Sayap pemuda sesuatu parti politik biasanya adalah
tenaga pendesak dalam melakukan 'check and balance'
bagi mengawasi dan menentu arah tuju perjuangan
induknya. Ini adalah prinsip penting kerana merekalah
akhirnya yang akan menyambung wadah perjuangan Parti
yang amat mereka sayangi.
Ada ketikanya mereka akan dipandang seolah-olah
kerajaan kecil dalam parti, kerana suara dan pendapat
mereka yang bernas dan terkehadapan akan diambil kira oleh induknya. Setiap parti yang kuat mesti mempunyai
sayap pemuda yang berani dan berilmu kerana
pertarungan memperjuangkan dasar demi kepentingan ahli
adalah penting.
Keberkesanan dan kebisaan sayap pemuda akan berubah
dengan berubahnya ketua ataupun dasar perjuangan parti
itu sendiri. Begitulah lumrahnya peraturan alam
>>>SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH. Walaupun
begitu, sekiranya parti ingin terus kukuh dan menjadi
tumpuan ahli maka teras dan dasar perjuangan tidak
boleh jauh lari ,malah mesti dipertahan dan
diperkukuhkan lagi. Dasar dan teras ini bukan sekadar
untuk didendang dan dilagukan saja apabila keadaan
memerlukan malah mesti DILAKUKAN untuk dilihat sebagai
bukti.
Parti Ameno sepatutnya berteraskan MELAYU DAN ISLAM.
Makanya, inilah dia lingkungan gelanggang yang patut
sayap PEMUDA silat-tarikan.
Sayap Pemuda Ameno telah bertukar tangan beberapa
kali dan setiap kali itu juga rentak tarinya berubah.
Ada kalanya ia menonjol dan ada kalanya ia bagaikan
melukut di tepi gantang, hanya untuk mencukupkan
syarat perlembagaan parti saja layaknya. Kewujudan
Pemuda yang lemah boleh merugikan parti dan
pendokongnya dalam memperjuangkan sesuatu isu.
Parti Ameno, teras BN yang telah hilang undi Melayu
sebanyak 64%, kini Pemudanya diketuai (secara 'tidak
jantan' kerana tiada pertandingan) oleh anak lelaki
Tun Hussein Onn yang satu masa dulu pernah ditekan
oleh Sang Adijagat yang mempresidenkan parti tersebut.
Status pemberian percuma jawatan oleh sang ketua dan
tugas perwakilan yang hanya mengesahkan jawatan itu
akhirnya menyebabkan Pemuda menjadi lemah dan tumpul.
Tambahan lagi juak-juak Presiden dan wak dogolnya
berkeliaran dalam gerakan Pemuda.
Hishamudin ialah satu nama yang agak tenggelam dan
tidak mempunyai kekuatan sendiri selain menumpang
kuasa nama ayah dan nendanya. Dalam kekalutan politik
negara, kita tidak nampak apa jasa dan hasil tanganmya
yang boleh dibanggai. Dia hanya bersuara dan bertindak
selepas mendapat lampu hijau dari pihak atasan. Yang
kerapnya lagi, dia lebih tertonjol dalam bidang mengulang suara atau pun menyahut kokokan sang Presiden
tua itu. Ini menyebabkan ia dipandang lemah jika
dibandingkan dengan ketua pemuda PAS, DAP mahupun dari
parti komponen BN.
Kita masih tidak melupai akan cabaran YB Mahfuz yang tidak tersambut oleh si Hisham ini satu masa
dahulu. Bertentang mata untuk berdebat di depan
mahasiswa UM dan UKM pun beliau takut. Bagaimana nak
diharap untuk membawa dan membahas usul serta isu di
dewan Parlimen. Ini ialah pemimpin yang mengetuai
sayap kanan parti!!!! Bukannya ketua unit pengakap
dan St. John. Ketidakhadirannya itu memberikan laba
yang besar kepada PAS yang terus meraih sokongan
golongan pemuda, kerana rakyat nampak siapa yang boleh
memimpin dan siapa yang layaknya dipimpin saja.
Seterusnya imej pemuda dicalar teruk oleh kehadiran
Zein Isma dengan hujah lucu dan lawaknya. Dia
terbawa-bawa dengan budaya pemuda Ameno yang lemah di
depan mahasiswa/i dan terus menjadi bahan ketawa saja.
Hujah dan pandangan dangkal yang tak berpijak di bumi
nyata ini menyebabkan rakyat yang cerdik getik dan
majal dipimpin oleh pemimpin yang lemah akal, lembab dan tak sensitif ini.
Selain dari mengurus masalah ahli sukan aktiviti
seronok remaja, kita tak nampak sesuatu yang boleh
dibanggakan prestasinya si Hishamuddin selaku Ketua
Pemuda. Kelihatannya ia tokoh lembut
dan kurang berwibawa memberi komen.
Tiba-tiba Hisham muncul di khalayak wartawan
selepas penghukuman ke atas DSAI menjadi isu
antarabangsa. Maka Hisham pun berdegar-degarlah
mengeluarkan kenyataan dan pandangan sempitnya
membelasah Madelline Albright (MA).Hisham menuduh MA
mencampuri urusan dalaman Malaysia serta kedaulatan
undang-undang negara. Dah tu, diajaknya pula rakyat
bangun menentang dan mengecam AM, US dan negara-negara
luar yang menegur kepincangan mahkamah negara. Nak
dikecam bagaimana kalau isu berbangkit sudah terang
dan jelas. Ini bukan soal maruah Malaysia tetapi
Mahathirlah yang dikecam. Yang dikecam juga adalah
mahkamah yang memang hina kerana angkara Mahathir dan
hakim jongos belaannya.
Pemuda Ameno sepatutnya menjuarai isu-isu lain yang
lebih penting untuk masyarakat Melayu dan Islam. Dulu
semasa wabak kuku dan mulut lembu/kerbau, tak
kedengaran langsung pemuda membela nasib petani, begitu juga apabila harga getah jatuh menjunam. Kini ada
sekelompok orang Melayu yang tertipu skim cepat kaya
Platinum Line Send. Berhad (PLSB) nun di utara
Semenanjung, pun pemuda tidur lagi. Apa nak jadi
dengan Pemuda Ameno. Mereka tak kreatif dan rajin
mencari isu untuk diketengah dan diselesaikan. Pun
begitu, yang lawaknya mereka mendakwa sebagai pembela
kepada orang Melayu.
Mengapa 3 isu di atas patut kita renungi? Kerana
ketiga-tiga isu ini boleh membuktikan bahawa Ameno
bukanlah pembela dan pejuang untuk orang Melayu. Wabak JE yang melanda negara tempohari mengejutkan rakyat
akan bahaya dan banyaknya bilangan babi yang diternak
di Negeri Sembilan.(bilangannya melebihi jumlah
penduduk). Lihatlah bagaimana MCA ke depan dan membantu
kaumnya dengan ganti rugi dan pertolongan lain. Apa
yang Ameno buat bila orang Melayu ditimpa bencana
penyakit lembu dan kerbau. Habuk pun tarak untuk
rakyat miskin terbabit. Isu penyelewengan pendeposit
Cina yang timbul di tahun 80an (KOJADI, KOSAS), sekali
lagi MCA menanganinya dan menyelesaikannya dengan
jayanya. Sepatutnya Pemuda Ameno boleh bangun dan
menjadi pembela untuk orang Melayu yang tertipu.
Bukannya menjadi garang tak bertempat seperti dalam
kes DSAI. Biarlah Mahathir merasai sendiri kesusahan
yang dia sendiri buat demi memuaskan nafsunya yang tua
itu.
Pemuda Ameno sekali lagi menjatuhkan maruah mereka
dengan lakonan demonstrasi halal yang dikawal selia oleh siput babi dan belatuk merah yang amat dibenci
rakyat marhaen. Dikatakan mereka menjerit-jerit dan
bersepanduk pula mengecam rakan seBN Tionghua berkenaan isu HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU. Dikatakan
juga sampai tahap menggoyang pagar premis berkenaan. Bagi kita ianya amatlah keras dan boleh
mencetus kekacauan. Itulah bukti betapa sialnya Polis (sb, gd, fru hatta ketua mereka). Perhimpunan yang oleh
mencetus pergaduhan kaum boleh dibiarkan begitu tanpa
disembur dengan water cannon dan dibelasah dengan rotan
panjang. Begitulah nasib rakyat sebenarnya. Yang
untung ialah Amenoputra bukan Bumiputra.
Pemuda Ameno cuba berlakon menunjukkan mereka
pembela orang Melayu dan memarahi rakan setia BN hanya
untuk meraih penyokongnya yang dah menjauhkan diri.
Dengan kehadiran yang sebanyak itu, sepatutnya mereka
mendapat mesej jelas bahawa orang Melayu sudah berubah
dan tak tertipu lagi dengan helah dan mehnah Ameno.
Lebih baik tumpukan pada isu-isu biasiswa, pendidikan
percuma, kesihatan percuma dan seterusnya yang boleh
menaikkan mertabat dan ekonomi orang Melayu.
Apa nak ditakutkan isu itu kerana ianya adalah
dilindungi perlembagaan negara dan semua kaum lain
menghormatinya sebagai sebahagian kontrak sosial yang
merangkumi' Jus soli' yang sepatutnya diperkuatkan
lagi oleh Ameno dan PAS. Ameno terutama sekali
Mahathir tak payah berlakon lagi kerana kami tahu onar
kamu yang mahu menghapuskan peruntukan tersebut dalam
perlembagaan.
Pemuda sepatutnya menjadi pengawas dan polis dalam
Ameno untuk membetul dan menegur pemimpin atasan dari
menyeleweng. Ketidakmampuan dalam menjalankan
monitoring function itu akan melemahkan lagi Ameno(
kita faham kesukaran ketua pemuda kerana kedudukannya
yang dilantik adalah lemah tanpa wibawa).
Untuk Hishamudin, adik lelaki Kadir Sheikh Fadzir
dan rakan-rakan lain, perjuangkanlah sesuatu yang
boleh dibanggakan orang Melayu, tinggalkanlah jasa
supaya tak teruk dibelasah oleh ahli Parlimen kerajaan
selepas pemilu 2004.
Salam hormat,