JANGAN SEBAR URL LAMAN YANG SELEWENGKAN ISLAM
Pandangan Ustaz Ali Muda kepada email seorang netters
Assalamualaikum...
Saya sudah lama
menyedari laman-laman seumpama itu, dan begitu juga beberapa ustaz yang lain saya rasa.
Inilah
dia borderless world order, alam cyber menjadikan dunia ini ibarat sebuah
kampung. Missionary Kristian tidak perlu datang menziarahi rumah kita untuk menyaampaikan
mesej mereka, cukup dengan teknologi IT. Itu hak mereka yang tidak boleh kita halang
(spt. kata Dr. Yusuf al-Qaradawi).
Cuma kita umat Islam yang sedar mesti merebut
peluang yang terbuka luas ini untuk menyebarkan dakwah Islam semaksimum mungkin. Betapa
penting para ilmuan Islam hari (pendakwah) menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa
asing (at least English), di samping kepetahan dalam bahasa ibunda, untuk menyampaikan
Islam kepada bangsa yang tidak gunakan our mother-tounge language. Amat perlu
kita sampaikan mesej Islam dalam Bahasa Inggeris seperti dlm laman Malaysiakini
umpamanya. Suasana hari ini menampakkan bangsa selain Melayu tidak berminat untuk
memahami Islam jika mediumnya Bahasa Melayu. Laman-laman dakwah Islam yang wujud pun
kebanyakan dalam Bahasa Arab seperti laman alsunnah, islamonline, qaradawi.net dll
selain laman-laman dalam Bahasa Melayu yang mana visitornya hanyalah locally
atau Malay-speakers who living abroad.
Bagi diri saya, saya sedang upgrading
my ability in English in other to be suffient in preaching towards Islam. What is the
advantage of knowing the beautifulness of Islam, if we can not tell the others what is a
beautiful teaching in Islam and how it`s being beautiful.
Itu saja cara kita
boleh fight laman-laman seperti yang saudara sebutkan itu, kita tak boleh halang
kerja mereka sebab memang mereka hidup untuk itu. Kita kena perkuatkan kedudukan dan
kemampuan kita.
Cuma satu perkara yang saya nak ingatkan, bila kita bertemu dengan
laman-laman yang mengelirukan, tak perlu dan jangan sekali-kali kita sebarkan mesej kepada
kawan-kawan supaya mereka tidak lawati laman itu (dengan disebutkan alamat laman yang
kita temui itu). Itu kerja bodoh seperti yang pernah berlaku sebelum ini, buat apa kita
sebar atau forwardkan mesej seperti itu, sedangkan dalam masa yang sama makin ramai
netter mengetahui alamat nya lalu cuba nak mengetahui apa kandungannya. Mungkin juga orang
yang pertama yang sebarkan mesej sebegitu ialah seorang missionary. Jadi jangan
sebarkan URL itu, setakat ini saya rasa visitornya sikit saja.
Teruskan dakwah
ini, semoga Allah memberkati.
Wassalam,
alimuda