Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Hakim pun tak percaya Hakim

Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Harun Hashim di Majalah Time, Ogos 21, tahun 2000, di muka surat 60, column 3, bertajuk `Rough Justice’  menyatakan betapa hairannya dengan keputusan Arrifin Joker yang membuat keputusan untuk memanggil DSAI membuat pembelaan. Padanya, kes tu sepatutnya dah lama dibuang. Maksudnya, kes itu sepatutnya dibuang ditahap pendakwaan sebab tiada kes untuk dijawab oleh tertuduh.  Kalau peluru tak boleh sampai, apa gunanya mengelak.

Sebenarnya memang kes ni patut lama dibuang. Malahan lebih tepat dari apa yang dikatakan oleh Professor Tan Sri, bahawa kes ini tak sepatut pun dibicarakan kerana Mahkamah Sivil tiada bidang kuasa dalam kes dimana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa. Ini jelas diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 121A.  Ini sebenarnya kedudukannya, tapi Ketua Hakim Negara buat tak tahu – dah kena blackmail. Tak payahlah saya ulaskan tentang kekalutan dalam kes DSAI – satu dunia pun dah tahu. Malahan Dr. Shaikh Taha Jabir Al-Alwani pun berpendapat bahawa Arrifin Joker merupakan 2 jenis hakim di antara 3 jenis yang masuk neraka. Rasanya dia nak enjoy sepuas-puasnya dulu sebelum mati kot. Ialah kalau taubat bermakna masuk penjara dulu – mana sanggup. Mahu tak mahu, Ketua Hakim Negara, sila ambil perhatian.

Berbalik kepada Tan Sri Harun Hashim ni, yang menjadi Professor dan Pensyarah di UIA (pernah seketika jadi Dekan kulliyah Undang-undang), betulke dia nilah yang mengharamkan UMNO lama hanya kerana beberapa cawangan tidak didaftar? Betulke keputusan itu? Maaf saya kurang arif dalam hal ini, baik fakta mahupun undang-undang pertubuhan.

Sekian, wasalam.

Jinbravo

Nota webmaster:
Harap mendapat komen netters yang tahu. MT amacam?

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter