Permit Wasilah: Telur Di Hujung Tanduk!
KUALA LUMPUR: Majalah remaja yang
bermottokan 'bagaimana orang muda melihat dunia ini", al-Wasilah, masih belum
diperbaharui permit penerbitannya biarpun tempoh permit terdahulu akan tamat dua tiga hari
ini.
Menurut sumber-sumber KDN, ditinjau dari segi kandungan penerbitan Wasilah,
mereka tiada halangan untuk melanjutkan tempoh permit penerbitan selama setahun lagi,
bermula September ini.
Namun dibimbangi ada unsur-unsur kepentingan politik yang
tebal di peringkat atasan yang tidak senang dengan editor Wasilah, Ahmad Lutfi Othman.
"Pihak
atasan di KDN melambat-lambatkan kelulusan baru permit Wasilah disebabkan isu Wasilah
telah digembar-gemburkan melalui internet. Mereka melihat Lutfi sengaja mahu menimbulkan
kontroversi," jelas sumber itu lagi.
"KDN tidak perlu menunggu
detik-detik akhir untuk meluluskan permit," kata Lutfi. "Ini kerana, untuk
keluaran September ini, sepatutnya kami terpaksa menyiapkan bahan pada awal bulan Ogos
lagi. Ini bermakna, kalaupun KDN memberi kelulusan kepada Wasilah, kami tidak dapat
menerbitkan Wasilah keluaran September."
"KDN harus bersikap terbuka
dengan segala luahan hati dan kritikan kepadanya. Kami ada asas untuk meluahkan rasa tidak
puas hati itu. Jangan sengaja mencari daleh untuk mengharamkan Wasilah. Cuba bayangkan,
hanya untuk menyelesaikan masalah membayar semula wang RM500.00, kami terpaksa menunggu
lebih lapan bulan, sedangkan jika Detik tidak diberikan permit, KDN tidak sepatutnya
menyimpan lama duit kami itu," tambah Lutfi.
Ditanya mengapa proses
menyediakan bahan Wasilah, dan seterusnya direkabentuk dan menyiapkan filem tidak
dilakukan seperti biasa, Lutfi berkata: "Cukuplah dengan pengalaman hitam Detik. Kami
rugi ratusan ribu ringgit apabila kelulusan yang telahpun diberikan kemudiannya ditarik
balik. Kali ini kami tak mahu dipermainkan lagi oleh Menteri Dalam Negeri."
Lutfi
menceritakan peritnya menerbitkan Wasilah terutama di peringkat awal. Banyak kos terpaksa
dihabiskan untuk promosi khususnya. Tapi ia sememangnya perkara biasa bagi mana-mana
penerbitan baru.
"Amat malang sekali, selepas Wasilah diketahui ramai pembaca,
nasibnya masih terhoyang-hayang, walhal kandungannya kami pastikan tidak menyentuh isu-isu
sensitif yang tidak digemari kerajaan Umno. Kami terpaksa melakukan tapisan sendiri yang
cukup ketat semata-mata untuk memastikan hayat Wasilah dapat terus bersambung," tegas
Lutfi lagi.
"KDN hanya memikirkan apa masalah yang mereka hadapi, tetapi
apakah mereka langsung tidak prihatin dengan segala kerugian yang kami alami selama ini,
ekoran tindakan mereka. Bagaimana dengan proses permohonan untuk mendapatkan permit baru
yang jelas membuktikan KDN telah menyenarai-hitamkan beberapa individu tertentu. Ada pihak
yang terlalu mudah untuk mendapat permit walaupun mereka tidak pernah ada pengalaman
langsung dalam penerbitan.
"Ada penerbit yang secara jelas telah menggadaikan
permit mereka kepada pihak lain, tetapi tiada tindakan diambil. Walhal Detik dihukum
kerana alasan yang sama. Dan bagaimana pula dengan permit yang dikeluarkan kepada Badan
Perhubungan Umno Terengganu. Saya ada bukti kukuh bahawa permit asalnya, Al-Haq, adalah
milik orang lain, bukannya Umno Terengganu," ujarnya.
Artikel Sumbangan
dari http://detik.daily.tripod.com/
Dapatkan
buku terbaru "PAS Mampu Pimpin Malaysia" karya Mohd Nasir Awang terbitan bermutu
PENERBITAN PEMUDA dipasaran Buku berkisar tentang Negeri Terengganu Di Bawah Pimpinan PAS
.Untuk keterangan lanjut hubungi kami 03-40230175 atau emailkan kepada kami zabidi_detik@hotmail.com
.Pengedar Pengedar diperlukan diseluruh Malaysia !.Pastikan anda memiliki buku ini . |
"DETIK
SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"