Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Inilah laungan yang bakal berkumandang ke seluruh alam jagat Malaysia ketika menyambut hari kemerdekaan esok.  Seluruh rakyat berhak melaungkannya tanda kesyukuran  betapa 43 tahun yang lampau pada tarikh 31 hb. Ogos, Malaysia terlepas dari kesengsaraan belenggu penjajahan tanah air yang menidakkan hak-hak rakyat menikmati kekayaan ekonomi negara dan mengekang pendaulatan agama suci Islam ke tempat yang selayaknya.  ESOK, laungan ini berkemumandang lagi dan ianya akan terus berkumandang sampai bila-bila selagi Allah mengizinkan.

TETAPI, di tengah-tengah hiruk-pikuk laungan kalimat ber"keramat" tersebut, akan terdengar sayup-sayup seorang tua dengan suara tangisan yang perlahan dan tergetar-getar menyebut MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! dengan pengertian kemerdekaan yang amat bermakna.  Itulah MAHATHIR MAMAKUTTY @ P***M**.  Rakyat bersukaria menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara tetapi beliau bersukaria menyambut kemerdekaan dirinya dari segala kebejatan tindak laku busuknya.  Di hadapan pasukan polis, BPR dan mahkamah miliknya beliau dengan tidak henti-henti berteriak menyebut MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!  P***M** benar-benar bersemangat kerana beliau bebas merdeka melakukan apa sahaja, mengambil harta rakyat sewenang-wenangnya, menindas sesiapa yang tidak sehaluan dengannya, menghina agama Islam sesuka hatinya dan pelbagai lagi perangai syaitan yang diwarisinya.  Tiada seorang pun polis jantan yang ber"telur" berani menangkap si PENGKHIANAT ini dan tiada seorang jua pun hakim jantan yang ber"telur" berani mendakwanya agar beliau diadili.  BPR usah nak dikata.  "Telur" berciciran merata-rata.  MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! adalah satu ejekan yang amat menghinakan kepada pihak polis, BPR dan mahkamah.  Di sebelah petangnya P***M** akan berkunjung ke Penjara Sungai Buloh dan berteriak lagi MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! di hadapan DSAI.  DSAI hanya menggeleng-gelengkan kepala dan berkata "kesian…., dah nyanyok rupanya orang tua ni ".

Kepada pejuang-pejuang reformasi, di hari Kemerdekaan ini kita panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah s.w.t. dengan nikmat Kemerdekaan yang diberikan-Nya kepada kita semua. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dengan mafhumnya:

"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku padamu), dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku" (Al-Baqarah: 152).

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA MERDEKA SEKALI LAGI

ALLAHUAKBAR!

 

P/S Buat adik-adikku Fazni, Shida, Wati dan Jaa di UKM, janganlah anda ketinggalan.  Semarakkan semangat kalian dan keluarga kalian untuk sama-sama merasai gelombang kebobrokan negara yang akan berakhir sedikit masa lagi, insyaAllah.   

BOMOHDIN

 

 

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter