Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SATU PANDANGAN

Assalamualaikum MR,
Sebagai pengunjung setia laman saudara dan lain lain laman proreformasi , saya merasa terpanggil untuk menulis atau mengulas isu isu panas selepas hukuman 9 tahun penjara dijatuhkan terhadap DSAI diatas kesalahan yang dipertikaikan. 

Saya merasa terkilan diatas beberapa pendapat netters yang tidak berpuashati dengan tindakan yang selama ini
diambil oleh reformis dan kepimpinan BA ( PAS khususnya ). Malah lebih membahayakan ialah seruan berbentuk provokasi semakin kerap dilaungkan . Tahukah saudara semua, bagaimana SB bertindak? 

Sekadar peringatan , mereka kadangkala bertakbir lebih kuat dari ahli PAS dan lebih brutal dari reformis tulin . Dibidang penulisan atau dikalangan ahli parti BA , fikirkan lah sendiri ...

Lebih kurang 4 bulan lalu saya pernah menulis kepada Webmaster Mahazalimtwo tentang artikel provokasi melampau yang kerap dipaparkan dilaman proreformasi (dan sejak itu saya kerap diekori bila melayari internet !) Benar, jika diikutkan darah muda saya, kita patut lebih keras dari segi tindakan terhadap pihak pemerintah . Tapi sabar itu satu faktor utama kemenangan dimana masih banyak tindakan lain secara sistematik perlu dan mesti kita buat untuk mencapai kemenangan. 

Apakah kita diam semestinya bererti kita takut atau pengecut ? Sebagai orang Islam adalah wajar kita mengkaji serta mencontohi sirah Nabi Muhammad saw. Berapa minit diperlukan untuk kita mengangkat senjata dan berapa lama luka akan sembuh dan parut akan hilang dengan tetakan itu malah berapa generasi akan mengingati dan mengkaji sejarah kelakuan kita pula ? 

Kepada saya , peristiwa Memali baru saja semalam berlaku dan jika benar satu satu insan yang betul dan benar berpegang kepada prinsip perjuangan DSAI sebenarnya boleh buat banyak semasa berada dalam tong taik itu ! Hukuman dan penghakiman ini berlaku selepas satu tempoh peristiwa pemecatan Tun Salleh Abas (yang sepatutnya pejuang keadilan bangun)

Bukan kah saya membuka balutan  luka yang masih berdarah ...Kepada CDB , HC , Bomohdin dan rakan keadilan , PAS dan kepimpinan telah buat banyak dalam diam . Isu DSAI hanya keadilan untuk dirinya sebagai lambang keadilan untuk rakyat marhain yang lain . Tolong faham baik baik , dengan begitu banyak pendedahan yang dibuat terhadap musuh sebenar kita, 2 September 1988, terlalu lewat untuk DSAI sendiri dipecat dan menimbulkan kisah prinsip , perjuangan dll. Apakah tidak ada cacat celanya dia dalam perjuangan selama ini
yang tidak diketahui umum ? Benarkah PAS menumpang keadilan dan isu DSAI ? 

Tolonglah buka sejarah...dan mudah mudahan hukuman penjara itu merupakan kaffarah dan bukan bala
untuk beliau , amin.

Saya ingin menyorot perhatian saudara tentang BAGAIMANA KITA WAJAR MENANG . Kemenangan
mutlak ialah masuk kedalam syurga ALLAH . Oleh itu 2004 bukan satu date line . Elok saja kita balik keasas (basic) ciri ciri golongan yang menang dan perhatikan diri sendiri . Apakah kita layak mendapat kemenangan dan tidak sabar mengharap pertolongan ALLAH .

Hakikatnya kita masih jauh ! Masih terlalu banyak yang perlu dibuat bermula dengan kualiti diri orang Islam itu sendiri . Bagaimana wanita yang tidak menutup aurat contoh nya nak di declare kan sebagai berjihad kejalan ALLAH dengan 'amar ma'aruf , nahi mungkar. Pengisian jiwa pejuang inilah yang banyak dilakukan oleh penceramah PAS . Jika benar reformis cinta kepada syahid sepatutnya kuliah agama  malah solat lima waktu berjamaah dimasjid menjadi amalan kesemua dari kita .

Hakikatnya , dengan kedangkalan agama dan penggantungan harapan selain dari Allah , maka  terhasil lah orang orang yang kununnya Islam tetapi berani mempertikaikan hukum Allah, mempersendakan sunnah Nabi Muhammad dan menjual agama untuk dunia. Lebih malang lagi, atas alasan periuk nasi , ada yang sanggup bersekongkol dengan maksiat, memfitnah, menginaya / membelasah saudara sendiri dan menutup sebelah mata terhadap keadilan sebenar. 

Jika penyanyi yang terkinja kinja dan menggiurkan dipentas boleh berkata kelebihan suara dan bakat ini adalah anugerah Allah dan tidak harus dipersiakan , apakah kita boleh menerima alasan pelacur yang menyatakan tertekan , dipaksa atau diperdaya. Atas alasan kemanusiaan , kita mungkin menerima tetapi sepatutnya biarpun terpaksa mati , suruhan dan tegahan Allah dipatuhi serta maruah tidak boleh dijual beli.

Dari segi istiqomah terhadap perjuangan , telah terbukti beberapa reformis sanggup menjilat ludah sendiri . Tidak kah kita malu kerana mereka itu dikalangan kita yang sama sama berceramah dan berdemo ? Apalagi kita hendak memikat 35 % golongan Melayu yang hanyut dan dihanyutkan yang juga dipersekitaran kita. Dengan pelbagai isu yang ada dan kebanyakan kawasan majoriti Islam pun tidak dapat kita menangi , apakah kita
masih ingin memberi pelbagai alasan ? Benar mereka menguasai 3M tetapi jika iman pengundi Islam mantap , apakah daya mereka.

Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai sukarelawan BA semasa pilihanraya lalu sebagai peringatan kepada golongan yang ingin cepat menang pilihanraya. Saya ringkaskan fakta :
1. Parlimen - Keadilan , DUN (2) - PAS
2. Pengundi 79% Melayu , Peratus Mengundi : 72%
3. Keputusan : BA kalah semua walaupun majoriti BN berkurangan.
4. Analisa keputusan : Undi bukan melayu hanya pelengkap kemenangan. Terdapat kes pengundi ditukarkan tempat mengundi dan terus hilang nama dari senarai , tetapi jika dicampur dengan jumlah pengundi baru yang dinafi hak mengundi itu pun belum cukup untuk BA menang tempohari . Kekalahan inilah sebenarnya mengajar saya untuk bersabar dan istiqomah dalam perjuangan kerana didalam sibuk memperkatakan tindakan kotor musuh , jentera BA sendiri terlalu lemah. Sehingga poster keadilan pun terpaksa kami beli sendiri apalagi petugas , malah tiada jentera diperingkat UPU pun ditubuhkan walaupun calun itu bertanding kerusi parlimen . Calun itu sendiri tidak akan mendapat undi saya (jika saya tidak taat kepada pemimpin kami) kerana rekod lalu yang buruk dan dia hanya masuk keadilan dan demand untuk bertanding setelah BN tidak memilihnya. Jadi , dengan keadaan begini realitinya bolehkah kita menang mudah ? Apakah erti isu DSAI kepada janda yang menerima bantuan Felcra? Adalah diharap selepas ini tiada lagi seruan untuk menang cepat dengan kerja mudah. Saya
tidak nafi kan jika ada nyawa hilang selepas demo, senario politik mungkin berubah tetapi sediakah rakyat umum mengisi kemenangan secara mutlak ?

ALLAHUAKBAR , ALLAHUAKBAR , ALLAHUAKBAR

ABU ABDULLAH.

Nota webmaster:

Waalaukumsallam..
Saudara Abu, terima kasih kerana memberikan pandangan saudara. Bernas juga cara saudara berfikir. Tentang 'dateline' 2004 itu adalah satu seruan oleh kepimpinan kita (BA) juga iaiatu meletakkan satu sasaran untuk kita capai, iaitu kemenangan bererti atau kemenangan yang bermakna pada tahun 2004. Seandainya kita ditakdirkan menang oleh Allah s.w.t tidak bererti kerja kita sudah selesai. Itu hanya satu peringkat perjuangan. 

Memang benarlah kata saudara perjuangan kita ini lebih panjang dari 2004 iaitu untuk mengisi kehidupan dengan keimanan. Mengisi pembangunan dengan syariat juga adalah sebahagian tugas kita. Hendaknya kita sensitif dengan seruan jihad dan ajakan pimpinan (yang condong kepada Allah). Tidak salah kita menulis sekadar untuk membangkitkan perasaan jihad dan kesedaran yang berpanjangan. Ingatlah api yang sebesar mana sekalipun tidak mampu bertahan lama jika tidak dirimai bahan bakar untuk memperlamakan nyalaannya. 

Sumbangan kita yang ikhlas untuk agama adalah satu jihad tersendiri. Dunia adalah jambatan kita ke akhirat. Jika kehidupan kita sempurna menurut perhitungan Allah di dunia ini, insya-Allah kita akan menerima ganjaran yang lebih baik di akhirat. Berbuat baik memang mudah. Hanya membuang seketul batu atau ranting kayu di atas jalan yang menghalang laluan, itu juga dikira baik. Namun apalah kebaikan itu jika hanya mengukur keimanan sendiri. Sedangkan kita selalu diperingatkan, 'peliharalah diri dan kelaurgamu dari api neraka'.

Saudara Abu, teruslah menulis di ruangan ini. Ini juga satu kebaikan. Internet adalah gantian media perdana masa kini yang runtuh akibat persekongkolan mereka dengan kezaliman. Menulislah dengan fakta dan kebenaran. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha saudara itu.

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter