KEMANA MENGHILANGNYA MAHASISWA?
Sdra webmaster,
Mana pergi pelajar pelajar
kita? Mana pergi KUASA MAHASISWA? Kalau di negara negara lain, mahasiswalah menjadi
pemangkin kepada sesuatu perubahan. Kalau di negara negara lain, mahasiswalah yang
bersuara lantang menentang segala salahlaku kerajaan. Kalau di negara negara lain,
mahasiswalah yang menjadi pembela kepada kezaliman dan ketidakadilan. Kalau di negara
negara lain, mahasiswalah yang bersuara lantang sebagai pembela golongan golongan yang
daif, miskin dan tertindas.
Bukan sahaja di negara negara maju tapi di
negara negara membangun, mahasiswa2 jelas menunjukkan KUASA MAHASISWA mereka untuk
membawa perubahan. Di Indonesia, Thailand atau pun Korea, mahasiswa lantang bersuara,
lantang menegur kerajaan. Pantang kerajaan melakukan kesalahan sudah pasti mahasiswa2
akan bersuara dan menentang. Berdemo tak henti henti mendesak kerajaan.
Sayang sekali, di Malaysia, entah apa
sebabnya, mahasiswa kita lembik dan tak bermaya. Langsung tak ada suara dari mahasiswa2
kita walaupun beberapa kezaliman dan ketidakadilan telah berlaku di depan mata!
Mahasiswa2 kita seperti disuntik dengan sindrom bisu dan kelu! Sindrom takut dan dayus
tidak seperti mahasiswa2 di negeri Korea, Thailand, Jepun atau Indonesia!
Inikah golongan yang bakal mewarisi kepimpinan
negara kita yang tak berani bersuara. Tak berani menegur? Inikah gerangan bakal pemimpin
yang akan menerajui kepimpinan negara yang tidak tahu membezakan yang benar dan mungkar?
Sedarkah mereka bahawa segala apa yang berlaku sekarang mempunyai kesan yang buruk di
zaman mereka kelak? Sedarkah mereka bahawa mereka akan mewarisi satu sistem yang sudah
rosak se rosak rosaknya? Bolehkah mahasiswa2 kita menerima bulat2 budaya2 songsang yang
cuba dilakonkan oleh pemimpin2 sekarang? Budaya2 fitnah memfitnah, ugut menggugut,
kronisme, mengampu, membodek, melindungi perasuah2 dan penzina2? Fikirkanlah untuk
masa depan anda!
BAPA MAHASISWA
Nota webmaster:
Kita tunggu
komen mahasiswa sendiri