Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAHATHIR TAK MERASA APA-APA DIPINGGIRKAN OLEH DUNIA?

Hackerzparadize Editor Notes:
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mengulas berita oleh TV¾ malam tadi mengenai ulasan Madey berkenaan jemputan oleh ISNA terhadap beliau yang ditarik balik memperlihatkan betapa tidak malunya makhluk ini. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak merasa apa-apa dengan jemputan yang ditarik balik terhadapnya oleh pertubuhan Islam di Amerika tersebut malah menyalahkan mereka yang katanya hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Apakah maksud Madey dengan sebelah pihak? Adakah baginya ISNA hanya mendengar dari kumpulan yang menyokong DSAI sahaja? Tidakkah beliau mengetahui yang protes terhadap beliau bukan hanya datang dari penyokong DSAI sahaja, malah dari serata dunia samada blok Islam mahupun Barat.

Kenyataan-kenyataan Madey sebelum keputusan penghakiman tersebut ke atas DSAI sebelum ini sudah cukup kepada pihak-pihak yang memprotes beliau untuk membuat penilaian terhadap keadilan sistem kehakiman yang dikepalai beliau. Kenyataan tersebut sudah cukup untuk mewakili 'pihaknya'. Kenyataan-kenyataan yang mendahului keputusan hakim tersebut sewajarnya mencukupi untuk beliau mempertahankan dirinya dan tidak perlu lagi untuk beliau membuat kenyataan selepas keputusan hakim yang tolol itu.

Apakah tidak cukup baginya untuk mempertahankan diri beliau yang ternyata tidak bermaruah itu dengan keputusan penghakiman terhadap DSAI sehingga memerlukan kenyataan balas selepas hukuman dijatuhkan? Apakah sebenarnya yang Madey perlukan? Mahkamah telah menjatuhkan hukuman seperti yang dirancangkan sebelum ini berdasarkan tuduhan Madey ke atas DSAI dan sepatutnya keputusan mahkamah tersebut akan menjadi pegangan umum dan dipercayai yang dengan itu akan membenarkan segala tuduhan-tuduhan oleh Madey sebelum ini.

Akan tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa sekaliannya melahirkan rasa tidak puas hati dan kejengkelan mereka dengan keputusan berkenaan yang sekaligus membenamkan prestij Madey sebagai ketua negara Islam kononnya itu serendah dengan pemimpin Yahudi Israel.

Madey yang sebelum ini cuba menonjolkan dirinya sebagi pemimpin pembaharuan Islam dan wira dunia ketiga yang memperjuangkan kebebasan dan menentang penjajahan kini mulai dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa. ISNA yang merupakan sebuah pertubuhan Islam bebas dan intelek bagi masyarakat Islam di Utara Amerika telah mengambil langkah membatalkan jemputan mereka ke atas Madey jelas membayangkan betapa pemimpin itu kini mengalami krisis maruah yang teruk. Adalah dipercayai tindakan yang sama akan turut dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan dan negara-negara Islam lain ke atas Madey selepas ini.

Kehilangan kepercayaan terhadap Madey oleh kalangan intelek Islam adalah sesuatu yang memalukan dan sepatutnya membuatkan beliau malu dan insaf terhadap perbuatannya selama ini yang menganggap orang lain sebodoh pengampunya dari UMNO dan BN. Beliau harus sedar golongan intelek adalah segolongan manusia yang dianugerahi Allah dengan kemampuan daya fikir dan analisis yang hebat dan tidak mungkin dengan mudah dipengaruhi oleh propaganda murahan seperti yang cuba dimainkannya sebelum keputusan mahkamah terhadap DSAI.

Mana-mana manusia yang mempunyai akal dan perasaan tanpa sebarang prejudis terhadap kepentingan lainnya pasti melihat proses penghakiman DSAI itu sebagai satu sandiwara yang penuh dengan konspirasi, apatah lagi golongan intelek yang minda mereka sentiasa berfungsi itu. Menyalahkan golongan intelek yang tidak mempercayai keputusan hakim tolol itu sebaliknya akan hanya menyerlahkan kebodohan sendiri.

Protes-protes dari kalangan intelek ini dan masyarakat antarabangsa sebaliknya dibidas oleh kalangan tolol penyokong Madey itu sebagai satu anasir yang cuba mencemarkan kedaulatan negara pula tanpa memberikan suatu hujah yang lebih bernas untuk membenarkan kepercayaan mereka terhadap sandiwara Madey. Itulah sahaja satu-satunya hujah atau alasan untuk mereka mengenepikan pandangan intelek-intelek ini yang menggambarkan bagaimana tololnya otak yang mereka miliki.

Fenomena ini sepatutnya menjadi kerisauan kepada rakyat negara ini yang ingin melihat Malaysia bergerak maju ke hadapan menempuh alaf baru. Kualiti intelektual yang hampir tiada pada barisan pemimpin UMNO dan BN ini yang begitu mudah diperbodohkan oleh sandiwara Madey, tidak akan membawa negara ini ke depan melainkan akan terus tertinggal dan diketawakan dunia.

Sekian, teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!

260800

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter