Saya ingin mengulas keresahan penulis bertajuk “Kemana menghilangnya
Mahasiswa”. Pada saya jawapannya senang walaupun saya akui bahawa Akta
Universiti dan Kolej juga berperanan dalam hal ini.
Saya berpegang kepada pendapat saya bahawa kedudukan begini terjadi tidak lain
dan tidak bukan kerana sikap mak bapa juga yang mementingkan dulu anaknya. Maka
akan dikatakan pada anak mahasiswanya supaya belajar dulu dan politik kemudian.
Kalau mahasiswa lain nak buat dan masuk penjara, atau lokap, atau digantung atau
dipecat biarkan mereka. Berkutnya, mahasiswa yang lain pun berkata, kalau aku
saja yang kena - buat apa. Akhirnya, semua bersikap begitu dan menikus. Beberapa
kerat dari mereka yang memimpin itu saja dikenakan tindakan – pada saya
telah dianiayai oleh rakan mahasiswanya.
Ingat, bahawa kekuatan terletak kepada permuafakatan, berdiri bersama dan
menanggung risiko bersama. Mahasiswa (kecuali yang berumahtangga) tak sepatutnya
merasa gerun sebab mereka masih di bawah tanggungan mak dan bapa mereka. Pun
begitu, mak dan bapa, seharusnya menggalakkan anak mahasiswanya bergiat
bersama-sama mahasiswa lain membetulkan kerajaan bersebabkan mereka merupakan
tunggak negara – berpelajaranlah. Kalau tak mereka menjadi nadi, siapa
lagi. Rakyat rata-rata sebenarnya menunggu mereka memulakan bantahan
sekuat-kuatnya terhadap kerajaan yang mungkar sekarang ini. Tapi itulah seperti
yang saya katakan, kalau tak bersama-sama dan berramai-ramai, takkan berhasil.
Mahafiraun boleh membendung dan menahan beberapa kerat pemimpin. Tetapi kalau
beribu-ribu mahasiswa yang membuat demo – mahafiraun mengalah juga
akhirnya. Nak tahan kesemuanya mana mungkin, dan juga tak tahan kesemuanyapun
mana mungkin – mana nak letak mukanya. Dan juga kalau tahan ramai-ramai,
siap nak belajar diuniversiti. Kerajaan pun tidak akan ada justifikasi
mengghistiharkan darurat semata-mata kerana mahasiswa berdemo.
Disinlah terletak kekuatan mahasiswa seandainya mereka bersatu.dan membantah
kemungkaran kerajaan. Bermakna juga, mak-bapa perlu menerima pengorbanan bahawa
diantara mereka yang `terkorban’ perbuatan jahat mahafiraun kemungkinan
anak mereka. Yang sedihnya ialah kalau satu atau dua saja yang kena dan lainnya
lari lintang pukang - ini pada saya penganiayaan. Mahasiswa perlu bersikap teguh
dan faham risikonya bersama-sama, lebih-lebih lagi mak bapa. Persatuan mak-bapa
bagaimana?
Sekian untuk renungan
Jinbravo