Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

HERO KAMPONG

Istilah hero kampung telah lama menjadi sinonim terutamanya kepada pasukan sukan negara yang gagal menyerlahkan kemampuan mereka di luar negeri.  Pasukan sukan yang pernah dianggap sebagai hero kampung adalah pasukan badminton, bola sepak, hoki dan juga sepak takraw.  Mereka digelar hero kampung kerana sering mendabik dada dengan kekuatan yang mereka miliki dan hampir kesemua perlawanan yang ditandingi di gelanggang sendiri jarang dapat ditewaskan oleh pihak lawan.  Tetapi, apabila mereka bertandang ke  luar negeri, perkara sebaliknya berlaku.  Mereka jarang pula menang dalam sebarang pertandingan yang berprestij.  

Nampaknya, sindrom ini mula menular kepada arena politik tanah air. Hero kampung yang pernah menganggap dirinya sebagai Maha Firaun, hero negara-negara dunia ketiga dan hero negara-negara Islam, kini sudah dianggap tidak bertaring lagi bukan kerana taringnya yang sudah tumpul akibat ketuaan yang amat sangat, tetapi sikap dan lagaknya seperti orang "gila" telah membuatkan dunia mulai bosan dan tidak mempedulikannya lagi. Kegilaannya menjadi bertambah tenat apabila beliau mula menuduh dan menganggap mereka yang tidak sehaluan dengannya sebagai "tidak siuman".  Kalaupun ada segelintir masyarakat luar yang masih menganggap beliau sebagai hero, mereka itu adalah golongan yang masih belum berakal seperti pemimpin-pemimpin masyarakat di Afrika yang masih terkebelakang di dalam industri maklumat.  Ramai pemerhati menganggap bahawa keadaan ini hanya sementara kerana apabila maklumat yang lengkap diperolehi sudah tentu pihak tersebut akan terbuka mindanya untuk meminggirkan secara total manusia gila yang baru sahaja menganggap dirinya "tak tahu malu" itu.  Akhirnya, hanya harimau bintang, zirafah dan gajah di Sahara sahaja yang masih menganggap dia sebagai hero binatang, kerana perangainya lebih ganas dari segala binatang yang melata di bumi ini.

Hero kampung ini masih gagah di negara sendiri kerana negara ini masih ramai yang dihuni oleh orang-orang gila yang hanya menunggu masa untuk dihumbankan ke hospital bahagia dan orang-orang separuh gila yang hanya memikirkan kepentingan-kepentingan peribadi.  Walau bagaimanapun, dalam jangka masa yang terdekat sebahagian besar dari golongan ini dipercayai akan pulih sepenuhnya dari penyakit gila apabila ubat yang disuntik mula meresap ke dalam batu gemala mereka.  Ketika saat itu tiba, hero kampung tidak akan menjadi hero lagi.  Dia akan diberi gelaran baru yang lebih "glamour" iaitu samseng kampung seperti gelaran "Samseng Kampung Dusun yang diberikan kepada allahyarham Shariff Dol dalam sebuah filem arahan allahyarham P. Ramlee.

NAMUN BEGITU, ADALAH DIJANGKAKAN BAHAWA GELARAN INI JUGA TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA APABILA BELIAU DIPANGGIL MENGADAP ILAHI DENGAN GELARAN; wahai "MAHATHIR BIN MOHAMAD MAMAKUTTY".

 

LAWAN TETAP LAWAN

ALLAHUAKBAR!

BOMOHDIN

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter