Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Pemuda UMNO Yang Bersemangat Patriotik: Lt Adnan sebagai bukti?

Malam tadi, 29 Ogos, 1999 berlangsungnya tayangan perdana Filem Lt Adnan yang dianjurkan@sponsored oleh pemuda UMNO Malaysia bertempat di Dewan Merdeka , PWTC . Turut hadir ialah Najib Tun Razak bersama isteri, Hishamuddin dan isteri, Hamid Othman dan isteri , Yusuf Nor bersendiri, Shafie Afdhal, Khalid Yunus dan  tetamu kehormat yang lain (menteri lain dan MT lain tak nampak langsung!). Najib hadir kerana menggantikan Mahathir yang sepatutnya berucap pada majlis berkenaan. Tetapi pada masa yang sama, Mahathir mempunyai program Malam Puisi Patriotik 2000 di JPM, Putra Jaya, di mana beliau  diberitahu akan membaca sajak “Erti Kemenangan” ( oh!! Kemenangan?? Bagi siapa agaknya, bagi dia atau bagi rakyat??) 

Pada mula saya menerima 3 keping  kad dari seorang client untuk program tersebut, saya tercari-cari di kad jemputan tersebut sesuatu yang boleh mendesak saya untuk hadir – kerana pada masa yang sama saya telah bersetuju dengan rakan-rakan untuk hadir ke Taman Melewar (spt biasa) untuk mendengar ceramah dan maklumat dari para barisan pemimpin BA . Nak kata saya taksub kepada filem berkenaan, mungkin juga tidak. Akhirnya saya nekad untuk hadir (setelah memberitahu kepada seorang teman) bahawa mungkin ada yang menarik untuk saya dengar dari Mahathir menjelang sambutan merdeka. Apatah lagi tayangan seperti itu dibuat di dewan yang sering menempatkan para perwakilan UMNO pada setiap kali perhimpunan agungnya.

Di kartu jemputan, tertera kehadiran Pak Lah dan isteri, selain Siti Hasmah yang bakal menemani suaminya yang tercinta!!

Ketika sampai bersama dua orang lagi kawan, saya terus memasuki dewan dan memilih tempat duduk paling tepi agar mudah untuk keluar. Kedudukan agak strategik kerana saya duduk cuma beberapa baris di belakang tempat duduk kenamaan…  jelas melihat wajah si Hisham malam itu yang tersengih tanpa hentinya!

Najib membaca ucapan Mahathir (pastinya yang dideraf oleh pemuda UMNO), saya tidak dengar sangat kerana fikiran saya masih merancang untuk keluar ke Taman Melewar ( dalam hati, menyesal saya datang!!).

Inti pati ucapan yang dibacakan:

  1. Tayangan Perdana itu dibuat sebagai menyokong derma Hari Pahlawan
  2. Mempertingkatkan Tabung Bekas Tentera/perajurit
  3. Menunjukkan keprihatinan warga muda kepada perajurit
  4. Mengingati jasa para perajurit
  5. Mengenang jasa dan semangat Lt Adnan yang mati dalam peperangan dunia ke-2 mempertahankan tanahair ( korban di Pasir Panjang, Singapura – Feb 1942).
  6. Para pejuang gugur sebagai bunga-bunga bangsawan , dirakam dengan tinta emas dalam lipatan sejarah ( cee wah…!!).
  7. Tayangan ini tepat sekali bagi menikmati perjuangan hasil tindakan semangat yang diwarisi zaman lampau.
  8. Kini senjata dalam peperangan tidak seperti dulu (keris, kapak, pedang, meriam, tombak) , senjata kini berbentuk teknologi tinggi , kesannya sama atau lebih dahsyat lagi. Rakyat dan generasi yang alpa akan ditewaskan dan ditakluki oleh senjata ini.
  9. Peperangan hari ini lebih kepada peperangan minda – berteraskan ilmu dan maklumat yang dijadikan dakyah/senjata yang boleh dianggap membunuh. Dan ia turut digunakan dalam politik sempit , malah ada golongan yang terpengaruh kepada politik sempit itu.
  10. Contoh dalam usaha nekad meroboh kestabilan ialah isu Sauk ( saya ingin mengingatkan para pembaca bahawa peristiwa Sauk telah diulang tayang  baru-baru ini bagi membuktikan bahawa sandiwara berkenaan adalah yang real, dan bukan khayalan atau nukilan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati…).
  11. Isu Sauk adalah contoh kejumudan (bukan kemujud atau kejemud…an.. hehhee) fikiran kesan maklumat negatif ke atas generasi muda  yang merosakkan masyarakat dan negara. 

Terlupa saya, semasa ucapan alu-aluan Najib, beliau menyapa para hadirin dengan sapaan kepada  para menteri kabinet, ahli-ahli majlis tertinggi, para VVIP, barisan kepimpinan wanita UMNO dan pemuda UMNO, barisan pemimpin dari seluruh lapisan…  (saya biarkan dulu ia tergantung di sini….).

Penyampaian Cek/Derma

Majlis penyampaian mock cheque turut diadakan,  ketika ini si Hisham berlari-lari anak naik ke pentas… teringat saya lagak Michael Jackson ketika beliau membuat konsert ulungnya di kota Belgium empat tahun lepas.. gayanya saling tak tumpah!

Kelakar betul… hanya 4 syarikat/badan korporat yang menderma ! Yang masih saya ingat ialah Datok Dr Haniffa (RM30,000) – diumumkan oleh emcee, BK Tan (Khazanah Jaya SB) – tidak diumumkan jumlahnya, Abd Rauf (Pengarah Larut Consolidated SB) –juga tidak diumumkan jumlahnya (tapi saya nampak jumlah tertera sebanyak RM5 ribu, dan Bumi Design ( rasanya Cuma RM500.00)…. 

Filem Lt Adnan

Tak perlu rasanya saya mengulas di sini, kerana saya mungkin bias, apatah lagi mungkin sdr Fauzan (UM) atau para pengkritik filem akan merasa terkilan kerana saya mendahului mereka.

Saya mungkin biasa menonton filem lasak/heavy-drama dari filem-filem Blockbuster dari Hollywood dan Hong Kong, apatah lagi filem Gladiator dan The Patriot serta filem Romeo Must Die , Tokyo Raiders,  Downtown Turpedo masih berligar dalam kepala saya. Pastinya kurang adil bagi saya memberikan komen kepada usaha Aziz M.Osman (yang turut hadir malam tadi bersama isterinya).

Bagi saya, usaha Aziz harus dikagumi. Soal fakta yang kurang tepat atau ada pertembungan fakta yang dikatakan oleh setengah pihak   mungkin jatuh nombor dua, kerana menghasilkan sebuah cerita sejarah seperti itu bukanlah mudah, didasarkan kepada perkembangan industri filem tempatan yang kurang mendapat tempat di hati penonton. Apatah lagi dengan prasarana industri itu sendiri yang kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan, walaupun sudah berpuluh seminar/kertas kerja dibincang dan dikemukakan saban bulan dan saban tahun, namun ia masih di takuk yang sama. Pinjam kata mamat penang, pi mai pi mai tang tu jugak!

Teringat saya Filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin.

Mungkin ada slapstick ,dan kurang penghayatan watak tertentu misalnya Malik yang sanggup ditinggalkan ketika keadaan begitu mencemaskan, begitu juga dengan kesedihan Safi yang sarat mengandung ditinggalkan suami, atau ketika beliau bersalin, atau ketika Lt Adnan ditinggalkan seorang diri di Bkt  Pasir Panjang dan ketika mana senjata musuh terhunus ke kepalanya.. Tetapi keseluruhannya masih mampu membuat penonton menangis, dan ada ketikanya ketawa berderai-derai, terutama dengan watak Wahid (senario) , Rambo Chin dan Faisal Hussein ( wataknya hidup sekali walaupun peranannya kecil).

Yang menarik hati ialah apabila gambaran majlis berkhatan di sebuah kampong ( Kg Sg Ramal, Kajang – kampung Lt Adnan)   – bagi mereka yang tidak pernah melihat senario begini, terutama kepada generasi muda, pasti menarik. Ia difilemkan dengan baik sekali… part ni memang menarik! Apatah lagi bila tok mudim siap mengasah pisau… hahaha… menggeletar tubuh budak-budak tu!! Satu part lagi yang menarik hati penonton ialah malam pertama bagi Adnan dan Safi… alahai , pandai juga si Aziz ni buat suspense!

Antara petikan dalam filem itu yang menarik ialah “ kalau kamu semua tak boleh ketepikan kepentingan peribadi, tak payah kamu datang ke mari dan masuk askar! Perjuangan bermakna sanggup ketepikan kepentingan diri!” (ucapan Sarjan yang melatih Lt Adnan dan kawan-kawan di Kem Port Dickson).

Saya harap Najib dan yang lain-lain tu ingat sikit ucapan Sarjan di Kem PD tu!! Jangan dok ingat PD di Kem lain lak!  Maklumlah, kes di kem tu pun belum  salosai!!

Kutipan yang memberangsangkan!!

Cewah!! Emcee malam tu ,bukan main seronok ketika mengumumkan jumlah kutipan derma dari para penonton malam itu ( sebuah balang plastik diedarkan di dalam dewan sebelum itu), jumlahnya ialah RM2,877.00..!! 

Secara tiba-tiba suara gelak kedengaran! Takkanlah 2877 saja?? Ke salah umum kut??

Saya bersama dua orang  rakan tadi telah hampir berada di muka pintu ketika itu, kerana harus segera ke Taman Melewar. Kata kawan saya, “tak mungkin!! Takkan pemuda UMNO bodoh mengira!”

Dalam hati saya… fuh, punyerlah hebat majlis anjuran UMNO ni (sebab di luar penuh dengan bas dari pelbagai negeri berdasarkan plat-plat bas yang tersadai di tepi jalan).

Dahlah tu, yang hadir (seperti yang disebut dalam ucapan alu-aluan Najib ), bukan calang-calang orang!! Berbeza dengan kehadiran orang ramai di Taman Melewar, tetapi di sana, walaupun ceramah diadakan setiap minggu, namun kutipan kadangkala meningkat sehingga RM10 ribu atau lebih!!

Agi idup agi ngelaban…!!

Salam

Dahlia/KL

30 Ogos, 2000

 

(sebelum majlis tayangan, para jemputan dihiburkan oleh kumpulan Indigo dan Julia Banos).. baguslah tu, perayaan demi perayaan menjelang kemerdekaan!! Keep it UP UMNO!!

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter