PM KITA YANG HEBAT?
Assamualikum wbt.
Sdr. MR,
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sama dengan para netters dilaman sdr
mengenai laporan akhbar perdana hari ini (saya dah lama boikot, tapi jengok
juga secara rambang...) Lihat bagaimana reaksi PM kita mengenai pembatalan
jemputan oleh ISNA tu.. mana dia peduli.. PM yang kita kasihi (?) tu tetap
akan ke sana untuk menyampaikan amanat pentingnya... menurut beliau, dah lama
beliau menunggu peluang keemasan ini, jadi mengapa perlu dipersiakan???...
Begitulah... rakyat tidak hairan dengan 'telatahnya'. Kan dia tidak pernah
pusing dengan apa yang orang lain nak kata padanya.... dia tak peduli!! bagi
dirinya, dia adalah seorang 'manusia' yang sentiasa betul, benar, bersih,
mulia dan bijak sekali... segala yang diperkatakan, hatta dilakukan adalah
betul semuanya!.. semua orang (rakyatnya termasuk dunia sekalipun!..) mesti
dengar, dengar dan dengar... mesti akur dan hormat... kan begitu caranya
selama ini!
Dia memang hebat!!.. sebab tulah juga dia tak ambil kisah nasib rakyatnya,
terlalak, terlolonglah rakyat menyeru dia berundur... dia masih 'steady'
lagi.. malah mampu senyum yang mempunyai seribu makna yang tersurat lagi
tersirat!!.. Tidak dapat saya lupa 'senyuman' hebat dia, bila TV tiga suku
memfokuskan wajahnya semasa mesyuarat tergempar Raja-Raja untuk menganugerah
pingat kpd Panglima Glamour SAUK suatu masa dulu... Dan bertambah hebat lagi
bila dia 'tersebak' lantas 'menangis' lagi bila isu ketuanan Melayu
dibangkitkan. Alangkah hebat PM yang kita kasihi (!)ini. Apatah lagi bila
dia memberikan komen kepada PAS yang yang asyik menuduh kerajaan bersendiwara
lagi dalam isu ketuanan Melayu tu... Memualkan untuk terus membaca kenyataan
yang lapok dan basi ini... Agaknya para wartawan dah tak ada isu lain ke nak
ditanyakan?... Inilah dia 'Malaysia Boleh' ... Kalau Ketua dah begitu apatah
lagi anak-buahnya... YB Sharizat tu pun dah teramatlah gembira bila dia
mengucapkan tahniah kepada kaum ibu muslimat di sebuah masjid gah dikawasan
perumahan elit yang (menurutnya) telah 'kembali kepangkal jalan' kerana
mengundang beliau!...Lihatlah betapa hebatnya YB UMNO ni... dan inilah yang
rakyat akan harunginya untuk 3,4 tahun lagi, kekalutan dan keliru yang mana
satu yang haq' dan yang mana yang batil'...
Peminat MR
Nota webmaster:
Seorang penulis menyifatkan PM kini sebagai
'hero kampong'. Jolokan ini pasti akan mengimbau ingatakan kita kepada Rashid Sidek
(maaf kepada Rashid jika keterlaluan) yang disifatkan sedemikian pada beberapa musim di
tahun-tahun yang lampau. Ini sebenarnya datang dari keegoan beliau (PM). Pada
pandangannya, jika orang lain mendengar hujahnya pasti akan menerima. Jika tidak
menerima pandangannya dikatakan 'mendengar dari sebelah pihak' sahaja.
Nampaknya 'wira dunia (ketiga)' kini hanyalah seorang 'jaguh
kampong'. Sebagai rakyat Malaysia kita patut merasa malu dengan pandangan rakyat dari
seluruh dunia yang mengecam kesaksamaan undang-undang Mahkamah Malaysia yang kini senget
sebelah. Ingatlah kata-kata, 'kita boleh menipu sebahagian manusia dalam semua masa.,
dan kita juga mampu menipu semua manusia dan sebahagian masa, tetapi kita tidak mungkin
menipu semua manusia dalam semua masa'.