Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KETUANAN MELAYU DAN MERITOKRASI

Isu ketuanan Melayu sekarang menjadi topik hangat. Seperti dirancang, Utusan Meloya yang mula mensensasikan isu ini dan kemudian, Pemuda UMNO pula yang sibuk melalak, berdemo tanpa permit dengan mengeluarkan kata-kata yang berbau perkauman di depan satu organisasi masyarakat Cina. Kononnya nak mempertahankan ketuanan Melayu! Pemuda2 UMNO yang berdemo sepatutnya dikenakan akta hasutan tapi seperti yang diduga, PDRM tutup mata sebelah dan buat-buat tak tahu! Nampak sangat badan kepolisian negara kita ni berat sebelah dan hanya  ikut telunjuk pihak-pihak tertentu!

Betul ke UMNO nak mempertahankan ketuanan Melayu atau nak mempertahankan hak kroni-kroni? Kalau nak mempertahankan ketuanan Melayu, mengapa dicantas orang-orang Melayu yang berwibawa dan yang mempunyai kredibiliti? Jangan ingat kita boleh lupa dengan apa yang berlaku di Melaka dulu. Habis syoru professional-professional dan kontraktor-kontraktor Melayu cuba dihalang dan dijahanamkan! Dah dicantas dan dihalang, kontrak-kontrak tersebut diberi pula kepada orang-orang bukan Melayu! Rob from the Malays and give to the nonMalays! Robin Hood Melayu moden! Klinik-klinik kepunyaan doktor-doktor Melayu dihalang dari menerima kontrak dan kontrak-kontrak ini diberi kepada -klinik bukan Melayu!

Banyak insiden Malay cleansing ala ethnic cleansing di Bosnia telah berlaku semenjak gawat politik ini. Yang menjadi mangsa di atas tindak tanduk pemimpin-pemimpin UMNO ialah orang-orang Melayu sendiri dan yang untung ialah orang-orang bukan Melayu!

Inilah masalah kita sekarang. Melayu yang berwibawa, berprinsip, intelligent habis dipinggir atau dicantas. Dipinggir atau dicantas kerana terlalu berprinsip, tidak mahu bersekongkol dengan nahi mungkar atau vokal terhadap segala bentuk kezaliman, penyelewengan dan ketidakadilan.

Yang kaya raya atau yang dinaikkan pangkat ialah Melayu yang kaki ampu, pandai berlakon, kurang bijak, tidak berprinsip dan tidak berwibawa dan tidak punya kredibiliti! Yang kaki betina, kaki joli, kaki karaoke, kaki habis dan selewengkan peruntukkan, perasuah dan yang mempunyai rekod-rekod buruk pun boleh diberi kontrak atau pangkat yang lebih tinggi. Meritokrasi di kalangan orang-orang Melayu sendiri memang tidak wujud, tidak dipraktikkan! Tak guna belajar teruk-teruk dibangku sekolah, di universiti dengan mencapai  kejayaan yang cemerlang kerana ini semua tak akan diambil kira! Tak guna kerja kuat-kuat dan mengkekalkan rekod yang bersih! Yang diambilkira, kena pandai belit, berlakon, mengampu dan membodek! Inilah yang diutamakan sekarang. Sistem pentadbiran kita sedang menuju ke arah kehancuran dengan mempromosikan budaya-budaya asing dan tak senonoh! It will definitely take years to repair the damage! 

Hentikan sebelum ia menjadi barah!

RAKYAT PRIHATIN

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter