumat yang lebih tepat tentang Mahathir selepas anda membaca artikel itu.