KEMERDEKAAN: TEMA YANG KABUR!
Hackerzparadize Editor Notes:
Assalamualaikum
dan salam sejahtera..
Kerana mu Malaysia.. sebaris ayat yang tidak lengkap itu
dipilih menjadi tema ulang tahun kemerdekaan negara bagi tahun 2000.
Kekaburan
maksud ayat berkenaan yang boleh ditafsirkan dari berbagai sudut itu turut menggambarkan
bagaimana kaburnya makna kemerdekaan di negara ini. Tema berkenaan jika dikaitkan dengan
konsep Malaysia Boleh yang dilaung-laungkan itu tidaklah menghairankan untuk ditafsir
sebagai sesuatu yang tidak mungkin berlaku di negara lain tetapi menjadi realiti di
negara ini.
Kemerdekaan bukanlah hanya bebas daripada cengkaman penjajah dari
sudut politik tetapi lebih luas lagi. Mewarisi budaya penjajah seperti yang diamalkan
dalam sistem pemerintahan sekarang juga adalah satu bentuk penjajahan. Kebebasan untuk
bersuara, berhimpun dan berpolitik juga adalah bentuk-bentuk kemerdekaan yang seharusnya
dibolehkan di negara yang merdeka ini.
Bagaimanapun kemerdekaan yang diimpikan
oleh semua warganegara ini bukanlah realiti jika dikaitkan dengan fenomena sekarang.
Setiap langkah dihalang, suara rakyat ditutup malah dipaksakan untuk mengangguk setiap
butir ucapan pemimpin tua itu. Sesiapa yang engkar ISA adalah habuannya kalau takpun
dibedal oleh anjing-anjing peliharaan pemerintah atau nama komersialnya polis.
Mengharapkan
polis untuk memelihara kemerdekaan dan mengekalkan kebebasan rakyat samalah seperti
mengharapkan se ekor anjing untuk mengigit tuannya sendiri. Sememangnya polis adalah
anjing terlatih yang dibiayai pemerintah untuk melaksanakan arahan tuannya tanpa
sebarang bantahan. Kemerdekaan bagi mereka tiada makna kerana mereka tidak punya kuasa
untuk membantah apatah lagi menggunakan akal dan budi bicara mereka. Biarlah golongan
ini dalam dunia mereka sendiri yang terasing itu kerana sudah menjadi kebiasaan bagi
golongan seperti ini akan berkhidmat dengan sesiapa juga demi membuncitkan perut
sendiri.
Makna kemerdekaan dalam versi Malaysia ini bolehlah ditafsirkan sebagai
kebebasan untuk pemerintah melaksanakan apa sahaja yang terangsang oleh nafsu mereka.
Pilihanraya yang diadakan hanya satu upacara penyerahan hak-hak kebebasan rakyat kepada
segolongan manusia lainnya untuk digunakan bagi menindas rakyat kembali. Pemimpin yang
dipilih untuk mewakili suara hati rakyat sebaliknya mewakili diri mereka sendiri dan
kroni dalam membuat keputusan politik. Rakyat yang memilih mereka kini ibarat abdi yang
dipaksakan untuk mematuhi segala kemahuan pemerintah.
Sesiapa yang memilih untuk
kekal mengabdikan diri dan menggadai kebebasan mereka kepada golongan ini akan mendapat
imbuhan dan diletakkan dalam kelompok istimewa. Apa sahaja yang diperlukan akan diberi
walaupun sebenarnya ia adalah sisa, kerana itulah selayaknya bagi abdi-abdi ini pada
pandangan pemerintah.
Sebaliknya sesiapa yang engkar pasti menerima hukuman.
Hak-hak mereka sebagai rakyat merdeka di negara ini akan ditarik dengan penuh
"diplomasi" dan selalunya dijemput tinggal di sebalik tirai besi.. ISA! Itulah
simbol kemerdekaan negara ini !
Sebenarnya kemerdekaan yang paling berharga bagi
setiap insan ialah kebebasan minda. Minda yang tidak dipenjarakan oleh sebarang anasir
dan ketakutan melainkan sujud kepada Allah Maha Pencipta. Minda seperti inilah yang
dipunyai oleh para syuhada dan minda yang terbuka inilah yang perlu dipunyai oleh
barisan pejuang reformasi khususnya yang bergelar muslim.
Selagi minda kita masih
terpenjara dan dipenuhi ketakutan akan kehilangan kemewahan dan kesayangan kita di dunia
ini, selagi itulah kita akan terus dijajah. Ingatlah, penjajah itu bukan hanya merujuk
kepada bangsa asing, malah bangsa dan kerabat sendiri boleh menjajah kita seandainya
kita mempunyai minda yang lemah.
Alhamdulillah, ledakan reformasi rakyat semenjak
pemecatan DSAI telah kembali menyedarkan kebanyakkan rakyat negara ini bahawa selama ini
mereka sebenarnya masih dijajah. Ia telah membuka mata dan minda kita untuk menilai
kembali makna kemerdekaan yang selama ini diputar belitkan pemerintah. Ia juga secara
jelas menggambarkan kepada kita siapa sebenarnya penjajah yang menghalang kemerdekaan
kita selama ini.
Kepada golongan yang membuka minda mereka dan memahami maksud
kemerdekaan sebenar selain daripada menghalau Inggeris balik ke negara asal mereka pasti
akan turut tawar hati untuk meraikan perayaan kemerdekaan yang tidak pernah wujud itu.
Maka tidak hairanlah sambutan kemerdekaan negara ini kian dipandang sepi. Rakyat tidak
lagi ghairah untuk mengibar bendera walaupun diberi percuma oleh sebilangan kroni
pemerintah.
Perayaan kemerdekan juga tidak lagi dihayati oleh generasi abdi yang
dihasilkan oleh makna kemerdekaan sempit yang diamalkan selama ini. Malah perayaan
kemerdekaan menjadi pesta maksiat yang bakal melahirkan ramai lagi generasi abdi-abdi
ini. Kemerdekaan mereka ialah kebebasan untuk bersukaria dan berpesta hingga dinihari
tanpa batasan.
Para pejuang kemerdekaan tulin yang kini sudah terlalu tua untuk
mengangkat senjata menjadi boneka yang disorong sana-sini dalam perbarisan yang tidak
mencetuskan apa-apa semangat kenegaraan. Cuti hari merdeka dijadikan peluang untuk
melancong dan selebihnya melencong. Itulah sahaja makna merdeka yang boleh ditafsirkan
di negara ini. Inilah sebenarnya yang disuntik ke minda anak-anak merdeka Malaysia.
Buatlah apa sahaja asalkan jangan persoalkan tindakan pemerintah.
Merdekakah
kita? Kerana mu Madey...
Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!
300800