Idris Jusoh Dicabar Hentikan
Kerja Sia-Sia
BESUT - Seorang
penulis dan wartawan berpengalaman kelahiran Besut mencabar Timbalan Pengerusi
Perhubungan Umno Terengganu, Idris Jusoh, supaya menjawab analisisnya mengenai kejatuhan
Terengganu ke tangan PAS, yang merupakan hasil kesedaran rakyat jelata Terengganu
sendiri, terhadap kezaliman, penyelewengan dan kemungkaran pemimpin-pemimpin Umno.
Penulis tersebut, Mohd Nasir Awang, 35 tahun, membuat cabaran berkenaan sempena
menyambut terbitnya buku karangan beliau yang menganalisa cerita-cerita kesedaran rakyat
Terengganu, hingga mereka sepakat menolak Umno/BN dalam pilihanraya 29 November lalu.
Judul buku tersebut ialah "PAS Mampu Pimpin Malaysia".
"Perubahan
menyeluruh ini adalah hasil kesedaran rakyat sendiri. Mereka sudah mengalami sendiri
pemerintahan Umno/BN, khususnya di bawah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad selama 25 tahun. Ke
mana perginya duit royalti Petronas beratus juta ringgit setiap tahun, sedangkan nasib
rakyat miskin tidak dibela?" kata Mohd Nasir kepada wakil kami di Terengganu.
"Datuk
Idris Jusoh kalau dia baca buku ini dia akan faham mengenai hati budi rakyat Terengganu.
Dan bila dia faham, saya harap dia akan berhenti membuat kerja-kerja menentang Tok Guru
Haji Hadi, yang menyebabkan rakyat semakin marah kepada dia dan Umno," tambahnya.
Mohd
Nasir menyeru Idris dan pimpinan Umno Terengganu supaya berhenti membuat kerja sia-sia
menghasut rakyat membenci PAS. "Rakyat Terengganu telah kenal benar apa dia Umno
dan apa dia PAS. Hanya pemimpin-pemimpin Umno yang tak kenal rakyat sendiri,"
katanya lagi. Buku "PAS Mampu Pimpin Malaysia" juga memaparkan sejarah PAS di
Terengganu; menghuraikan biografi pemimpin-pemimpin PAS yang menjadi Exco Kerajaan
Negeri Terengganu hari ini; dan membincangkan kemampuan PAS untuk memerintah Malaysia.
Mohd
Nasir mencabar Idris Jusoh dan pimpinan Umno/BN Terengganu umumnya, supaya menjawab
tulisan beliau dalam buku ini, bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa rakyat Terengganu
telah membuat kesilapan dalam pilihan raya lalu.
"Umno jangan cuba lari
daripada realiti hari ini dengan mengungkit perkara-perkara lama seperti 'Amanat Haji
Hadi' dan sebagainya. Hadapilah realiti yang ada hari ini," kata Mohd Nasir.
Dapatkan
buku "PAS Mampu Pimpin Malaysia" karya Mohd Nasir Awang terbitan bermutu
PENERBITAN PEMUDA dipasaran .Untuk keterangan lanjut hubungi kami 03-40230175 .Pengedar
Pengedar diperlukan diseluruh Malaysia !.Pastikan anda memiliki buku ini .
"DETIK
SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN MEDIA"