Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Adakah ini bermakna satu pilihanraya kecil akan dijalankan di Teluk Intan?

tat kean

Laporan Bernama

Anggota Parlimen Barisan Nasional bagi Teluk Intan Mah Siew Keong didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh Khamis kerana menghina mahkamah.

IPOH, 24 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi Teluk Intan, Mah Siew Keong dan dua lagi pengarah syarikat didapati bersalah kerana menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah exparte yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, Mac lepas.

Mah yang juga ketua pemuda Gerakan Perak, didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sementara dua orang lagi: sepupunya, Mah Siew Seng yang merupakan responden pertama dalam kes itu didenda RM30,000 atau penjara enam bulan dan ibu Siew Keong, Wong Leng Wah didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan.

Hakim Datuk P. S. Gill membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman bagi Mah Siew Keong dan Mah Siew Seng sementara menunggu rayuan, sementara Wong membayar dendanya.

Bagi Mah Siew Keong, 39, kedudukannya sebagai anggota Parlimen tergugat kerana denda RM10,000 itu.

Di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan mana-mana anggota Parlimen dilucutkan keanggotaanya dalam Dewan jika disabitkan kesalahan di mahkamah persekutuan dan dijatuhkan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.

Kes itu yang difailkan oleh Baiyu Gamitan, sebuah syarikat pemaju hartanah terhadap syarikat Fortuneview yang tiga anggota keluarga Mah itu bertindak sebagai anggota lembaga pengarahnya gagal melaksanakan perintah exparte yang diberikan oleh Mahkamah yang sama pada 15 Mac lepas dalam menandatangani dua "suratikatan penyerahanhak." Prosiding penghinaan itu difailkan oleh Baiyu Gamitan berhubung satu pembangunan projek perumahan di daerah Manjung melalui usahsama dengan Fortuneview yang merupakan pemilik tanah projek itu.

Gill dalam penghakimannya berkata: " Adalah jelas yang tatalaku responden sepanjang prosiding komital menunjukkan mereka tidak mengendahkan mahkamah." 

Beliau berkata jika perintah mahkamah diperkecilkan, maka akan berlaku huru-hara, ia akan menjejaskan dengan teruk proses keadilan. 

"Saya berpendapat sudah tiba masa bagi mahkamah memandang serius perbuatan-perbuatan menghina seperti ini," katanya.

Sementara itu, peguam D.P. Naban yang mewakili Mah Siew Keong dan Wong Leng Wah, seorang suri rumah, dalam merayu berkata anak guamnya meminta maaf kerana mereka hanya bertindak atas nasihat peguam dan tidak bermaksud untuk menghina mahkamah.

Beliau berkata, kedua-dua mereka tidak berniat menghina mahkamah dan sebagai anggota Parlimen kes itu sudahpun menarik perhatian media dan sebarang hukuman akan menjejaskan khidmat beliau kepada orang ramai.

"Mereka dalam apa cara sekalipun tidak mencabar kuasa dan maruah mahkamah," katanya.

Sementara itu, peguam bagi plantif Datuk V.K. Lingam berkata beliau terkejut kerana responden pertama Mah Siew Seng tidak pernah memohon maaf selama ini, dan kini sudah lewat untuk memohon maaf.

Berdasarkan keterangan daripada responden kedua dan ketiga jelas semuanya dilakukan oleh responden pertama, dan beliau merupakan orang utama dalam kes ini.

Bagi lima bulan selepas mahkamah mengeluarkan perintah exparte, tiada langkah diambil oleh responden untuk meminta penjelasan sama ada terdapat perkara yang tidak kena dan tidak menunjukkan rasa kesal, kata beliau lagi.

Sebelum hakim membacakan penghakimannya selepas rehat seketika, David Chai peguam bela bagi Mah Siew Seng berkata, Mah mahu memohon maaf secara peribadi kepada mahkamah.

Gill membenarkannya tetapi mengulas tindakan itu tidak ikhlas kerana penghujahan dan rayuan telah dibuat oleh peguam-peguam mereka dan sudah terlewat.

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter