Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PESAN DS ANWAR!

Pagi tadi, ketika aku sedang bersiap sedia untuk ke pejabat, tiba-tiba telefon berdering.  Anakku berlari mendapatkannya dan memanggilku "Babah, ada orang lelaki nak bercakap dengan babah, katanya penting.  Cepatlah babah" panggil anak sulongku yang telah bersiap untuk ke sekolah.  Aku bergegas ke telefon.  "Assalamualaikum, siapa bercakap ni?" aku membuka kata.  "Sini R****lah Din" sambut suara di sebelah sana.  "R**** mana?" tanyaku lagi.  "Eh..kau tak kenal suara aku, aku R**** Sg. Bulohlah" dia menjawab.  Aku bertanya lagi "Ooo R**** apahal telefon aku pagi-pagi ni?.  "Begini Din, tengahari ni …………………" belum habis dia bercakap, aku terus meletakkan telefon dan mencapai kunci kereta.  Selepas itu aku terus berlari mendapatkan isteriku, lalu kupeluknya erat-erat dan aku berbisik ke telinganya "Iya, hari ini abang ambil 'emergency leave'.  Abang akan ke Sg. Buloh".  "Kenapa bang?" tanya isteriku dengan agak terkejut.  "Iya, abang berpeluang untuk berjumpa dengan ABANG ANWAR IBRAHIM.  Kawan abang si R**** , Ketua Warden Penjara Sg. Buloh baru sahaja telefon, dia kata hari ini adalah hari dan peluang terbaik bagi abang untuk berjumpa dengan ABANG ANWAR".  "Macamana boleh jadi gitu?" tanya isteriku lagi.  "Dahlah, abang tak ada banyak masa lagi untuk menjelaskan perkara ni" jawabku.  "Oklah, saya siapkan budak-budak. Kita pergi bersama ye bang?" sampuk isteriku lagi.  "Tak boleh, tak boleh" dengan cepat aku menjawab.  "Awak tunggu di rumah baik-baik, nanti apa-apahal abang telefon, OK? Jawabku dan terus beredar ke kereta.

Dalam perjalanan, fikiranku melayang mengenangkan detik yang telah lama aku tunggu-tunggukan selama ini.  Detik untuk berjumpa dan bersemuka dengan insan yang benar-benar aku sanjungi.  Tak sangka, seluas-luas bumi ini, di penjara tempatnya aku berpeluang berjumpa dengannya.  Bermimpikah aku ni?  Ku tampar-tampar mukaku.  Sah, aku tidak bermimpi.  Betulke apa yang dikatakan oleh R**** sebentar tadi?  Mungkin dia buat 'joke' kot?  Ah, pedulilah. Yang pastinya, aku mesti sampai di sana sebelum tengahari.  Aku sepatutnya menelefon R**** semula tapi nombor telefonnya aku tak tahu.  Tak pernah teringat nak menyimpan nombor telefonnya.  Eeee..bodoh benar aku ni.

Di sekitar pukul 11.30 pagi aku telah berada di perkarangan penjara Sg. Buloh dan R**** rupanya telah sedia menunggu.  "Assalamualaikum R****" aku memberi salam dan terus menghulur tangan.  "Waalaikum salam" jawabnya.  "Lama benar rasanya kita tak berjumpa, kau apa khabar?" tanyaku sebagai pembuka bicara.  Sebenarnya ketika itu hatiku sudah tidak tahan lagi untuk mendapatkan pengesahan tentang apa yang dikatakan padaku pagi tadi.  Tetapi, perasaan ini masih ku pendam.  "Khabar baik Din.  Eh..Kenapa tangankau sejuk aje?  Kau tak sihatke?".  Aku diam sebentar. "Oklah R****, kau kena cakap betul-betul, jangan main-mainkan aku" kataku agak serius.  "Main-main apa ni" jawabnya.  "Sekarang ni, aku nak kau cakap betul-betul, benar ke aku boleh berjumpa ABANG ANWAR hari ni?  Ini bukan perkara main-main tau R****" .  "Sabar, sabar…."jawab R****.  R**** meneruskan kata-katanya "begini Din, ABANG ANWAR tak berapa sihat.  Dia demam.  Hari ni dia ada 'appointment' dengan doktor di klinik penjara.  Jadi, aku terus teringatkan kau yang terlalu ingin sangat berjumpa dengannya. "Kalau begitu betullah apa yang kau kata pagi tadi?" tanya aku lagi.  "Apa pulak tak betulnya.  Tapi, kau hanya boleh berjumpa dengan ABANG ANWAR dua minit sahaja, tak lebih dari itu. Dia akan berada di klinik tepat pukul 12.00 tengahari. Kau ingat tu?  Harap-harap tiada siapa tahu akan hal ini, kalau tidak mampus aku" kata R**** dengan suara yang agak gementar.  Tak semena-mena, aku terus memeluk R**** dan terus berkata "R**** kaulah sahabat aku dunia akhirat.  Kau tahu R**** inilah saat yang paling bahagia dalam hidup aku semenjak aku dilahirkan.  Aku tak kisah, berapa minit masa yang kau beri, yang pentingnya aku dapat berjumpa dengan ABANG ANWAR.  Tapi sebelum itu, bagi masa yang tinggal 20 minit ini untuk aku fikirkan apa yang patut aku cakapkan pada ABANG ANWAR" kataku lagi.  Aku terus ke satu sudut di pejabat R**** untuk memikirkan 'skrip' yang benar-benar 'concise' agar pertemuan ini betul-betul bermakna untuk aku ceritakan kepada keluarga dan rakan-rakan serta tidak ketinggalan kepada webmaster MR yang semesti terperanjat sotong mendengar cerita aku kelak.  "Din, cepat sikit, masa dah tiba.  Kau kena ikut aku sekarang" R****melambai memanggilku.  Aku semakin berdebar-debar.  Langkah kakiku begitu lemah tak bermaya.  Skrip dalam kepalaku terbang entah ke mana.  Namun kakiku terus melangkah.

"ABANG, ini kawan saya *****DIN.  Dialah yang saya katakan sangat-sangat ingin berjumpa dengan ABANG" R**** memperkenalkan aku dengan ABANG ANWAR.  ABANG ANWAR memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.  Aku tidak menghiraukan salam dan huluran tangannya.  Aku terus memeluk ABANG ANWAR dan berkata "ABANG APA KHABAR?".  Selepas itu, aku tak boleh berkata-kata lagi.  Tanpa ku sedar air mataku mengalir.  Hatiku berbisik, mengapa pejuang bangsaku boleh berada di tempat yang sehina ini. Tiadakah makhluk di dunia ini boleh menyelamatkannya dari belenggu siksa begini, terpisah dari isteri dan anak-anak, makan dan minum yang tidak berjaga dan kesihatannya yang tidak menentu.  Sedangkan si LAKNAT tu masih boleh ketawa berdekah-dekah di luar sana.  Ketika itu, terbayang aku akan wajah si SYAITAN P***M** yang tersenyum puas merayakan kejayaannya memenjarakan ABANG ANWAR   Mereka merasa puas dengan penderitaan orang lain.  Memang kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Bodohnya aku, bagaimana mungkin ada sifat kemanusiaan bagi makhluk berhati binatang seperti itu.

"Din masa dah habis" sayup-sayup kudengar suara R****.  Aku sedar semula dari lamunan, lalu kutatap wajah ABANG ANWAR yang cengkung tetapi tetap berseri dan bersemangat.  Tanpa sepatah kata, ABANG ANWAR menitipkan kepadaku seribu pesanan dan pengertian yang amat mendalam dari cahaya matanya yang begitu yakin untuk terus berjuang.  Aku melangkah pergi bersama keyakinan yang tinggi untuk terus membela nasib tanahairku, bangsaku dan agamaku seperti apa yang dilakukan oleh ABANG ANWAR.  SELAMAT TINGGAL PEJUANGKU, SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.

ALLAHUAKBAR….ALLAHUAKBAR

Azan suboh mengejutkanku dari tidur.

LAWAN TETAP LAWAN

BOMOHDIN  

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter