Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

IKRAR MB SELANGOR

Ketika mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru di hadapan Pemangku Raja Selangor, 24 ogos lalu, Dr. Mohd. Khir Toyo berikrar bahawa beliau dan ahli-ahli exconya kan berkhidmat sebersih-sebersihnya, penuh tekad dan komitmen supaya negeri Selangor akan terus menjadi negeri yang sentiasa dicontohi oleh negeri-negeri lain.

Rumusan:

Dr. Mohd. Khir sedar tugas yang menanti beliau adalah amat mencabar.  Najis-najis yang bertaburan yang ditinggalkan oleh MB-MB sebelumnya yang masih berbau hanyir dan busuk sudah kering dan melekat kuat dalam pentadbiran yang akan diterajui beliau.  Ikrarnya untuk berkhidmat untuk membersihkan najis-najis tersebut sebersih-bersihnya adalah amat kena pada tempatnya. Namun demikian, ini memerlukan semangat yang penuh tekad dan komitmen yang tinggi kerana najis-najis sebelum ini iaitu 10 exco kerajaan negeri yang lalu turut di bawa bersama.  Ini bertepatan dengan apa yang digambarkan oleh akhbar munafik Utusan Meloya bertarikh 20 Ogos 2000 (nota: tanpa sebarang suntingan)

"Apa yang penting, rakyat mahu melihat Dr. Khir yang dianggap sebagai 'kain putih' terus bersih dari unsur-unsur yang boleh menjahanamkannya.  Beliau perlu belajar daripada sejarah Selangor bagaimana tersungkurnya Menteri-menteri Besar yang terdahulu.  Ingatlah kepada tiga 'ta' - harta, takhta dan wanita yang boleh membinasakan.  Pemimpin Melayu sering terpedaya dengan tiga istilah tersebut".

(nota:  Bomohdin meramalkan Dr. Khir akan jatuh dengan satu lagi 'ta' iaitu sengketa)

Di dalam sidang akhbar yang berasingan sekali lagi beliau berikrar bahawa beliau akan menjalankan pentadbiran yang lebih berkonsepkan mesra rakyat selain dari cekap, efektif dan efisien (nota: tanpa memasukkan slogan bersih).  Bagi tujuan tersebut beliau mengarahkan kesemua anggota DUN, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai yang berkaitan mengkhususkan setiap hari Jumaat sebanyak tiga kali dalam sebulan untuk sesi bertemu rakyat.  "Saya sendiri akan membuat lawatan mengejut bagi memastikan ia dijalankan di samping membuka pejabat saya sendiri bagi tujuan tersebut" katanya.  Beliau juga akan berusaha menggerakkan kerajaan negeri berlandaskan prinsip 4E iaitu Pendidikan (Education), Efisien, Efektif dan Elektronik.

Rumusan:

Mesra rakyat (nota: seperti slogan PDrM), cekap, efektif dan efisien merupakan slogan-slogan lama yang sudah basi dan bernanah.  Rakyat sudah 'jelek' melihat slogan-slogan yang nampak indah begini tetapi di sebaliknya terdapat banyak unsur-unsur busuk dan menjijikkan akan terus menjadi amalan buruk pemimpin-pemimpin UMNOmore yang hampir pupus ini.  Namun demikian, syabas diucapkan kepada Dr. Khir kerana tidak berani memasukkan slogan 'bersih' kerana dia sedar bahawa UMNOmore tidak akan boleh dibersihkan dengan apa cara sekalipun hatta dengan satu bahagian air lumpur dan tujuh bahagian air bersih seperti menyamak KhinzIR.  Syabas juga kepada bakal Dato' atau Tan Sri ini kerana tidak mempercayai pegawai-pegawai di bawahnya yang perlu 'dikejutkan' selalu kerana mereka sememangnya tidak boleh dipercayai sampai bila-bila.

SEBAGAI RENUNGAN disertakan bersama ungkapan hikmat dari tiga menteri besar terakhir Selangor yang telah mencorakkan pentadbiran negeri dan menjadi contoh negeri-negeri lain di Malaysia hatta negara-negara lain di seluruh dunia.

YB Tan Sri Dato' Seri Muhammad Muhd Taib

"Bagi saya UMNOmore adalah merupakan jentera yang mencorakkan orang-orang Melayu.  Jika jentera itu tidak berjalan dengan licin, matlamat orang Melayu untuk mengecap kemakmuran dan menguasai sistem sosio-ekonomi (?) dan politik tanahairnya sendiri tidak akan tercapai"

YAB Dato' Seri (Dr.) Abu Hassan Hj Omar

"Bagi kita ahli-ahli UMNOmore, kita perlu bertanya bukan sekadar apa parti dan kerajaan boleh buat untuk kita, tetapi di mana terletaknya peranan kita untuk menyumbangkan kepada proses pembangunan yang akan dimampankan dengan nilai-nilai murni yang akan sentiasa menerima keridhaan Illahi (?) dan nikmat yang berterusan.

YAB Mohd Khir bin Toyo

"Bagi saya, apa yang penting adalah untuk bekerja dengan penuh komited dan bertanggungjawab bagi meneruskan agenda pembangunan negeri Selangor yang sudah dirancang, khusus untuk mencapai wawasan Negeri Maju menjelang 2005.  Saya akan berusaha menyatu-padukan rakyat Selangor (?) serta menggerakkan kepimpinan negeri dan rakyat untuk berusaha gigih dalam semua bidang dan mencapai apa juga perkara yang dihajati seterusnya bersyukur (?) dengan apa yang dilakukan dan dicapai"

Rumusan:

Tidak perlu, kerana anda tahu apa yang bakal saya rumuskan.  

NAJIS TETAP NAJIS WALAUPUN DIREBUS 1000F

LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA BERSIH

BOMOHDIN

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter