MAHATHIR KATA LAMAN FITNAH!!
Geramnya Mahathir pada laman pro reformasi rakyat. Katanya itu bukan laman pro
reformasi, sebaliknya laman fitnah!!
Mahathir bukalah minda anda, laman reformasi dulu kata DSAI dipukul dan dibelasah Rahim
Anjing Noor. Tapi Utusan Meloya dan Berita Hairan cuba menegakkan pendapatmu dengan
mengatakan Anwar pukul diri sendiri. Kes satu.
Laman pro reformasi dulu kata DSAI akan didapati bersalah dalam kes liwat (fitnahan mu)
dengan pengakuan 'Akupeguam' beberapa bulan dulu. Utusan Meloya dan Berita Hairan
bermatian menegakkan pendirian kamu. Akhirnya awal bulan ini menjatuhkan hukuman 9 tahun
penjara ke atas kes DSAI. Kes 2.
Internet bawa berita Abu Hassan Omar dengan skandal seksnya. Tapi Utusan Meloya dan
Berita Hairan menafikan. Kalau benar mengapa Abu Hassan Omar cabut lari dan meninggalkan
jawatannya untuk elakkan disiasat? Kes 3.
Media internet pendahulu dalam banyak kes yang melibatkan pendedahan, pemberi maklumat
dan sebagainya. Janganlah kamu berpura-pura dengan 'laman fitnah' yang kamu dakwa itu.
Kenyataannya internet semakin dipercayai berbanding dengan media perdana tajaan kamu.
Buktinya? Lihatlah sahaja undian rakyat dilaman ini.
Mr. Canggih