Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KEBENCIAN RAKYAT

Kebencian rakyat sepertiku kepada Mahathir Mamakutty @ P***M** sukar untuk digambarkan.  Jika setakat kerakusannya membaham harta rakyat dan memfitnah beberapa individu pemimpin yang disanjungi, belum lagi membarakan rasa benci yang keterlaluan, kerana orang ramai mengerti bahawa P***M** adalah seorang mamak mandeliar yang tamak harta dan kebendaan, juga "kaki" fitnah dan "kaki" bohong terunggul di abad ini.  Tetapi jika sampai ke tahap menghina agama Islam, ini adalah terlalu melampaui batas.  Kebejatannya yang suka menghina agama sendiri juga mendorong keluarganya yang beragama lain turut tanpa segan silu menghina Islam seperti apa yang dilakukan oleh Dato' Semi Valu(e) dalam kata-katanya "Apa? Qur'an boleh buat jalan ka?  Sekiranya peristiwa begini dilakukan di waktu umat Islam benar-benar  cintakan agamanya, niscaya kedua-dua tokoh dari benua India ini hanya akan tinggal nama sahaja, terpisah kepala dari badan.  Tetapi malangnya, ianya berlaku di zaman umat Islam yang begitu penyanyang yang senantiasa redho dan sabar walaupun agama sendiri dipermain-mainkan orang.  Syabas! Kerana sifat redho dan sabar itu. 

Kebencian yang meluap-luap rakyat terhadap P***M** yang pernah menghina janggut Rasulullah s.a.w ini, adalah merupakan salah satu bala @ kifarah berat yang menimpa beliau dan ini dikatakan lebih berat dari bala bencana yang lain.  Pernah suatu ketika dahulu seorang ulama (jika tidak silap, Dato' Dr. Haron Din) dalam ceramahnya mengatakan bahawa P***M** akan menderita hidupnya kerana cemuhan dan kebencian rakyat yang teramat sangat serta pemulauan kepada beliau dan ini adalah merupakan hukuman penghinaan dari Allah dan ianya adalah lebih berat dari bencana lain seperti sakit atau mati.  Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim ,"Dan kalau Allah benci kepada seseorang, Dia memanggil Jibril serta memberitahu, "Sesungguhnya Aku benci kepada sifulan, maka bencilah dia", lalu Jibril benci kepadanya, kemudian Jibril memanggil malaikat penduduk langit dan memberitahu, sesungguhnya Allah benci kepada sifulan, oleh kerana itu bencilah dia, maka mereka benci kepadanya, kemudian ditetapkan kebencian untuknya di bumi".  Jadi, orang yang dibenci Allah di dunia dan di akhirat akan dibenci pula oleh umat manusia.

Pernah juga berlaku satu ketika dahulu, anakku yang ketiga dari enam orang anak tercinta, anak lelaki, ketika melihat wajah P***M** di kaca TV terus memanggilnya "anjing".  Aku benar-benar terperanjat dan timbul rasa marah kerana sikap "kurang ajar"nya itu. Aku berfikir sejenak samada pernah aku melontarkan kata-kata begitu kepada P***M** di hadapan anak-anakku.  Tidak pernah.  Aku memanggil anakku dan dia kelihatan pucat ketakutan. Takut dimarahi.  Aku tanya "mengapa Firdaus kata begitu pada dia?".  Anakku menjawab "Dia tuduh uncle Anwar buat liwat.  Dia jahat".  Aku peluk anakku dan berkata "Perasaan Firdaus sama dengan perasaan babah, tapi jangan cakap macam tu lagi tau".  Dia mengangguk kepala.  Selingkar kisah benar ini amat bertepatan dengan sepotong ayat al-Qur'an yang kubaca sebentar tadi yang bermaksud "Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.  Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga).  Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.  Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.  Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim (Al-A'raaf: 175-177).  Perumpamaan "anjing" yang digunakan Allah di dalam ayat ini terpancar keluar dari mulut anakku yang masih belum mengenal apa-apa.

Aku juga diberitahu oleh abah bahawa emak pun amat membenci P***M**.  Jika mukanya terpapar di kaca TV, emak akan menyuruh abah menukar siaran (channel) supaya jangan terpandang muka P***M** yang amat dibenci itu.  Di sekolah isteriku (isteriku adalah seorang guru) pernah berlaku satu peristiwa yang benar-benar menggelikan hatinya apabila murid-murid beliau ketika bermain menyanyikan sebuah rangkap pantun yang berbunyi;

Bapaku pulang dari Kelantan;
Bapaku belikanku rotan;
Muka Mahathir macam setan;
Lalu kurotan masuk jamban.

Mungkin anda pernah mengalami pengalaman yang tersendiri seperti ini, tetapi yang jelasnya Allah s.w.t telah membibitkan rasa kebencian rakyat secara semulajadi ke dalam jiwa mereka ke atas manusia yang bernama P***M** yang pernah mengatakan bahawa hukum Islam tidak boleh dilaksanakan di negara yang mempunyai pelbagai etnik ini.

Kini rasa kebencian tersebut mula menular melepasi batas sempadan negara apabila satu pertubuhan Islam, ISNA membatalkan jemputan ke atas P***M** untuk menghadiri satu konvensyen anjurannya.  Persoalan pokok di sini, bukan isu jemputan "beria-ia" mereka ke atas P***M** (kununnya menurut P***M** ISNA beria-ia benar menjemputnya) tetapi isu penting di sini adalah pembatalan jemputan yang amat memalukan, yang belum pernah berlaku kepada pemimpin negara sebelum ini.  Cuba bayangkan anda dijemput menghadiri satu kenduri kahwin di mana tuan rumah benar-benar mengharapkan kehadiran anda.  Tetapi beberapa hari kemudian, anda "dilarang" untuk hadir kerana mungkin akan menjejaskan majlis tersebut.  Alangkah aibnya dan seribu kali aib lagi jika ia berlaku kepada "hero dunia ketiga". Sesuatu yang boleh mengaibkan jarang dilakukan orang kecuali didorong oleh rasa kebencian yang teramat sangat.  Selepas itu putik-putik kebencian menular kepada persatuan pelajar-pelajar Cambridge (CUMAS) dengan segelintir dari mereka akan melakukan pemboikotan ke atas kehadiran P***M** dalam satu majlis anjuran persatuan tersebut.  Sebelum itu, beberapa pertubuhan Islam di Indonesia yang mempunyai keahlian 500 juta orang juga telah membuat bantahan rasmi kepada P***M** di atas tindakan kejamnya ke atas mujahid DSAI.  Kesemua peristiwa-peristiwa ini adalah tercetus dari perasaan kebencian yang bukan sedikit dan kebencian ini akan terus membarah sehingga P***M** sedar bahawa dirinya dibenci.

Justeru itu, saya mengingat diri saya dan keluarga saya serta pejuang-pejuang semua, tidak lupa kepada saudara MR, ambillah peristiwa yang dialami oleh P***M** ini sebagai iktibar agar sejarah begini tidak berulang dalam hidup kita.  Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka jahannam; mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringan dari mereka azabnya.  Demikianlah Kami membalas setiap orang yang sangat kafir.  Dan mereka berteriak di dalam neraka itu "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang solih berlainan dengan yang telah kami kerjakan".  Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?  Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun" (Faathir: 36-37)

Kepada P***M** dan orang-orang yang seangkatan dengannya, perhatikanlah sabda Nabi s.a.w. "Allah tidak akan menerima dalih seseorang, sesudah Dia memanjangkan usianya sehingga mencapai enam puluh tahun" (Riwayat Bukhari).

 

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA TIADA KEBENCIAN

ALLAHUAKBAR!

 

BOMOHDIN

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter