“Tunggu, Saya Akan Dedah Skandal Shahidan!”
- Lutfi
KUALA LUMPUR:
Penerbit makalah-makalah politik semasa, selepas majalah Detik diharamkan Pak Lah, Ahmad
Lutfi Othman berkata, beliau bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan Menteri Besar
Perlis, Shahidan Kassim.
Beliau mengulas tuntutan ganti rugi daripada Shahidan sebanyak
RM30 juta ekoran berita dalam makalah ADIL yang mendakwa Shahidan terbabit secara langsung
mengarahkan Baitulmal Perlis menyekat biasiswa kepada pelajar-pelajar tajaannya yang
belajat di Timur Tengah.
“Saya tidak pernah percaya bahawa mahkamah adalah forum
terbaik untuk mendapat keadilan, tetapi jika diheret juga, saya akan pastikan Shahidan
mendapat pengajaran terbaik daripada kes ini. Ia mungkin akan menjadi gelanggang
perdebatan politik yang boleh mengakhiri kerjaya Shahidan sebagai MB Perlis,” tegas
Lutfi.
“Banyak skandal Shahidan yang boleh didedahkan nanti. Tunggu sajalah,”
katanya mengakhiri perbualan. Bagaimana pun hingga kini Lutfi masih belum menerima notis
tuntutan RM30 juta itu.
Lapor: Zabidi Morad