Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ANGKARA TERLALU BANYAK BERSANDIWARA

Sdra webmaster,
Bagaimana agaknya gawat politik yang kita alami sekarang akan berakhir? Sudah puas dan jijik kita saksikan adegan demi adegan yang cuba ditonjolkan oleh pihak2 tertentu khususnya pihak2 yang ternyata sudah tersepit. Amat jelas sekali, kesemua adegan adegan ini memang dirancang oleh puak2 tersepit ini dengan tujuan2 tertentu. Niat mereka bukan baik tapi jahat. Samaada nak menakut nakutkan rakyat jelata atau kaum2 tertentu atau nak mencetuskan perbalahan di antara kaum!

Isu Sauk, isu amanat Hj Hadi, isu hak istimewa orang2 Melayu dan banyak lagi episod yang pelik2 belaka tiba2 sama ada dibangkitkan atau direkacipta oleh puak2 ini. Yang peliknya, adegan2 ini dihidangkan secara meluas oleh media2 cetak dan elektronik yang dimonopoli dan dikuasai oleh puak2 ini juga. Se mata mata bertujuan supaya rakyat percaya dengan segala apa yang cuba mereka hidangkan. Supaya rakyat merasa resah dan gelabah. Untuk menimbulkan perasaan takut dan curiga mencurigai diantara kaum.

Tapi apabila  semua ini gagal meyakin atau menakutkan rakyat sebaliknya rakyat makin jijik dan mengalih sokongan kepada pihak pembangkang, seterusnya apa yang mungkin berlaku?? Logically, what will happen?
Pada lazimnya, when the stakes are so high and these group of people are so bloody desperate and when all attempts have failed to convince the rakyat and failure to woo support from the rakyat, to save their skins, we can expect the worse to happen! Sudah pasti!

Puak2 ini akan mencetuskan huru hara. Bom sana, bom sini, bergaduh sana bergaduh sini, masjid, kuil, gereja dibakar, rumah2 kedai dibakar....nyawa pun akan terkorban. Satu lagi operasi lalang akan dilakukan. Tangkapan secara besar besaran khususnya pemimpin2 pembangkang yang lantang bersuara dan mungkin juga, segelintir pemimpin2 parti komponen BN (untuk menunjukkan penangkapan ini tidak berat sebelah!) Akhirnya, MAGERAN  akan diistiharkan!! Maka selamatlah puak2 ini!

Tanda2 sudah ada bahawa kemungkinan besar ini akan berlaku. Tunggu masa aja! Tunggu sesuatu isu menjadi terlalu panas! Awas! Cegah sebelum ia berlaku kerana ini ialah salah satu rancangan jahat puak2 ini untuk menyelamatkan diri masing masing! Pekung2 mereka terlalu banyak dan jika mereka hilang kuasa, mereka bimbang habis pekung2 ini akan dibongkarkan. The stakes are just too big!! Prepare the minds of the rakyat akan kemungkinan ini! Events over the past 2 years have proven that these desperados are capable of doing anything!! Awas!

MAJOR ATM

Nota webmaster:
Inilah angkaranya apabila kita suka hidup dalam kepura-puraan. Berlagak alim, tapi sebenarnya penyamun. Berlagak pandai tetapi sebenarnya 'bodoh sombong'. Sekali apabila orang lain tahu keperibadian anda sebegini, hatta anda berkata benar sekalipun mereka tidak akan percaya lagi.. Inilah lumrah kehidupan.

Pada hemat saya sebagai manusia kita terlalu taat kepada prinsip ini. Tambahan dalam masyarakat Melayu 'prejudis' yang amat tinggi dan diikuti rasa cuak yang menebal. Apabila didapati seseorang itu menipu, namanya turut akan diubah menjadi 'Mat Bom' (bermaksud kuat membohong orang). Inilah bahana mencanang ke seluruh dunia memaksa orang lain percaya apa yang ingin anda tonjolkan.

Justeru itu kesempatan ini perlu kita ambil sebagai pejuang reformasi yang cintakan negaranya. Kesempatan ini diibaratkan sebagai 'bola tanggung' kepada parti lawan dan para pejuang dan 'smashlah' sebaik-baiknya untuk melahirkan kesempatan ke arah kemenangan.


 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter