PERUTUSAN KEMERDEKAAN RAKYAT MARHAEN
Assa1amualaikum dan selamat sejahtera,
Kemerdekaan bermakna secara lahirnya kita telah
bebas dari kongkongan dan belenggu pihak yang selama
ratusan tahun menjajah negara, bermula dengan
kejatuhan Melayu Melaka. Setelah itu satu demi satu
kerajaan Melayu yang lain turut tumbang dan jadilah
bangsa yang pernah mewarnai sejarah Indonesia ini
sebagai tebusan dalam negara sendiri.
Tanggal tarikh yang sama 43 tahun yang lalu, rakyat
meraikan detik yang bersejarah ini. Maka beralihlah
pemerintahan orang putih kepada anak watan bercampur
dengan sebahagian kawan tionghua dan India kerana
dasar JUS SOLI yang kita terima pakai semasa perjanjian
kemerdekaan.
Bermula dari situ sejarah Malaysia moden mula
diukir secara berperingkat-peringkat sehinggalah
sampai kepada kita seperti hari ini. Tempoh 43 tahun
yang negara lalui ini penuh dengan peristiwa suka duka
dan pahit maung yang terpaksa generasi dulu lalui.
Ancaman komunis, konfrontasi Indonesia, kejadian 13
Mei adalah antara beberapa insiden hitam sejarah
negara kita. Seterusnya dasar-dasar negara juga banyak
dipengaruhi peristiwa tersebut. Setelah 43 tahun kita
merdeka, kita telah mempunyai 4 orang Perdana Menteri
dan telah diperintah secara 'demokrasi' oleh Parti
Perikatan dulunya yang kemudian berubah nama kepada
UMNO dan seterusnya UMNO BARU(A). UMNO bersama
rakan-rakannya telah membuat dasar dan mengungguli
politik tanah air semenjak merdeka lagi.
Peringkat awal kemerdekaan, kerajaan hanya
melanjutkan dan mengubahsuai apabila perlu akan
apa-apa sistem dalam negara. Setelah kejadian 13 Mei
1969 yang antaranya disebabkan oleh ketidakadilan
agihan ekonomi negara, maka baru lah nampak sedikit
perubahan dalam polisi kerajaan yang mengambil berat
akan nasib golongan miskin samada Melayu. Cina Dan
India. Rata-rata di seluruh negara orang Melayu lah
yang paling dhaif sekali. Maka sedikit keistimewaan
diberi kepada orang Melayu atas dasar KETUANAN DAN
KEISTIMEWAAN yang memang diperakui oleh Perlembagaan
Negara.
Dasar Ekonomi Baru (DEB), antara lain menekankan
pentingnya kekayaan negara diagih samarata dan
samarasa untuk semua kaum. Melayu d kampong
tradisional, Cina di kampong Baru manakala India di
estet-estet.
DEB juga membuka peluang pendidikan, perniagaan dan
segala aspek ekonomi kepada orang Melayu yang selama
ini disisih oleh British demi kepentingan strategik
mereka.( mudah memerintah bila pribumi tak kuat). Maka
terbentuklah Universiti tempatan dan biasiswa pula
disediakan untuk cerdik pandai menimba ilmu tanpa
gangguan kewangan. Muncullah Univ Sains, Univ
Kebangsaan
dllnya. Ramai juga kalangan anak-anak generasi baru
yang dihantar ke luar negeri untuk menimba ilmu. MARA
juga diwujudkan untuk menangani masalah yang
berkaitan. Maka berbagai-bagailah jenis biasiswa ada
dan sentiasa bersedia menampung perbelanjaan pelajar Melayu/bumiputera.
Seluruh warga Malaysia,
Sehingga awal tahun 80 an, kita pun menyaksikan
peningkatan jumlah cendekiawan Melayu dari kalangan profesional maupun teknokrat. Jika di awal kemerdekaan
susah untuk kita menjumpai doktor dan jurutera Melayu,
kini kita boleh berbangga bahkan sampai ke disiplin
aeronatik dan fizik nuklear. Pencapaian ini sekaligus
membuktikan bahawa Melayu/bumiputera mampu bersaing
dan meningkat maju asalkan saja diberi peluang. Maka
sedikit sebanyak DEB memberikan hasil yang
positif dan boleh dikemaskan lagi. Lalu jurang sosial
yang dahulunya amat menakutkan kini mula berubah.
Sudah ada golongan menengah Melayu. Kini tak
menghairankan lagi jika ada orang Melayu memandu
Mercedes dan tinggal di banglo mewah. Apa yang dasar
ini lakukan ialah mengembalikan semula hak Melayu yang
telah terjajah di negara sendiri. Dalam masa yang sama
keturunan lain boleh mengkayakan diri mereka tanpa
sekatan. Pemberian kepada orang Melayu bukanlah dalam
bentuk rampasan/rompakan dari bangsa lain.
Malaysia terus membangun dan ekonominya berkembang
selari dengan penerapan DEB. Ini membuktikan bahawa
dasar itu tidak membantut@memperlahankan ekonomi
negara yang kita cintai ini. Bersyukur kita kepada
yang Maha Esa yang dengan limpah kurnia-Nya yang tak
terhingga dan juga bebasnya kita dari bencana alam
yang dahsyat seperti negara2 lain. Maka Malaysia pun
mengecapi kemajuan yang setara dengan negara lain.
Selain dari hasil mahsul tradisional, bumi ini juga di
anugerahkan EMAS HITAM(petrolium) yang amat besar
nilainya semenjak dijumpai sehinggalah ke hari ini.
Seluruh warga 'merdeka',
Bermula awal 80an apabila Dr Mahathir mula menjadi
Perdana Menteri, keturunan Melayu merasa amat seronok.
Beliau bergelar' UltraMalay' ( macam ultraman
kegemaran anak saya). Dia dikenali lebih melayu dari
Melayu@ atau lebih kuah dari sudu. Orang Melayu
terpesona dengan sejarah politik beliau yang dikatakan
akan memperkuat dan memartabatkan lagi Melayu sebagai
bangsa yang kuat dan TUAN kepada MAYA PADA ini.
Manakala keturunan lain pula kita lihat agak curiga
dan was-was di awal pemerintahan Mahathir yang
mendapat laluan percuma dari Tun Hussein Onn, ayah
kepada Hishamuddin.
Asas yang dibentuk oleh pimpinan terdahulu dalam
pemerintahan mula nampak goyah dan payah. Sejarah 18
tahun pemerintahan dinasti Kutty ini penuh dengan
kemelut politik, samada dengan pembangkang maupun
sesama ahli parti atau komponen BN. Telah diketahui
umum bahawa Diktator mahathir meneruskan tatacara
politik penjajah -PECAH DAN PERINTAH untuk beliau
menguasai Ameno secara mutlak. Dari segi politik,
kejadian Memali,pengunduran Musa Hitam,percakaran Team
A dan B, UMNO diharamkan,Ameno ditubuhkan dan yang
terbaru kes pemecatan dan penghinaan mantan Timbalan
Perdana Menteri. Beberapa isu lain seperti ketuanan
dan hak istimewa orang Melayu,isu kafir mengkafir,
sembahyang dua imam, royalti minyak dan yang terbaru
lagenda SAUK, tak lain hanyalah sebagai 'diversion'
dari masalah asal dalam negara.
Kemudiannya kerajaan Mahathir mengamalkan
penswastaan dengan alasan mengurangkan beban kerajaan
yang akhirnya gagal capai matlamat. Projek PLUS, IWK,
PERWAJA boleh dijadikan hujah. Akibatnya bebanan
kerajaan bertambah kerana penagmbilalihan semula atau
suntikan modal. Kerugian berbillion ringgit ini tak
ditangani dengan elok dan dibiarkan tergantung begitu
saja.
Setelah itu berbagai tanggungjawab sosial kerajaan
mula dihapuskan satu demi satu dengan meminda
perlembagaan dan akta yang sedia ada. Akta tanah 94,
akta pendidikan(pindaan), dengan sokonga ahli parlimen
Ameno. Maka penswastaan mewarnai dasar kerajaan
sehingga ke bidang pendidikan. Kita mentaksikan
biasiswa berkurangan dan bertukar kepada pinjaman,
tertubuh IPTS dan franchise 'U' luar yang matlamatnya
hanyalah keuntungan.
Sejarah merakamkan bagaimana Diktator Mahathir
memutarbelitkan dan menipu rakyat dalam
pemerintahannya. Beliau membiarkan gejala nepotisma,
kronisma dan kolosi mengambil tempat dalam
pentadbiran. Kegiatan tak bermoral ini meliputi dari
pegawai biasa sehingga pehak atasan, maka rasuah dan
pecah amanah bermaharajalela dan membudaya dalam
jabatan kerajaan. Apabila golongan terbabit telah
tercebur dan dicengkam oleh perlakuan buruk ini maka
mudahlah Mahathir menunggang dan mengkudakan mereka
kemudiannya. Itulah yang berlaku dalam institusi
POLIS, KEHAKIMAN,BPR,KASTAM dsbnya.
Semua rakyat yang menjunjung perlembagaan,
Matlamat dan falsafah DEB mula ternoda dan terusik
semenjak A/L Mohamad Iscander Kutty ini memerintah.
Politiknya yang beragenda jahat itulah yang menjadi
puncanya. Dia dahulunya berjaya menaikkan sentimen
orang melayu yang kononnya dialah HERO bagaikan
Ultramalayman. Sebaliknya dialah punca yang melemah
dan mengkembirikan kekuatan Melayu secara lahir maupun
kedudukannya dalam perlembagaan. Ucapan Mahathir di
Parlimen sekitar tahun 60an dan juga awal 90an, beliau
ada menyentuh dan memperleceh DEB kononny sebagai
subsidi yang menghina Melayu. Ikrarnya untuk
menghapuskan DEB harus dipandang serius kerana dalam
masa yang sama mulut penipunya jua yang nak
pertahankan KETUANAN MELAYU. Dalam erti kata yang
mudah Diktator Mahathir ialah serang hipokrit dan
munafik, spesis lidah bercabang(sepatutnya sudah
pupus), yang cakap lain dan bikinnya juga lain. Di
awal 90an yang menyaksikan jurang ekonomi merapat,
kini ia semakin meluas dan mungkin menimbulkan masalah
semula. Inilah sikap sebenar sang ADIJAGAT pujaan
Mokhzani dan Mirzan.
Lalu terjadilah pemunggahan dan faraid harta
kekayaan negara bagai pusaka ayahanda kepada
suku-sakat dan kroni. Duit keuntungan Petronas
anugerah Illahi habis dijolikan sehinggakan
manafaatnya tak sampai kepada rakyat marhain.Dalam
pada kita kekurangan sekolah, alatan pembelajaran,
biasiswa, komputer, KERAjaan meneruskan agenda
sombongnya yang bertaraf Dunia- TWIN TOWER,KL TOWER,
KLIA dan berbagai lagi. Ketika mereka meminta rakyat
berjimat dan potong gaji, mereka terus berjoli dan
jalan-jalan ke luar negeri. Bial ekonomi merudum,
peniaga matawang disalahkan dan disoroskan segalanya
walhal sifat sendiri yang BOROS tak disentuh langsung.
Tak ternampak perasaan bersalah. Penubuhan Danaharta
dan Danamodal adalah untuk memudahkan/mengelabui
rakyat terbanyak dalam usahanya merompak dan membalun
harta negara untuk kroni dan suku-sakat. Semasa untung
makan sendiri diam-diam, bila dah rugi paksa duit
rakyat keluar- apa punya perniagaan macam ini. Hutang
luar negara terus bertimbun sekitar 200 billion dengan
Petronas dijadikan cagaran.(jenuh BA nak lunas). Kita
juga dengar berita minyak dijual secara haram- OFF
RECORD??( staff petronas tolong jelaskan). Hasilnya
mereka sapu senyap-senyap sebagai membalas jasa mereka
memerintah negara. Yang terbaru berita KERAjaan Ameno
'karat biru" Johor menjual pasir/tanah secara haram
kepada Singapura. Semata-semata untuk keuntungan
Ameno. Patriotikkah pengkhianatan mereka ini?? Tak kan
cukup dengan kibar bendera saja.!!!!!!
Rakan-rakan anak watan,tionghua dan India,
Bumi kita ,bumi bertuah yang telah dianugerahkan
kemerdekaan hasil perjuangan pahlawan bangsa dahulu
menyedarkan akan HINA dan LEMAHnya kita bila dijajah.
Maka bangun dan tampillah nama-nama hebat pahlawan
Melayu menuntut kemerdekaan. PKMM @ Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Muda menjadi penggerak meniup
semangat orang Melayu dengan didokong ulama. Setelah
penganiayaan, helah dan ISA maka suara kelompok ini
yang melaungkan 'MERDEKA' dilumpuhkan. Setelah itu
baru muncul UMNO yang merupakan anak didik penjajah
menyambut DULANG EMAS kemerdekaan yang terpaksa
menerima syarat-syarat penjajah untuk merdeka. Antara
yang penting ialah soal AGAMA ISLAM,KETUANAN
MELAYU,RAJA-RAJA dan JUS SOLI. Persetujuan Melayu,
British dan kelompok pendatang ini merangkumi dalam
ikatan kontrek sosial tadi. Mana-mana bahagian diusik,
maka secara automatik menggeletek bahagian yang lain.
Pemerintahan berteraskan orang Islam dan Melayu adalah
faktor yang mesti diterimapakai oleh seluruh warga
Malaysia merdeka. Soal kelompok parti mana yang
mendapat hak menjadi wakil Melayu/Islam terpulanglah
kepada rakyat memilih secara PEMILU
yang diadakan 5 tahun sekali. Inilah namanya DEMOKRASI
!!!!!!!!! Bukannya bila menang ...inilah amalan kita
demokrasi !! Bila kalah
pula....DENTAKMAHUKASI!!!!!!!! Tak gentleman jadinya.
Jangan ditiru perlakuan buruk siku oleh lerajaan
Algeria dab Bosnia Herszegovina. INGAT.....
KERAJAAN DEMOKRASI IALAH KERAJAAN AMANAH RAKYAT. Bukan
milik mutlak mana-mana kelompok atau elitis. Apabila
rakyat sudah majal dan jemu. undur sajalah. FULLSTOP.
Sejarah politik negara menunjukkan, KERAjaan
pimpinan Ameno akan melakukan apa saja demi
mempertahankan kuasa mereka. Bukan ketuanan Melayu
yang dipertahankan tetapi ketuanan Ameno.Apabila
mereka merasa lemah dan sokongan Melayu berkurangan,
maka dikumandangkanlah semangat Melayu dan isu
ketuanan seolah-olah sedang dicabar oleh bangsa lain.
Dulu mungkin berjaya...sekarang tidak lagi. Ameno
tidak boleh menipu semua orang di semua ketika.
Wajarkah kegilaan mereka sedemikian rupa? Sepatutnya
polis menangani masalah ini. Tetapi kita faham akan
kedudukan polis umpama Eunuch zaman dinasti China.
Itulah akibat tidak bebas dan korup dalam pentadbiran,
tak sanggup bergerak dalam lengkongan perlembagaan
sekalipun. Peristiwa 1987, apabila Ameno lemah dan
bercakaran, akhirnya pembangkang yang ditangkap dalam'
op lalang', wajar dibuat iktibar kerana SEJARAH PASTI
BERULANG.(history repeat itself). Diharap rakyat
bersabar dan jangan tergopoh dalam menerima
perkhabaran dari golongan hipokrit. Kita telahpun tahu
siapa yang mempermainkan maruah BANGSA MELAYU MERDEKA.
Kita jua tahu siapa golongan yang mengadu-dombakan
rakyat. Mereka ingin memperkakaskan rakyat supaya
terus berpecahbelah dan mereka pula terus beronaran
mengaut keuntungan dengan mengekalkan status quo dalam
meneruskan agenda tamak dan haloba. Peranan ahli
politik KERAjaan memang memalukan dan mereka tak lebih
sebagai RUBBER STAMP kepada agenda Maha Rakus itu.
Sepatah kata Prof DiRaja Ungku Aziz- segala kemelut
yang timbul berkait isu ketuanan Melayu adalah
kesalahan ahli Politik Melayu yang berkuasa..... siapa
lagi kalau bukan AMENO !!!!!!!!!
Untuk PM yang pernah disanjungi, (kini tidak lagi)
Sudah 18 tahun kami bernaung di bawah pemerintahan
yang semakin menunjukkan ciri2 diktator yang amat
dibenci. Sanjungan media di awal kekuasaanmu hanyalah
untuk memerangkap rakyat dhaif yang tak berdosa. Jasa
kamu terlalu kecil nak dibandingkan dengan kemungkaran
yang kau lakukan secara langsung@tidak. Perbendaharaan
negara yang merosot dan hutang bertimbun adalah
angkara mu yang amat durjana. Engkau mengkhianati
amanah rakyat termasuk orang2 Ameno yang setianya
membuta-tuli. Kesalahan kamu yang mencabuli dan
meliwat institusi polis,kehakiman,BPR,kewangan dsbnya,
tak akan dilupai dan dimaafkan . Ianya akan
diriwayatkan orang sehingga beberapa generasi akan
datang. Kezaliman yang tiada taranya yang kau
tunjukkan dalam kes DSAI akan menghitamkan dan
mengotori seluruh keturunan dan kerabatmu. Kini sudah
kedengaran dendam rakyat untuk mencemarkan pusara
'kepahlawanmu' dengan najis andainya kau tiada
lagi.(rakyat tetap membalas dendam, tak dapat PM, anak
cucu kan ada). Usahlah berlakon untuk membela nasib
kami orang Melayu (jagalah kroni kamu). Kami sudah
terlalu mengenali sebak tangismu yang yang penuh
dengan kepura-puran. Hatta anak kecil kami pun dapat
menilai kepalsuan mu , wahai Mahathir A/L Mohd
Iscander Kutty. Janganlah kau cuba gemburkan semangat
kemerdekaan ini kerana ianya hanya palsu jua, kami
rakyat sebenarnya dijajah oleh KERAjaan pimpinan
Ameno. Kami sebenarnya belum mencapai kemerdekaan
seperti yang media war-warkan. Kami terus dijajah
oleh' ORANG PUTIH SAWO MATANG' yang diketuai seorang
lagi keturunan Raja Mendeliar.
Pembesar-pembesar Ameno, ( Dato', Tan Sri, Tun dll)
Dahulu mungkin anda juga terlibat dalam penghinaan
yang dilemparkan kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman
(perdana Menteri pertama) kerana kelalaiannya
memperbaiki tahap hidup rakyat. Kini kamu semua
bersekongkol dengan Mahathir menegringkan dana/tabung
negara. Apa beza antara keduanya- sama-sama merugikan
orang Melayu dalam kealpaan masing-masing terhadap
takhta, harta dan wanita. Sememangnya kamu
diperkakaskan saja oleh Mahathir dalam agenda
memusnahkan Peruntukan Ketuanan Melayu dalam
Perlembagaan. Di zaman kamu lah menyaksikan rakyat
kembali dijajah. Sungguh memalukan. Nasib Melayu
umpama kata- KELUAR MULUT HARIMAU MASUK MULUT
BUAYA!!!!!! Hasil tangan kamulah menyaksikan Tanah
orang Melayu dirampas,biasiswa ditiadakan,agama
dipermainkan dan Raja2 serta ketuanan Melayu diliwat.
Perjuangan kalian hanya sandiwara semusim cuma.
Para Korporat/Billionwan,
Jika himpunan kekayaan kalian adalah melalui tipu
daya/helah bersama Mahathir ... tak kemana kalian.
Segala butiran dirimu tersimpan kemas dan kukuh dalam
nota dan ingatan rakyat. Apabila masanya tiba, tahulah
kamu akan akibat sikap durjana dan onar yang kamu
lakukan sekarang. Angkara tingkahlaku dan ketamakan
kamu yang tak bertepian, negara berhutang dalam jumlah
yang bukan kecil nilainya. Takkanlah nak disalahkan
penoreh getah, mak cik nasi lemak, pak cik goreng
pisang@brother burger. Kamu lah dengan dokongan ahli
politik membuat kemakaran,tamak haloba dan menganiaya
pula pemimpin rakyat DSAI.
Seluruh rakyat marhain,
RAKYAT BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN. Inilah antara
kata pencetus semangat rakyat dalam memperjuangkan
kebenaran. Kita sedang menyaksikan penjajahan bentuk
baru berkulit sawo matang,kuning langsat dan hitam
yang bersekongkol dengan pehak asing dalam bentuk
modal perniagaan dan badan penasihat. Kita rakyat
termiskin ada yang dah tangkap kura-kura sebagai
rezeki. Ada yang berhentikan anak sekolah dan juga
yang gagal merebut peluang ke menara gading dek
kemiskinan. Sudah ada yang tak dapat makan 2 kali
sehari dan tak mampu berkasut. Biasiswa bukan lagi
untuk Bumiputra tetapi untuk Amenoputra.
Kita juga menyaksikan kerajaan membela ketuanan
Melayu yang membatalkan kontrek dan tender syarikat
Melayu hanya kerana perbezaan pandangan politik. Kita
menyaksikan 2-3 kerat manusia menguasai ekonomi
negara. KIta juga dapat melihat dengan jelas bagaimana
seorang ayah mengambil berat akan anaknya dengan
membalun wang Petronas untuk anak(daddykasi).Sedang
rakyat termiskin ditanya berbagai soalan untuk
pinjaman 10 ribu cuma. Anaknya tak bankrup walaupun
dah muflis syarikatnya. Rakyat juga tahu menteri
bedak-bedakkan saham peruntukan Bumiputra untuk anak
menantu.
Kita merasa sebak dan insaf akan nasib bangsa yang
tak ada rumah, yang tinggal dalam kolong, di setinggan
yang hanya menanti dihalau (dibumi sendiri). Sedang
dalam masa yang sama PM tersenyum riang menyeringai di
Putrajaya dan menunjuk2 KLIA, TWIN TOWER dan KL TOWER
kepada orang asing sebagai bukti kepandaiannya
mentadbir!! Kini di TV ada hebahan tentang orang susah
dan cacat yang perlukan bantuan. SEDIH sekali, dalam
keadaan negara punya menara berkembar, kerajaan tak
tahu ada orang yang sebegitu susah dan dhaif. Apalagi
nak ditagihkan dari rakyat biasa yang dah 'cacat'
kuasa belinya.
Kita lihat pula kemungkaran Polis yang membantai
rakyat tak berdosa sesuka hati hanya kerana mereka
menyuarakan hak. Kita lihat mereka digari dan didakwa
dengan berbagai seksyen dan akta.TETAPI mereka biarkan
Mahathir salahguna kuasa dan bercakap sesuka hatinya.
Mahkamah telah diliwat dan diperkosa. Itu...yang
bergelar Hakim...hanyalah beruk belaan bertopengkan
manusia. Itu BPR hanya bergerak untuk ikan bilis saja.
Kebebasan kita tak lebih umpama ikan-ikan dalam
aquarium. Terlajak sikit terhantuk cermin-
AUKU,ISA,OSA,AKTA POLIS dllnya.
Pemimpin BA,
Terus perjuangkan nasib rakyat macam kami di
parlimen. Kemenangan kamu sdah terlalu hampir. Umpama
air dalam empangan hanya menanti pecah saja.
Pertahankan hak rakyat dan sebarkan apa yang berlaku
di Dewan Rakyat.
Dalam menghayati kemerdekaan yang terjajah ini kita
jangan terus leka dengan sambutan yang berbagai
anekanya. Nun dalam kelekaan dan keghairahan rakyat
mereka beragenda semaunya untuk kerabat dan kroni
dengan dilindungi oleh anggota keselamatan dan di
sebalik kelemahan undang-undang.
SEDARLAH DAN BANGUNLAH SEKELIAN RAKYAT
DEMI.......KERANAMU MALAYSIA!!!!!!!
Dr NOLOGARENG