Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PDRM: DULU, KINI DAN SELAMANYA

DULU,          

PDRM adalah satu institusi yang sungguh dihormati masyarakat, terutamanya di zaman darurat iaitu ketika pakaian seragamnya terbuka aurat dan bertopi jambul bulat. Pengorbanan mereka dalam mengekang gerakan komunis di negara kita adalah suatu yang membanggakan dan sentiasa dikenang dalam catatan sejarah Malaysia moden. Beberapa tragedi hitam angkara komunis meragut nyawa anggota PDRM di seluruh negara terutamanya kawasan yang diwartakan 'hitam'. Antaranya yang masyhur ialah tragedi Bukit Kepong yang sekaligus melonjakkan nama PDRM setanding kisah Leftenan Adnan di Singapura, sehinggakan sutradara veteran Datok Jins Shamsudin memfilemkan kejadian pilu ini untuk tontonan generasi depan. Anggota PDRM di zaman itu seumpama sebahagian dari anggota masyarakat. Tak payah nak dislogan-slogankan. Mereka berkhidmat dan bercampur dengan masyarakat tempatan seumpama tiada jurang yang memisahkan antara keduanya. Mereka menjadi individu penting yang setaraf dengan penghulu dalam lingkungan kawasan khidmat mereka. Di kaca mata masyarakat, nilai sahamnya amat tinggi sehinggakan ada yang menawarkan anak sebagai menantu. Bagi yang telah berumahtangga, seluruh isi keluarga akan dihormati dan jadi sanjungan. Tanpa anugerah Sultan, mereka secara sukarela disegani dan diberi gelaran Datok. Penglibatan dan pendapat mereka akan sentiasa didengari dan diterima pakai oleh penduduk setempat tanpa ragu serta bantahan. Merekalah juga tempat menyelesaikan masalah penduduk tanpa atau dengan kehadiran Penghulu. Alfatihah dan tabik hormat kepada yang telah pergi meninggalkan kita.Terimakasih tak terhingga untuk yang masih hidup kerana jasa anda semua negara aman dan kami mewarisi Pertiwi ini tanpa ancaman komunis yang teruk.

KINI       

Kita telah 43 tahun merdeka dan negara juga telah berkembang dengan pesatnya. Kita berada di era globalisasi dan negara tanpa sempadan. Dalam zaman serba canggih dan moden ini kita masih lagi menggunakan perkhidmatan Institusi Polis (belum masanya guna robocop) untuk menjaga keselamatan rakyat, harta benda dan negara dari sebarang ancaman musuh yang nampak mahupun yang berselindung. Dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi, institusi ini juga sudah jauh berubah jika dibandingkan dengan usianya yang setahun jagung di bawah pengaruh penjajah dahulu. Kita menyaksikan perubahan alat perkakasan, senjata dan uniform yang telah menjadi BIRU GELAP. Unit-unit cabang polis juga berkembang dan fungsinya dipelbagaikan untuk berkhidmat kepada masyarakat seperti jua rakan-rakan terdahulu. Kini balai-balai kecil mula diketuai oleh Inspektor tidak lagi OCS seperti dulu. Ini menambahkan lagi kecekapan perkhidmatan dan dislogankan pula MESRA, CEPAT DAN BETUL. Selain dari perubahan positif dan membina ini, ujud juga perubahan negatif yang berkait dengan falsafah perkhidmatan dan tingkah laku anggota polis sendiri.  

Kita pernah dihidangkan dengan cerita-cerita jenayah anggota polis sendiri. Ada yang ditangkap mencuri, merompak, mengedar dadah hatta membunuh sekalipun seperti kes penyanyi kumpulan Spoon yang menggemparkan negara tempohari. Bukan kita hendak menghentam atau menghina polis tetapi kita merasakan ini isu yang amat penting untuk ditangani segera demi keselamatan masyarakat seperti yang sering mereka laungkan. Persoalannya ialah MENGAPA ia berlaku kepada institusi yang sepatutnya memerangi kejahatan-kejahatan tersebut. Mengikut empunya cerita, kesalahan tingkah laku anggota polis berbeza-beza mengikut pangkat dan tempat ia bertugas.   

Kalau di kampong-kampong dan bandar kecil, cerita rasuah polis sudah jadi macam cerita untuk dendangan tidur anak dek kerana masyhurnya. Hampir semua orang tahu, cuma masing-masing buat tak tahu dek perasaan jengkel dan meluat yang amat sangat. Kadang-kadang tu tak dapat nak dikelaskan sama ada perompak atau polis, nasib baik uniform biru tua menjadi panduan. Berbagai kaedah dan cara mereka gunakan untuk meminta rasuah dari bangsa sendiri. Ada yang melalui sekatan jalan raya, menahan kenderaan sesuka hati sama ada lori, bas, kereta hatta motosikal sekalipun. Kalau perompak hanya mengenakan orang kaya saja, tetapi sang BIRU TUA ini, duit susu anak orang pun disapunya tanpa belas ikhsan. Jadi tercemarnya imej polis disebabkan oleh kerja buruk dan tingkah laku mereka sendiri. Bukan fitnah orang awam atau mana-mana orang perseorangan. Mereka sendiri yang menghina uniform dan pekerjaan mereka. Mereka sanggup ambil duit dari celah jari kaki drebar lori atau pungut syiling yang dilontar orang ke dalam semak. Inilah kebenaran yang tak boleh polis nafikan hatta oleh ketuanya sendiri >>> KPN!!!   

Masyarakat penjudi nombor ekor haram jua tahu bagaimana polis menikam ekor secara percuma mengikut pangkat secara percuma. Apabila kena, mereka boleh mengambil duitnya. Ini semua dengan syarat jangan diganggu kegiatan tak bermaruah itu. Bermaknanya polis subahat judi haram (mana ada judi halal- ini kena tanya si Hanif).   

Begitu jua dalam unit-unit lain umpamanya FRU, SB, bahagian jenayah dan berbagai lagi. Keburukan dan kebobrokan sikap yang ditunjukkan mereka oleh dokumentasi LAUNGAN REFORMASI DAN LEDAKAN REFORMASI cukup memilukan sekali. Kita juga pernah dengar bagaimana pegawai tinggi menghadapi tuduhan rasuah dan jenayah. Biasanya golongan berpangkat akan menggunakan kaedah yang lebih canggih dan terkini dalam menjalankan kegiatan bermoral rendah ini. Kata orang 'peruntukan' masuk terus ke akaun!!!! Pengalaman Orang Kena Tahan (OKT) juga boleh menjelaskan perilaku dan kelakuan keji anggota polis yang umpama PAGAR MAKAN PADI ini. Kekejian tanpa batas atas nama tugas yang sering dilaungkan ini jugalah yang menelurkan kejadian MATA HITAM mantan TPM selepas penangkapan ala gestaponya. Kita lihat bagaimana KPN berjiwa binatang itu menyebabkan kecederaan fatal, tetapi masih mahu menyembunyi malah berbohong di dada akhbar menafikan khabar angin DSAI dicederakan. Kita juga lihat KECEKAPAN polis menyiasat kes itu mencari orang yang mencederakan DSAI, akhirnya kita diberitahu badan penyiasat tak dapat mencari pesalahnya. Tidakkah keji dan kotor jabatan ini apabila tak dapat mencari orang yang bertanggungjawab sedangkan dalam lokap hanya ada 3-4 orang (termasuk DSAI), bukan 400 orang. Jadi kalau untuk mantan TPM, dilayan sedemikian rupa ,apa pula jaminan untuk rakyat marhaen. Cerita-cerita dalam lokap oleh OKT amatlah meyakinkan kita betapa sesuatu mesti ditangani dengan segera bukan dengan menambah slogan saja (Dollah sila ambil perhatian).   

Zaman dulu yang menggunakan pendekatan BUDI BICARA telah beransur-ansur (evolusi cara polis) berubah kepada MONEYBICARA. Pendekatan yang terkemudian ini akan akhirnya menimbulkan masalah dan bebanan kepada masyarakat. Maka secara spontan rakyat rata-rata memandang serong terhadap anggota polis apatah lagi jika ada kalangan mereka yang hidup bermewah melebihi kemampuan berdasarkan kepada gaji bulanan.   

Dalam lingkungan masyarakat mereka juga sudah jadi umpama kasta Brahma di kalangan penganut Hindu. Mereka seolah-olah bimbang jika bergaul terlalu rapat akan menyusahkan mereka menjalankan  'tugas-tugas' tak rasmi yang memerlukan sikap control macho yang semacam. Berperawakan sombong yang disokong sepasang kaca mata hitam yang menyembunyikan sebahagian rupa adalah pemandangan biasa anggota polis. Ketika itu jiran sebelah pun dah tak kenal lagi, pakai panggil...ooi...ooi saja. Dalam latihan di Pulapol mereka ini diajar dengan ilmu keyakinan diri untuk berhadapan masyarakat yang rata-ratanya tahap pelajarannya yang lebih tinggi. Ini untuk memudahkan mereka bertugas. Aleh-aleh mereka jadi seperti merak buih, sombong dan kerek semacam pula. Kadang-kadang tu rasa geli hati tetapi most of the time rasa nak muntah. Sudah hilang rasa hormat dan sopan mereka kepada khalayak yang membiayai mereka melalui cukai pendapatan. Mungkinkah duit haram oleh RASUAH DAN JUDI yang menyebabkan institusi ini menjadi hodoh dan kotor sebegini. Dalam pada itu kita tabik hormat pada golongan sedikit yang menjiwai dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, balasan baik Allah lebih kekal dan mutlak untuk anda. Untuk yang terus bergelumang dengan kejahatan, bawa-bawa berfikirlah.....   

Penulis terkenang ada satu rencana Jepun yang menceritakan manusia dan pekerjaan yang pernah disiarkan oleh media TV satu masa dahulu. Pendekatan yang ditunjukkan amatlah mempesonakan. Bagaimana ditunjukkan anggota polis yang menjaga sesuatu sektor itu mengenali hampir kesemua anggota masyarakat. mereka sentiasa bergaul dan berhubung tanpa ada sekatan. Sebarang kejadian jenayah akan cepat ditangani dan kerjasama masyarakat pun mudah diperolehi. Begitu juga dengan unit trafik, tak adalah macam negara kita yang terhendap-hendap di tepi jalan untuk mencari salah kenderaan. Pendekata yang baik ialah pencegahan yang berterusan. Rancangan itu menunjukkan bagaimana trafik menahan kenderaan untuk dinasihati, saya ulangi >> DINASIHATI, bukannya untuk disaman yang masyhur seperti negara kita (pelik yang baik macam ni tak nak tiru tetapi bab harga tiket tinggi tiru pula.) Bidang kuasa polis bukan untuk mencari sumber DANA kepada kerajaan. Tugas besar adalah memastikan keselamatan dan keadilan terjamin. Pendekatan yang lembut dan berhemah adalah lebih berkesan dan yang lebih penting, jangan macam industri biri-biri- jangan pilih bulu.

DAN SELAMANYA,

Sikap dan persepsi rakyat terhadap polis tak akan berubah. Pihak polis pula jangan berbangga dengan fobia masyarakat terhadap mereka. Sudah lumrah alam sesuatu yang keji akan dihina dan serong dipandang masyarakat. Mahu tak mahu perubahan kurikulum dan rombakan sistem mesti dilakukan bermula di tempat yang bergelar PULAPOL. Secara amnya ia  tak ada beza dengan pusat latihan jururawat, guru, teknologi makmal dan institut kesihatan. Hanya satu tujuan untuk melahirkan kakitangan yang boleh berkhidmat dengan cemerlang kepada anggota masyarakat pembayar cukai. Segala Top Rank yang kotor lagi mengotorkan hendaklah dilucutkan jawatan dan dihantar ke kuliah agama oleh tokoh-tokoh Ulama berwibawa dan bukan macam Ulama Su' Hamid Othman, Zainal Abidin dan kawan-kawan mereka. Yang utama dan terutama hendaklah Ketua itu orang yang boleh menjadi ikutan, kita tak mahu orang seperti Hanif Omar, Rahim Noor dan Norian Mai. Ini semua adalah badut dan balaci kerajaan semata. Mereka tak bebas dan non partisan. Merekalah contoh terburuk dalam perkhidmatan polis. Kerja yang patut buat tak dijalankan, yang remeh pula dikokokkan , maka jadilah seperti pepatah......BERKOKOK BERDEGAR-DEGAR EKOR TERPALIT NAJIS.....

Dr Nologareng

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter