Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KENYANYOKAN MAHATHIR

Sesuatu yang aneh dan amat membingungkan untuk menyelami tindak-tanduk seseorang yang telah memasuki alam "nyanyok". Nyanyok bererti sesuatu tindakan kebudak-budakan yang dilakukan oleh seseorang apabila mencapai umur yang telah lanjut.  Firman Allah s.w.t "Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya kami kembalikan dia kepada kejadiannya (kembali menjadi lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikirkan?" (Yaasin: 68). Saya pernah melihat situasi ini ketika "opah" saya berada di alam tersebut.  Banyak peristiwa ganjil yang berlaku dan saya gagal menyelami mengapa boleh terjadi keadaan sedemikian.  Umpamanya dalam satu peristiwa yang berlaku di hadapan saya ketika "opah" sedang menunaikan puasa sunat kerana beliau adalah seorang yang sangat rajin beribadat.  Oleh kerana keadaan beliau yang uzur dan waktu itu cuaca di luar adalah amat panas, beliau lalu menutup segala pintu dan tingkap dan suasana menjadi gelap.  Saya menjadi hairan mengapa dia berbuat demikian tetapi saya membiarkan sahaja gelagatnya.  Selepas itu, beliau terus ke dapur lalu makan dan minum.  Saya bertanya "mengapa opah makan, sedangkan opah berpuasa?".  Dia menjawab "kan hari dah gelap, dah masuk waktu maghrib pun. Jadi opah bukalah".  Saya diam membisu seribu bahasa.  Selepas peristiwa itu, perangai opah menjadi bertambah teruk sehingga pernah bermain-main dengan najisnya sendiri.   Kini "opah" telah tiada dan saya doakan agar rohnya dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. 

Tujuan saya membawa kisah di atas adalah untuk mengaitkan peristiwa tersebut dengan apa yang berlaku ke atas pemimpin tertinggi negara kita iaitu Mahathir Mamakutty @ P***M**.  Beliau kini menjangkau usia 75 tahun.   Ramai di kalangan pemerhati mengatakan tindak-tanduk P***M** di akhir-akhir ini adalah manifestasi dari usianya yang telah lanjut atau lebih tepat dipanggil "nyanyok". Persoalannya, betulkah beliau benar-benar telah "nyanyok" atau baru menunjukkan tanda-tanda bermulanya alam "nyanyok" pada diri beliau.  Mari kita selidiki beberapa sikap kebudak-budakan yang dilakukan oleh P***M** sejak akhir-akhir ini.

1.         P***M** secara berterusan menganggap orang yang menentangnya samada pihak dalam mahupun luar negeri, bodoh dan bahlol tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku.  Atau beliau berterusan menuduh pihak-pihak tersebut terpengaruh dengan propaganda dari pihak pembangkang, sedangkan segala "sandiwara" yang berlaku jelas menampakkan kebodohan perancang-perancangnya dan segala penjelasannya mengenai "sandiwara" tersebut langsung tidak meyakinkan, malah menambahkan banyak tanda tanya.  Peristiwa-peristiwa yang boleh dikaitkan dalam hal ini adalah kes DSAI, Sauk, hak-hak keistimewaan bumi putera dan lain-lain lagi.

2.         P***M** secara berterusan menuduh pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai pembawa fitnah.  Sedangkan sering terbukti apa yang dikatakan "fitnah" itu menjadi kenyataan.  Mereka juga gagal membuktikan bahawa "fitnah" itu sebagai fitnah, walaupun segala bentuk media adalah di bawah kekuasaannya. Tambah memeningkan, sikap P***M** sendiri yang suku mengamalkan amalan buruk itu dengan terang-terangan memfitnah DSAI dengan kes liwatnya, pihak pembangkang dengan tuduhan penyebab huru-hara dan pelbagai bentuk fitnah-fitnah lain.  Apa yang kita lihat adalah P***M** sering menentang "fitnah-fitnah" tersebut dengan fitnah-fitnah juga.  Contohnya:  Beliau memfitnah DSAI melakukan liwat dan kununnya beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh tentang salah laku DSAI sebelum prosiding mahkamah bermula dan apabila dijemput ke mahkamah, beliau takut tidak kepalang dan mengatakan kehadirannya tidak perlu.  Kemudian P***M** menuduh pembangkang pula memfitnah beliau bahawa "sandiwara" kes liwat ini adalah "konspirasi" beliau untuk melenyapkan karier politik DSAI setelah mahkamah tidak dapat membuktikan perbuatan liwat tersebut berlaku. Kini mereka memfitnah ISNA yang menarik balik jemputan ke atas beliau untuk menghadiri satu konvensyen, sebagai tali barut Amerika Syarikat.

Sebagai renungan, berikut adalah sebahagian dari kata-kata P***M** dalam Perhimpunan Agong UMNOmore 1983, iaitu ketika kepala "otak"nya masih sihat; "Fitnah memfitnah adalah amalan keji yang buruk kesannya.  Ia tidak harus dibiarkan menjadi tabiat dan amalan masyarakat kita yang mahukan kebahagiaan.  Ia harus dibanteras, dan UMNOmore, sebagai teras pembimbing masa depan negara yang bahagia harus mengikisnya daripada masyarakat kita".

3.         P***M** secara berterusan menyerang Islam hatta nama Islam pun menjadi kebenciannya.  Beliau secara terang-terangan membantah tindakan pihak penguasa Islam (JAIS) menjalankan tugasnya membanteras gejala maksiat walaupun langkah-langkah tersebut adalah di bawah peruntukan undang-undang.  Dalam masa yang sama P***M** menyuburkan aktiviti-aktiviti maksiat dengan merestui pelbagai perayaan dan hiburan yang menyebabkan pergaulan bebas di luar batasan dan aktiviti minuman arak di kalangan remaja Islam secara terang-terangan.  Beliau juga jelas menyokong ajaran-ajaran yang jelas bertentangan dengan Islam seperti kumpulan anti-hadis yang dikepalai oleh Kassim Ahmad.  Tetapi, di pihak yang lain, beliau menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan beberapa hukum Islam yang cuba diterapkan oleh YAB Tuan Guru Haji Hadi dan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Terengganu dan Kelantan.  Sebagai beberapa contoh, penutupan premis-premis arak diputar belitkan oleh P***M** dan  kempen pemakaian tudung di kalangan muslimat juga telah digambarkan sebagai satu tindakan pemaksaan secara kejam oleh kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut.  Sebaliknya, di dalam mana-mana upacara berkaitan dengan agama Islam, sikapnya amat berubah sekali seperti apa yang dilafazkan melalui ucapan-ucapannya.  Sebagai renungan, mari kita perhatikan ucapan beliau di dalam Perhimpunan Agong yang lalu:

"Pegangan UMNOmore kepada Islam dan ajarannya tidak luntur.  Dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang Islam menjadi panduan.  Bagi kita, Islam adalah Addin - Cara hidup.  Cara hidup tidak bermakna hanya 'ritual' tertentu yang wajib kita buat tetapi juga kegiatan dan tindakan yang kita ambil untuk kesejahteraan hidup kita.  Satu daripada ajaran yang jelas dalam Islam adalah berhijrah.  Hijrah bermakna berpindah.  Kenapakah Rasulullah berpindah dari Mekah ke Madinah?  Sebabnya ialah kerana tekanan dan halangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. […].  Kita melihat kebijaksanaan Nabi dalam membentuk Perlembagaan Madinah yang mengambil kira kepentingan semua pihak.  Tumpuan diberi kepada persaudaraan antara pendatang dari Mekah, Muhajirin dengan penduduk Madinah, Ansar.  Mereka ini dahulu bermusuh tetapi Nabi berjaya merapat dan menyatukan mereka supaya wujud hanya satu ummah, satu masyarakat Islam.  Dan kita tahu bagaimana Madinah menjadi pengkalan untuk perkembangan Islam dan mempertahankan ummah.  Akhirnya Mekah tertawan dan seluruh penduduk Semenanjung Arab memeluk agama Islam.  UMNOmore sebenarnya adalah alat yang mengambil perjuangan Nabi sebagai contoh, sebagai cara untuk mengubah nasib orang Melayu Islam dan Bumiputera lain di Malaysia…….

KETIGA-TIGA CONTOH DI ATAS JELAS MEMBUKTIKAN KECELARUAN PEMIKIRAN P***M** DAN ADAKAH DENGAN BUKTI TERSEBUT CUKUP UNTUK KITA MENGATAKAN BAHAWA P***M** KINI TELAH NYANYOK? ATAU KITA PERLU MENUNGGU P***M** KENCING DAN BERAK DI KHALAYAK RAMAI UNTUK MENGESAHKANNYA.

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA P***M** NYANYOK

            ALLAHUAKBAR!

 

            BOMOHDIN.

 

   

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter