Saudara Weblad,
Saya berterimakasih dengan warkah yang ditujukan kepada saya.
Saya menulis jawapannya dalam perjalanan, laksana lai jauh
daripada kesesakan segala bentuk yang dijangka melanda
negara. Saya tidak berani berada di rumah lanas mahu
tinggal dengan anak dan cucu mencari ketenangan.
Sebenarnya, sambutan ulangtahun kemerdekaan kali ini memang
pedih buat saya kerana ia mengimbau kisah lama ketika masih
menjadi ahli pergerakan pemuda UMNO menyaksikan kibaran bendera negara oleh YTM
Tunku A.R Putra, di mana Sadon
Zubir yang merupakan Ketua Pemuda ketika itu menunjukkan
kelakiannya. Saya masih teringatkan ketika detik akhir
munculnya pukulan keramat di padang meredeka itu dan turut
serta menyambut ketibaan waktu yang baru untuk menandakan
kemunculan bendera negara merdeka.
Kini, masa yang panjang sudah pun berlalu, usia muda yang mampu memanjat tinggi
setiap cabaran yang ada di hadapan muka kini tinggal satu
rangka yang penuh pengalaman setelah melihatkan serba
serbi yang perlu dilihat mengikut rezeki yang diberikan
oleh Allah. Masa yang panjang untuk berkhidmat di antero
dunia di mana segala pengalaman yang unik yang tidak mudah
diperolehi oleh anak bangsa telah saya lalui, membawakan
seribu kenangan dan kesedaran betapa negaraku masih lagi
dijajah oleh seorang insan berhati syaitan.
Cukuplah dulu tulisan ini sebagai satu kiasan betapa kita
perlu merencana sesuatu yang lebih bermakna kalau mahu
menyelamatkan bangsa Melayu daripada dirundung malang
gara-gara perbuatan durjana sekumpulan manusia yang sudah
lama dirasuk syaitan. Sekian dulu sehingga satu waktu yang
lebih mengizinkan daripada saya.
-MT-