SANGGAHAN TERHADAP TULISAN ASTORA DALAM MM 27 OGOS
Assalamualaikum wrt!
Saudara Astora
Jabat (SAJ),tahukah saudara betapa ramainya kakitangan kerajaan (khasnya) terpaksa berlakon
menyokong kerajaan! Umnolah yang mengajar rakyat menjadi talam dua muka (hipokrit). Mereka
tahu mereka akan ditekan pelbagai masalah jika tidak menyokong UMNO/BN. Masalah kenaikan
pangkat serta pertukaran yang tidak munasabah adalah senjata utama kerajaan mengugut! Baru-baru
ini, Nazri Aziz sendiri sebagai menteri telah mengumumkan bahawa bantuan Mara hanyalah
untuk yang sokong kerajaan sahaja! Maksudnya Umno sahajalah! Kenyataan ini dilafazkan di
Bukit Mertajam! Ramai yang dah keluar dan akan keluar dari UMNO, tetapi kita tak perlu heboh! UMNO
perlu hebah pada rakyat kerana ingin memperlihatkan kepada rakyat bahawa Umno belum maut
lagi!
Tentang ceramah PAS semakin kurang sambutannya, itu adalah andaian yang
tidak tepat sama sekali! Kalau tak ramai ke ceramah PAS kenapa permit tak diberikan! Alasan
yang diberikan...orang atasan tak benarkan! Apa saudara tahu! SAJ hanya mendapat maklumat, mungkin
dari siput babi (SB) sahaja! Kalau dah ramai tak datang kenapa bimbang! Dalam hal apapun
ceramah BA dapat mengatasi ceramah UMNO/BN. Ceramah UMNO/BN kalau tak keluar duit minyak
kereta...alamatlah!!!Yang datang boleh dikira! Tahukah SAJ, sudah banyak cawangan UMNO
hanya ujud atas kertas sahaja. UMNO tidak berani menghebahkan melalui akhbar arus
perdana kerana mungkin malu atau bimbang dengan tindakan Mahazalim! Walau pun mesyuarat
cawangan tidak dapat diadakan, taktik penipu digunakan jua! Iaitu tanda tangan kemudian! SB
juga terlibat mengugut ketua cawangan/pemuda yang tak mahu bermesyuarat kerana tiada sambutan. Bolehlah
ugut ketua cawangan/pemuda yang terlalu bodoh dan tak tahu langsung haknya dan
undang-undang berparti. Maklumlah ketua cawangan terdiri daripada...tukang kebun, kerani
perbandaran, budak pejabat...yang cerdik dah keluar Umno atau tak berparti. Yang berpendidikan
kalau masuk UMNO mesti dapat habuan kalau tidak 'go to hell with UMNO' Sebab itulah pemimpin
atasan amat mudah memperkuda mereka dengan sejumlah wang yang kecil. Ramai ahli PAS yang
telah lebih 5 tahun keluar parti UMNO (syirik) tetapi masih nama mereka tidak terpadam
dari senarai ahli UMNO. Kalau begitu, sampai kiamat pun ahli UMNO tidak akan kurang dari
2.8 juta yang diumumkan baru-baru ini. Ini tidak termasuk ahli parti yang dah mati. Ibu
pejabat UMNO juga dipenuhi oleh golongan yang 'terpaksa' demi cari makan! Lihatlah
kerajaan khullafa...Abu Bakar r.a.,Omar r.a.,othman r.a.dan Ali r.a. serta kerajaan Islam
Ummaiyyah, Abbasiyyah (sebagai contoh) dan juga kerajaan Fir'aun....akhirnya tumbang
juga kerana pelbagai masalah serta fitrah alam bahawa tiada kerajaan apa yang akan kekal
melainkan ALLAH SWT SAHAJA! Inikan pula Umno!!!!!!!!!
Kes DSAI juga belum selesai! Yakinlah
kebenaran akan tiba! Apakah SAJ tidak yakin bahawa penyudah yang zalim...mungkin akan
jadi seperti Lenin (Presiden Russia) atau Kamal Attartuk yang saat kematian yang menyiksakan! Yakinlah
kebesaran Allah swt! Dunia memperlekehkan sistem kehakiman kita kerana walaupun tertuduh
dapat buktikan yang beliau tidak bersalah walaupun beberapa kali tuduhan dipinda!? Yang
memang ada bukti tidak didakwa langsung! SAJ tahu siapa yang di maksudkan...Rafidah Aziz, Eric
Chia serta kenyataan bekas pengarah Badan pelindung rasuah (BPR), Dato' Shafie Yahya
yang tidak dicabar oleh Mahazalim!!! Inilah sistem undang-undang taghut (ikutan UMNO).Dalam
perundangan Islam, tertuduh diberi seluas-luas ruang untuk membuktikan tertuduh tak bersalah. Tujuannya
ialah seboleh-boleh (kalau boleh) tak mahu menghukum. Undang-undang yang SAJ dan Umno/BN
rela ialah cari jalan seboleh-bolehnya nak menghukum tertuduh! Sudahlah SAJ! Di hati
kecil SAJ, saudara tahu apa yang sebenarnya berlaku! Tetapi demi sifat kaum Yahudi, SAJ
sanggup memperdagangkan/menggadaikan ugama demi jawatan dan perut! Contoh ruangan debat (hari
Jumaat lepas kalau tak salah saya) saudara hanya menyatakan pakaian jubah, serban itu
menyerupai kaum /pendeta Yahudi dan Kristian! Memang benar tetapi SAJ tidak menyatakan
bahawa memakai kopiah, jubah dan serban itu sunnah! Nak pakai dapat pahala tak pakai pun
tak mengapa! Akan tetapi niat SAJ ialah hendak mengelirukan orang ramai!
Bab fitnah, adakah
SAJ sedar yang akhbar arus perdana kini penyumbang besar kepada fitnah! Saudara buta
hati kah atau buat-buat lupa. Akhbar mana kah yang menyokong perjudian! Ada faham ke! Akhbar
siapa yang turut serta ke arah maksiat (panca indra).Kalau SAJ mengaku Malaysia adalah
negara Islam...jadi pulanglah ke Thailand dan perjuangkan Islam di negara Buddha itu! Apakah
JAKIM atau IKIM tak boleh uruskan bicara ugama!!!!!Sebenarnya pegawai JAKIM dan IKIM
sendiri tidak berani dan selantang saudara sebab mereka sendiri tahu yang mana fitnah
dan yang benar. Tetapi demi gaji dan jawatan...mereka akan bersuara selepas pencen!
Memang
benar ada beberapa orang yang keluar UMNO masuk semula kerana mereka keluar UMNO sebab
benci pada UMNO. Mereka ini berjuang atas sentimen individu! Perjuangan apa pun kalau
hanya dengan semangat sahaja...lambat laun akan luntur apatah lagi digamit kebendaan! LEBIH
LEBIH LAGI MEREKA YANG BIASA HIDUP MEWAH. Perjuangan manakah yang tanpa memerlukan
pengorbanan!!!!Nak berjuang dengan jalan ALLAH SWT sememangnya akan bertemu pelbagai
dugaan dan rintangan. Tiada siapa semudah itu membantu. Tetapi kalau ke arah
maksiat...ramai yang sudi hulur tangan!
Apakah SAJ tidak ingin membicarakan
ciri-ciri seorang hakim dari sudut Islam! Apakah ciri-ciri hakim Malaysia yang begitu
mudah diugut dan dibeli...kerana MEREKA TIDAK ADA FIKRAH/JIWA ISLAM!!!!!
HADITH
RIWAYAT ABU DAUD DAN IBNU MAJAH..."PARA HAKIM ITU ADA TIGA GOLONGAN: SEGOLONGAN
DALAM SYURGA DAN DUA GOLONGAN DALAM NERAKA. ADAPUN HAKIM YANG MASUK SYURGA IALAH SEORANG
YANG MENGENAL HAK(KEBENARAN) LALU IA MEMUTUSKANNYA, DAN SEORANG HAKIM YANG MENGENAL HAK
TETAPI IA BERLAKU ZALIM, MAKA DIA DALAM NERAKA, DAN SEORANG HAKIM YANG MEMUTUSKAN
PERKARA MANUSIA TANPA ILMU, MAKA DIA DALAM NERAKA"
Ajaran sesat! Jemaah al-Qur'an
Malaysia (JAM) telah dikenal pasti sesat tetapi mengapa dibiarkan! Sebab Dr. Kassim
Ahmad sokong Mahazalim! Sesungguhnya..."setiap yang tidak mengikut al-Qur'an dan
as-sunnah" itulah yang sesat. Firman ALLAH SWT..."WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, MASUKLAH
KE DALAM ISLAM KESELURUHANNYA DAN JANGANLAH KAMU MENGIKUTI JEJAK LANGKAH SYAITAN KERANA
SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KAMU YANG NYATA"( AYAT 208 SURAH AL-BAQARAH).
Sekian,wassalam.
Lain
dulu lain parang,lain dulu lain sekarang!
Dulu Umno PEKAT, Kini PAS selama-lamanya!