BERAPA BANYAK LAGI SANDIWARA CIPTAAN BN?
Sdra webmaster,
Saya tertarik dengan
artikel dari KOLONEL dan MAJOR ATM yang membuat analisis mengenai kemungkinan MAGERAN
diistiharkan. Logiknya memang ada. Seperti yang disebut, tanda-tandanya pun sudah banyak
ada. MAGERAN hanya boleh diistiharkan setelah tercetusnya huru hara dan perbalahan kaum.
Memandangkan keadaan sekarang di mana puak-puak tertentu tidak lagi mendapat sokongan
rakyat walaupun beberapa rancangan2 jahat telah cuba dilakonkan, pada logiknya, untuk
menyelamatkan diri masing masing, pilihan yang paling selamat ialah mengistiharkan
MAGERAN.
Tanda-tanda ke arah ini seperti yang disebut,
memang sudah lama ada. Bezanya, sekarang pihak-pihak ini lagi berani. Lagi menjadi jadi!
Ingat tak insiden-insiden yang tak senonoh yang cuba ditonjolkan oleh pihak-pihak ini
sebelum dan selepas pilihanraya? Sebelum pilihanraya, bermacam macam insiden pelik telah
berlaku dengan dipropaganda secara meluas oleh media massa yang dikuasai oleh pihak-pihak
ini. Insiden di sebuah kampong di Gunung Semanggol, Taiping di mana ayat suci Al Quran
dikoyak rabik dan ditaburkan berhampiran dengan masjid pernah dilaporkan dalam laman
reformasi. Apakah tujuan mereka melakukan perkara terkeji ini kalau bukan untuk
menaikkan kemarahan orang-orang Islam khususnya orang-orang Melayu? Apa yang berlaku
selepas itu? Angin ribut melanda kampong tersebut meranapkan banyak harta termasuk high
tension cable TNB tapi alhamdullillah, masjid berkenaan tidak terusik! Allah swt punya
kuasa!
Kemudian kita dikejutkan pula dengan satu
laporan oleh TV3 yang menunjukkan bendera PAS dipacak di atas perkuburan orang-orang
Cina. Masyaallah! Tak terlintas kita akan berlaku perkara keji macam ini.Sengaja nak
menakutkan pengundi-pengundi Cina! Tapi ia berlaku juga! Bukan rekaan tapi satu angkara
yang pernah berlaku.
Tak habis dengan ini, disensasikan pula isu
berkabung orang-orang Cina di Semeling Kedah. Dua tiga hari kita dihidangkan dengan isu
ini yang ternyata direka dan dicipta oleh pihak-pihak tertentu. Kotor punya kerja. Tak
masuk akal tapi berlaku juga!
Dan, yang terbaru tragedi Sauk dengan dua
nyawa dikorbankan. Tak cukup dengan itu, dicetuskan pula insiden pengeboman sebuah
kilang Calsberg dan letupan di sebuah taman permainan. Media massa seperti Utusanlah
yang melaporkan sebuah kuil Hindi di bom tapi sayang sekali, ini telah dinafikan oleh
Sami kuil tersebut! Satu lagi lakonan gagal!
Walaupun rakyat pada umumnya merasa sangsi dan
curiga dengan insiden-insiden ini yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu, namun
mereka masih berdegil, masih meneruskan kerja-kerja kotor mereka. Mereka masih mencuba,
masih merekacipta insiden-insiden tertentu dengan tujuan untuk menimbulkan huru hara dan
perbalahan agama dan kaum. Mereka masih 'bermaharajakutty' melakukan kerja-kerja kotor
mereka! Kenapa? Kerana sudah tersepit dan terdesak. Lagi terdesak lagi berani
agenda-agenda ciptaan mereka!
Pihak-pihak ini bimbang akan kemungkinan
kehilangan kuasa. Implikasinya terlalu besar. Terbongkarlah pekung dan angkara kotor dan
jahat mereka. Disebabkan ini maka tak hairanlah pihak-pihak ini akan terus merekacipta
rancangan-rancangan jahat dan terkeji. Supaya tidak ketara sangat, diheretnya
jentera-jentera kerajaan dalam agenda kotor mereka itu. Pihak-pihak ini sebenarnya,
berselindung disebalik kuasa kerajaan yang mereka terajui! Jika ini gagal juga
mengembalikan keyakinan rakyat terhadap 'kerajaan' sekarang dan sekiranya pihak-pihak
ini menghadapi jalan buntu, maka pilihan yang ada pada mereka ialah apa lagi kalau bukan
MAGERAN!
Mahukah kita melihat ini berlaku? Sanggupkah
kita melihat puak2 ini terselamat dan terlepas dari mahkamah rakyat? Jangan fikir mereka
boleh ditumbangkan dengan mudah dalam pilihanraya akan datang jika angkara kotor mereka
selama ini masih lagi tidak dapat dibongkar dan didedahkan. Ingat! Pihak-pihak ini
masih mengawal media massa dan institusi-institusi kerajaan khususnya PDRM, SPR dan
badan kehakiman. Selagi badan-badan ini di bawah cengkaman mereka, mereka akan sewenang
wenang mengguna, memutar dan memanipulasikan badan-badan ini supaya memihak kepada
mereka. Mereka akan memutar habis segala maklumat untuk mengaburi pandangan dan
mengsaikokan rakyat! Kita boleh berkata segala apa yang mereka cuba cetus atau tonjolkan
karut belaka yang menghina minda kita tapi pada puak-puak ini, kerana the stakes are
too big, THEY DONT GIVE A DAMN!
Fikirkanlah strategi-strategi yang lebih
berkesan. Sampaikan maklumat-maklumat dari internet atau ceramah-ceramah BA se luas
luasnya. Cetak, salin dan edar!! Reach out, reach out seperti yang disarankan
oleh YB Mahfuz dalam suatu ceramahnya!! Ini memerlukan pengorbanan tenaga dan wang
ringgit kerana kita sedang menghadapi seluruh jentera kerajaan yang telah diliwat dan
disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu! If we have to GO INTERNATIONAL, by all
means, do so! Dengan bertekad 'Kerana MU Mahathir dan para konspirators', we have
no choice but to do these to save our country!
PEMIKIR
Nota webmaster:
Begitulah kalau
manusia sudah terdesak. Ibaratkan orang yang lemas, akan dicapai apa sahaja sebagai
bahan bergantung, hatta kayu reput sekali pun akan dipaut untuk melepaskan diri dari
kelemasan. Namun untuk menerima kenyataan bahawa rakyat sudah 'tidak gemar' cara mereka
mentadbir negara dan cara yang mereka gunakan untuk meneruskan kuasa pula amat
dipertikaikan.
Apa yang termampu kita lakukan
ketika ini bersabar dan meneruskan usaha ke arah memperteguhkan kedudukan dan semampunya
mendapatkan lebih banyak sokongan rakyat. Hanya cara ini sahaja mampu kita bekerja ke
arah kejayaan dan kecemerlangan menurut yang terdaya. Ingat bersabar bukan ertinya
menerima apa sahaja ketetapan mereka. Sebaliknya, bersabar dalam erti kata menyanggah
setiap 'sogokan' mereka termasuk apa sahaja sandiwara yang ingin mereka ketengahkan.
Semalam PM Mahathir nampaknya
marah benar dengan analisis rakyat yang mengatakan kerajaan BN banyak bersandiwara dalam
meraih kembali sokongan rakyat. Kemarahan beliau sehingga dilaporkan sebagai berkata,
'ekonomi runtuh mereka kata sandirwara, pasaran saham jatuh pun mereka katakan
sandiwara. Semuanya konspirasi, semuanya sandiwara!!
Sesungguhnya kenyataan Mahathir
itu melambangkan beliau separoh gila memikirkan akibah sandiwara yang selama ini makin
dipercayai rakyat. Para pelabur di BSKL mungkin selama ini terpukau dengan agenda
ekonomi ciptaan Mahathir, turut menyedari tembelang ekonomi yang dikatakan semakin pulih
sejak dua tahun lalu. Rasionalnya, bilakah ekonomi akan benar-benar pulih, jika segala
input ke arah pemulihan itu lebih berbentuk memulihkan beberapa syarikat yang 'sewaktu'
dengannya?