Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PDRM DAN SALAH LAKU MEREKA

Sdra webmaster,
Seorang rakan lama saya dari BPR telah memberitahu saya bahawa institusi kerajaan yang paling korup ialah POLIS DIRAJA MALAYSIA. Saya langsung tak terkejut apabila mendengar berita ini kerana dari pengamatan secara rawak, memang nyata pun PDRM kita tidak bersih. Umum memang ketahui bahawa jika sesorang pemandu ditahan oleh polis, surat saman tak perlu dikeluarkan dan kes boleh diselesaikan on the spot. Kerapkali secara terang-terang anggota polis memberitahu, 'nak selesai disini atau nak pergi selesai di balai. Kes ni berat. Samannya tak kurang dari RM350!' Bandingkan saman RM350 dengan bayaran RM70 yang masuk kocek anggota polis tersebut!

Kes pemandu-pemandu lori yang membawa batu granit, lagi  teruk. Dahlah salah membawa barang melebehi muatan, tauke awal-awal lagi dah bekalkan pemandu dengan duit kopi jika ada roadblock polis! Bisa di atur pak! Walaupun ditahan polis, apabila disuanya RM, semua beres. Maka bertaburanlah batu-batu di atas jalan raya yang merumitkan pemandu-pemandu lain! Pengguna-pengguna jalan raya kehairanan, macam mana lori-lori yang membawa batu yang ternyata melebehi had muatan ni boleh terlepas dari disaman? Jika cermin kereta kita pecah, bukan kita boleh saman polis kerana tidak menjalankan tugas?

Kalau nak ceritakan hal salah laku atau korupsi PDRM kita ni memang banyak. Berjela jela! Perhatikan berek-berek (kuaters) polis, kita boleh nampak berderet-deret kereta walaupun anggota-anggota polis tersebut prebet atau korporal cabuk. Bandingkan di berek-berek askar. Yang kita nampak hanya motosikal aja! Makan minum pun ditanggung juga! Kalau anggota polis beruniform pergi ke kedai kopi untuk sarapan, besar kemungkinan beliau dapat minum free!

Kalau kita pergi di lorong-lorong  di Chow Kit atau Jln Haji Hussein, besar kemungkinan kita akan terserempak dengan penagih-penagih dadah. Penagih-penagih ni bersepah dan kadangkala, menghisap dadah di depan mata anggota-anggota polis yang kerap membuat rondaan di situ  tapi polis buat tak tahu aja. Ada yang menyatakan polis juga menjadi pembekal fit untuk penagih-penagih ini! Padanlah selama ini, setiap kali kita mendengar tangkapan yang dibuat, hanya pengedar-pengedar nyamuk aja yang ditangkap. Yang jerung terlepas!

Mengikut kawan saya lagi, korupsi di kalangan anggota polis ialah dari atas hingga ke bawah! Lagi besar pangkatnya, lagi besar masuk. Kalau di musim Raya, wah rumah penuh hamper! Maka tak hairanlah, saya difahamkan jika kita ke padang-padang golf, anggotaa-anggota polis yang berpangkat tinggi, biasanya bermain golf dengan dikelilingi oleh tauke-tauke Cina! Padanlah kita tengok sesetengah pegawai-pegawai polis ni memang kaya raya, hidup mewah yang ternyata melebehi gaji mereka!

Kalau nak dikatakan pegawai-pegawai polis ni cerdik-cerdik belaka, tak juga kerana kebanyakkan mereka lulusan ijazah am aja. Dah tak dapat kerja lain, sebagai pilihan terakhir, masuk juga PDRM. Ada pula yang masuk PDRM dengan berbekalkan SPM atau STPM yang tak penuh tapi sebab diberi peluang, setelah bertahun2 lamanya, akhirnya berjaya juga memperolehi diploma atau ijazah undang2!Bukan melalui saluran biasa tapi melalui saluran back door!

Apabila PDRM kita ni ternyata korup maka mudahlah mereka dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk melaksanakan agenda-agenda kotor mereka! Pihak-pihak ini hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan institusi PDRM. Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk menjaga keselamatan kita?

RAKYAT PRIHATIN

Nota webmaster:
Memang benar kata anda. Bagaimana pun tidaklah semua anggota polis sedemikian. Ada yang jujur dan ikhlas bertugas. Ianya merupakan golongan monoriti dalam pasukan PDRM. Ada yang merasa terlanjur menyertai PDRM. Saya juga mempunyai seorang rakan bekas anggota PDRM. Beliau akui apa yang anda katakan mengenai PDRM. Beliau tidak sanggup bersekongkol dengan amalan rasuah dan akhirnya meninggalkan PDRM sebelum sampai waktunya. Nampaknya golongan monoriti dalam PDRM terpaksa memendam rasa. Manakala golongan majoritinya asyik berpoya-poya. Pencabulan paling besar dilakukan oleh anggota PDRM ialah bila mana Ketuanya 'Rahim Anjing Noor' masih bebas dan memeluk kayu hoki kesayangannya meskipun sudah disahkan bersalah ole Suruhanjaya Di Raja dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana membelasah dengan tujuan membunuh DSAI di dalam lokap polis.

Namun biasalah! Undang-undang hanya berpihak di kalangan Mahathir dan kroninya. Maka terselamatlah 'anjing' itu dari cengkaman undang-undang. Dari April bertangguh ke bulan September. Kita nak lihat sejauh manakah Mahathir akan membelasah Rahim Anjing Noor ini bulan depan, apabila beliau akan dihadapkan ke mahkamah untuk proses pengadilan seterusnya. Ingat, bunuh balas bunuh. Jika seseorang berniat membunuh, hukuman yang setimpal dengannya hanya bunuh sahaja. Rakyat dianjurkan berdemo lagi, bagi memastikan Rahim Anjing Noor diadili dengan seadil-adilnya iaitu dijatuhkan hukuman bunuh!!

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter