ISU 3 ABDUL
Assalamualaikum
Saya adalah ahli PAS kawasan Limbongan Kelantan,
tetapi sedang berkhidmat di Sabah..... Masalah saya ialah, baru-baru ini kita dengan isu
3 Abdul berlaku di negeri kesayangan saya, kalau boleh saya mengharapkan tuan dapat
jelaskan sejelas-jelasnya, kerana saya sangat menghormati dan menyayangi kepimpinan Tok
guru, kerana saya pernah menjadi muridnya (ketika beliau belum menjadi MB) dan
sekali-sekala saya pulang ke kampung, saya merasa betapa senang dan harmoninya negeri
saya bagaikan berada di bawah bayangan barakat dan keredhaan Allah SWT.
Keadaan ini perlu dikekalkan dan saya sentiasa
berdoa dan optimis mengharapkan Kelantan akan sentiasa berada dalam pemerintahan ulamak,
ini amat berbeza dengan pemerintahan zaman BN dahulu, lebih banyak maksiat dari
maaruf.
Saya telah lama berada di negeri Sabah dan
beberapa negeri lain, dan kalau nak dibandingkan situasi negeri Kelantan dengan negeri
yang saya pernah tinggal,....jauh bezanya dan saya dapati banyak keistimewaan berada di
negeri bawah lindungan Kaabah itu.
Saya mengharapkan agar isu-isu seperti ini
hendaklah dibendung sebelum ianya terus dan semakin membahayakan kepimpinan yang
bertakwa.
Sekian,
Bob, Sabah.
Nota webmaster:
Sebagai
menghormati keputusan Tuan Guru Nik Abdu Aziz untuk tidak memperbesarkan isu ini, maka
kita tidak akan mempercbincangkan isu ini sekarang. Bagaimana pun saya mengucapkan
tahniah kepada anda kerana sudah menyertai harakah yang berjuang untuk menegakkan
keadilan dan menghapuskan kezaliman. Semoga komitmen anda berpanjangan sehingga
menjadikannya satu ibadat dan satu jihad!!