Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MANDI DUIT, MANDI JUNUB DAN MANDI  DARAH

Isu perletakan jawatan MB Selangor sudah reda walaupun peristiwa itu cukup memalukan parti yang sedang reput (New UmNo) khasnya dan parti BN amnya. Kes Abu bukan sahaja mendedahkan kemaluan Abu..tapi telah juga memberikan besar kemaluan kepada pihak-pihak lain yang sepatutnya menerima kemaluan. Itulah bahananya akibat perbuatan zina...sebab itulah Islam memperkenalkan "hudud" untuk pencegahan dan hukuman kerana akibat dari perbuatan terkutuk itu boleh membawa pelbagai implikasi buruk bukan sahaja kepada penzina tapi juga melibatkan banyak pihak. Setakat hilang jawatan MB ok lagi...tapi cuba tengok implikasinya:

1. Kemaluan Abu besar

2. Pasangan zinanya lebih besar kemaluannya

3. Keluarga sebelah Abu terima kemaluan

4. Keluarga sebelah perempuan&isterinya kemaluan

5. Semua keturunan Abu dan Isterinya kemalu-maluan.

6. Parti UmNo (Barua) kemaluan Se Malaysia

7. Kerabat BN kemaluan sama

8. Kerajaan Selangor tentu kemaluan

9. Rakyat Selangor ramai-ramai kemaluan

10. Negara Malaysia Boleh Malu.

 Oleh itu, untuk mengatasi kemaluan tersebut, maka REFORMASI perlu dilakukan SEGERA.

Kemaluan yang melanda Selangor tidak akan selesai dengan perlantikan anak Toyo menjadi MB baru Selangor. Kalau setakat berbekalkan ilmu gigi...belum pasti dapat menyelesaikan masalah kegawatan politik yang sedang melanda Selangor.

Ternyata kerusi MB sudah ada 'penunggu' dan akan sentiasa diganggu oleh penunggu itu. 11 penunggu jadian dan 1 penunggu puaka.

Situasi yang ada hari ini adalah sukar bagi Dr. Mohd Khir Toyo untuk membuat reformasi kerana dari segi struktur parti, kelihatan Mat Taib jutawan 17 kilo...'lebih berkuasa' kerana beliau adalah Ketua Perhubungan UmNo Selangor dan juga Naib Presiden UMNO BARUA.

Inilah dilema yang akan dihadapi oleh Dr. Mohd Khir Toyo. Seorang MB yang terkongkong dan dikongkong oleh pihak lain....pasti tidak akan dapat melaksanakan tugasnya dengan efisien meskipun 'kuasa' telah diberikan kepadanya....tengoklah Dato Shafie bekas Pengarah BPR...tak dapat laksanakan tugas dengan efisien apabila dikongkong oleh PM sendiri iaitu halang siasat orang makan rasuah.

Bolehkah Dr. Mohd Khir berdepan dengan bekas seorang peninju handalan yang lebih dikenali dengan nama jolokannya 'Mike Tyson' itu? Harap-harap bolehlah.

Mesti diingat...'MT' tu...punyai wang 17 kilo...berjuta-juta hasil dari aktiviti 'bertinju' dan membelasah harta benda rakyat marhaen.

Rakyat marhaen ingin berwasiat kepada Tan Sri, usahlah bergiat aktif lagi dalam politik...tak puas lagi ke...membelasah wang rakyat? Bagilah peluang orang yang suci bersih memimpin rakyat. Orang seperti anda sukar lagi dipercayai oleh rakyat.

Cukuplah 17 kilo duit tunai dan harta benda yang lain dimakan sehingga mati. Buat malu orang Melayu Baru dan UMNO Baru saja. Lainlah kalau jenis muka tak malu.

Lagipun jangan cuba nak tunjuk kuasa Ketua Perhubungan dan kuasa Naib Presiden UMNO kamu tu..!  Bukankah anak Toyo kata dia sanggup 'Bermandi Darah' untuk mempertahankan hak orang Melayu? Ini bererti semangat Dr. Mohd Khir lebih UMNO dan lebih MELAYU lagi dari Tan Sri. Kamu sebenarnya bekas pencopet duit rakyat dan kalau ikut hukum Islam, mesti dikenakan hukuman hudud (potong tangan sebab 'panjang tangan).

Sungguh lucu dan memalukan orang UMNO dan orang Selangor kerana mempunyai MB-MB yang berbagai-bagai ragam....MB terdahulu mandi duit, MB terkemudian ni..mandi junub dan MB terkini akan bermandi darah pula. Tapi kalau nak mati syahid...baca dulu Amanat Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang.

Tahniah kepada Ustaz Alimuda kerana mentafsir dengan jelas Amanat Tok Guru. Orang UMNO mesti baca... artikel Ustaz Alimuda .

Kesimpulannya orang UMNO mesti sanggup buat reformasi dengan menyokong Barisan Alternatif, insya-Allah kepimpinan BA akan melaksanakan keadilan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan batas geografi. Tinggalkanlah parti yang sedang reput itu....mari sama-sama kita berjuang bersama parti BA. Sedarkah kita bahawa Wawasan 2020 adalah 'senjata' Mahathir untuk 'mengkhayalkan' atau 'mematjeninkan' kita orang Melayu supaya terus leka dengan segala penyelewengan yang telah dan akan dilakukan oleh PM dan kroni-kroni dalam membolot kekayaan negara.

'KITA AKAN MULIA BERSAMA ISLAM'

Graduan PJJ

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter